Blogroll

Saturday, July 13, 2013

80,000 pengguna Sabah, Labuan nikmati rebat bil elektrik setiap bulan

KOTA KINABALU: Hampir 80,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan layak mendapat rebat elektrik dan dikecualikan daripada membayar bil elektrik setiap bulan. 

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ahmad Fuad Md Kasim, berkata program rebat elektrik bagi penggunaan bulanan bernilai RM20 ke bawah itu diperkenalkan kerajaan sejak 1 Oktober 2009, dan setakat ini, RM38.9 juta sudah dibelanjakan bagi menjayakan program itu. 
Bagaimanapun, beliau berkata hanya premis atau pengguna domestik yang berdaftar sahaja layak untuk menikmati rebat ke atas penggunaan elektrik bernilai RM20 ke bawah yang mana program itu akan diteruskan sehingga penghujung Disember 2013. 


Setakat Jun tahun ini, terdapat 412,665 premis/pengguna domestik berdaftar untuk tujuan itu di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ahmad Fuad berkata pemilik kediaman yang tidak mempunyai unit penggunaan kilowatt jam (kWj) sebulan seperti rumah kosong atau terbiar tidak layak menikmati rebat ini. 

Beliau berkata rebat kerajaan itu bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung golongan berpendapatan rendah untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik. 

Pemberian rebat penggunaan elektrik itu akan dipamerkan di dalam bil bulanan elektrik pengguna, katanya. 
Ahmad Fuad berkata pengguna yang layak menerima pelepasan itu tetapi masih menerima bil elektrik adalah dinasihati untuk menyemak jumlah amaun yang perlu dibayar terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. - BERNAMA

Iqram Dinzly Respon Isu Menunjuk-nunjuk dalam solat

iqram
Jika sebelum ini foto pelakon genit, Nora Danish yang sedang melakukan solat sunat tarawih dan berhijab di bulan Ramadhan telah disalah ertikan oleh peminat, nampaknya perkara yang sama turut dirasakan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Iqram Dinzly.
Artikel Berkaitan :
Menurut pelakon lelaki ini, tidak salah untuk dia berkongsi foto-foto tersebut menerusi laman Instagramnya, bahkan Iqram turut menasihati para peminat untuk sering bersangka baik dalam setiap amalan soleh yang dilakukan olehnya.
Rasanya tak ada hukum mengatakan haram untuk bergambar sebagai perkongsian bersama. Atleast orang-orang bukan Islam pun dapat melihatnya bertapa indahnya pergerakkan dalam solat orang Islam. Yang menjadikan isunya di sini kepada mereka yang memikirkan isu itu. Sedangkan berprasangka baik lebih baik daripada berfikir bukan-bukan. #wallahhualam.
Daripada mengeposkan perkara-perkara yang #lagho ;)
Iqram Dinzly  3
Foto solat yang dimuat naik oleh Iqram di laman Instagram
Dalam pada itu, pelakon lelaki ini turut menyatakan bahawa, bukan dirinya tidak boleh menerima teguran, akan tetapi biarlah sesuatu perkara itu disampaikan dengan lebih baik dan mensihati para peminat untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang tanggapan negatif.
Saya ok je. Kadang-kadang saya tengok balik siapa yang komen bagaikan ustazah, tapi dia sendiri pun ada keaiban yang ditonjolkan. Bukan nak kata saya baik, saya pun manusia. Tapi InsyaAllah saya sebaik mungkin jaga selagi boleh. Bukan tak boleh terima teguran. Think before u said. Much much much more appreciated it. Tq.
Bagi OHBULAN! betul juga apa yang dikatakan oleh Iqram, tidak salah untuk berkongsi foto-foto seperti itu asalkan niat yang ingin disampaikan adalah baik dan bukannya untuk bermegah-megah. Apa pun diharapkan semoga Iqram berjaya melakukan solat sunat tarawih ini hingga malam terakhir Ramadhan.
Berikut diselitkan juga beberapa foto menarik Iqram Dinzly sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini :
Kredit Foto : Instagram Iqram Dinzly

Izreen Azminda terharu dikejutkan dengan Majlis Baby Shower

Izreen Azminda
Umum tahu pelakon jelita, Izreen Azminda kini sedang menantikan saat-saat indahnya untuk bergelar ibu dan sempena menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu, pelakon filem Pecah ini telah disambut dengan sebuah majlis ringkas yang dikenali sebagai baby shower pada malam semalam.
Menerusi laman Instagram milik pelakon wanita ini, Izreen telah melahirkan rasa terharu atas kejutan yang dirancang buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Muhamad Riza atas majlis yang cukup meriah itu.
Omgggg tq tq tq so much to hot ibu@fashasandha ..waaaa terharunya#babyshower surprise???
Tq juga buat suami tersyg???@rizabaharudin
Izreen Azminda 1
Izreen disamping pelakon jelita, Fasha Sandha
Nampaknya majlis baby shower Izreen ini turut dihadiri oleh rakan artis lain iaitu Fasha Sandha dan Aaron Aziz.

Peminat Kritik Foto Siti Nurhaliza Bersama Datuk K di Instagram

Datuk Siti
Beberapa jam lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping foto suami tercinta menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :
Dato K is ‘back’!!…;p
Foto yang menunjukkan Dato Khalid atau lebih mesra disapa sebagai Dato K sedang melakukan senaman dan mendedahkan sedikit bahagian belakang badan suami penyanyi itu bagaimanapun telah mengundang beberapa respon negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan serta tidak memaparkan foto sebegitu menerusi laman Instagramnya.
Datuk Siti Nurhaliza
Dato K & Datuk Siti
Sweetnya Datuk Siti & Dato K
Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Datuk Siti, dan bagi mereka itu hanya foto biasa Dato K serta menyifatkan hanya golongan yang berfikiran sempit sahaja akan memandang foto berkenaan daripada sudut pandangan yang negatif.
Datuk Siti Nurhaliza 2
Apa pun respon dan pandangan yang diberikan oleh peminat Datuk Siti, bagi OHBULAN! sendiri, ia terpulang pada setiap individu untuk menilai sesuatu perkara. Jika perkara itu dilihat daripada sudut positif, maka positiflah ia. Bagaimanapun, ayuh layan beberapa foto romantis Datuk Siti dan Dato K selepas ini.

Malang : Tak Sempat Makan Colek Dengan Kawan

Kota Bharu: Hasrat lima sekawan untuk menikmati makanan tradisi colek berakhir dengan kesedihan apabila seorang maut dalam kemalangan di Jalan Chicha-Kuban Kerian, Kota Bharu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pelajar tahun kedua Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Pulau Pinang Mohd Shafiq Suhaimi, 19, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ bersendirian dari arah Kubang Kerian menghala ke Pasir Tumboh sebelum cuba membuat pusingan U.
Bagaimanapun, dia dirempuh oleh dua kereta jenis Nissan Sentra dan Proton Saga yang datang dari arah Pasir Tumboh menyebabkannya maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Rakannya, Mohd Azim Mohmed, 19, berkata, mereka bersama tiga lagi rakan seusia, Mohd Hafiz Mohd Arifin, Mohd Amirul Ashraf Abdullah, dan Faizal Adam Azhar dalam perjalanan untuk mencari gerai colek kira-kira jam 10 malam.
Foto
MOTOSIKAL mangsa

Katanya, mereka menunggang motosikal masing-masing sebelum menyedari arwah berada di belakang sekali namun kemudian tidak muncul di tempat dijanjikan.

Rela Gelandangan Demi Kasih

Oleh FIRDAUS SAHAT, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP
Kuala Lumpur: Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.
Lebih menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka pertengahan Ramadan ini.
Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini. 

Bagaimanapun, ketika wartawan Metro Ahad meminta mereka menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.
Foto
Aminah menyuap air kotak pada bayinya, manakala Azalan tertidur di bawah jejantas

Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.

Nak Lupa Sejarah Hitam

Kuala Terengganu: “Tinggal beberapa hari saja lagi, kami tiga beradik akan mulakan hidup baru dan tidak mahu ingat lagi apa yang mama dan ayah buat pada kami dulu,” kata Mohd Rafiq Haikal Yusman, 7, antara mangsa dera yang gembira selepas berpeluang berpuasa dan akan beraya bersama neneknya di Kota Tinggi, Johor.
Menurutnya, dia dan adiknya Mohd Afiq Hazwan, 5, akan ke Kota Tinggi manakala adik bongsunya Mohd Aqil Zaquan, 3, akan berpuasa dan menyambut lebaran bersama nenek sebelah ibunya di Kampung Tanjung, di sini, apabila dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Rabu depan.

Katanya, sejarah hitam yang menimpa mereka tiga beradik pada tahun lalu akan cuba dilupakan selain ingin memulakan hidup baru bersama dua nenek.
“Dua nenek kami tidak putus-putus melayan kerenah kami tiga beradik dan mereka berdua menyayangi serta tidak pernah marahkan kami sepanjang tiga minggu di dalam wad ini.

“Nenek juga beritahu akan beli baju raya baru yang cantik untuk kami gayakan di pagi 1 Syawal dan kami teruja untuk beraya tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Neneknya Ramlah Che Kob, 58, yang tinggal di Kampung Tanjung, di sini, berkata, selepas hampir sebulan di dalam wad, Mohd Rafiq serta dua adiknya akan dibenarkan keluar dari wad Rabu depan.
Foto
TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kuala Terengganu Mohd Mahdi Musa (kiri) memeriksa kaki Mohd Rafiq ketika menziarahnya di HSNZ.
Menurutnya, walaupun tiga beradik itu akan berpisah selepas keluar dari wad nanti, dia dan keluarga bekas menantunya akan mencari jalan untuk terus berhubung serta saling menziarahi untuk menghilangkan kerinduan tiga beradik berkenaan.

“Kalau ikut hati, memang saya mahu menjaga semuanya sekali gus, tetapi memikirkan nenek mereka di Johor juga teringin menjaga cucunya, saya reda dan bersyukur walaupun hanya menjaga yang bongsu.
“Kalau ada masa, saya bawa cucu berjumpa abang kandungnya di Kota Tinggi Aidilfitri nanti,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa dera, Zakaria Wahab, 39, berkata, dia berpakat dengan adik-beradik lain membeli pakaian raya serta keperluan Mohd Rafiq dan Mohd Afiq.

Katanya, dia akan berusaha memberi kasih sayang kepada dua beradik itu yang sudah lama menderita.

Akhbar sebelum ini melaporkan, tiga beradik menderita selepas menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya sejak tahun lalu sehingga mengalami kecederaan fizikal. 

Mohd Rafiq yang dikatakan diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok, digantung pada kipas dan disimbah air panas, mengalami kecederaan paling teruk berbanding dua adiknya serta memerlukan tempoh lama untuk sembuh.

Bagaimanapun, perbuatan kejam ibu dan bapa tirinya menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi penjara 10 dan 13 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, 2 Julai lalu

Dungun : 26 terhumban dalam gaung

Dungun: “Saya dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum tercampak dari kerusi,” kata Mohamad Khairy Izwan Mohamad Zamani, 27, penumpang bas ekspres yang bertembung dengan sebuah lori sayur di Kilometer 73.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Serai, di sini, semalam.
Dalam kemalangan jam 4 pagi, bas ekspres dinaiki 25 penumpang itu turut terhumban sebelum terbalik ke dalam gaung. Bagaimanapun, semua penumpang dan pemandu bas hanya cedera ringan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila lori sayur dipandu Zaidi Awang Hamar, 36, serta kelindannya, Noor Hisyam Zali, 39, dari Bachok, Kelantan dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan jalan sebelum bertembung dengan bas terbabit dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan Zaidi dan Noor Hisyam cedera parah sebelum mereka dikeluarkan pasukan bomba dan dikejarkan ke Hospital Dungun.
Foto
BAS EKSPRES terbalik di dalam gaung.



Mohamad Khairy berkata, dia menaiki bas terbabit dari Hentian Putra, Kuala Lumpur, jam 10 malam sebelum menuju ke Kuala Terengganu.