Blogroll

Tuesday, July 30, 2013

Cerita Misteri Kampung Tanduo Di Sabah yang korang tak tau

Seram! Misteri Kampung Tanduo Di Sabah | Seperti yang kita tahu, Kampung Tanduo merupakan antara lokasi sarang pengganas yang dijadikan sebagai pusat sehenti mereka. Tidak ada matlamat lain selain mereka menyatakan mahu merampas negeri Sabah. Namun ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda. KisahBest.My difahamkan, Kampung Tanduo sebenarnya dikatakan telah menyimpan 1001 misteri sejak 50 tahun dahulu. Misteri yang dikaitkan ini adalah seperti penemuan lembaga, makhluk halus dan lain-lain lagi.

misteri

BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal.
SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.
Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

“Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

“Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

“Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.
“Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.

Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.
Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.
Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.

Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.

Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang…sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa seperti ada ‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.
Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.
Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’ jiwa.
Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.

Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.

Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.
Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga ‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.

Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.

Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.

Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,

Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah…kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.
Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

Lima maut, seorang cedera





JOHOR BAHRU: Lima maut dan seorang cedera apabila kenderaan pelbagai guna Honda Odyssey dinaiki merempuh pokok dan tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, jam 2 pagi tadi.
Ketua polis daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Odyssey itu terbabas dan ternaik ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok serta tiang lampu.

Lima yang maut ialah Hairul Adham Abidin, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor'ain Alias, 23, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, dan seorag lagi dikenali sebagai Su, 23.

Mangsa yang cedera ialah Nor Sharifah Hazwani Bardaidi, 23.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulajaya untuk bedah siasat manakala yang cedera ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan.

Zizan Razak Gigih Belajar Menguasai Bahasa Inggeris?





Zizan Razak Gigih Belajar Menguasai Bahasa Inggeris?


KL, 10 JULAI 2013: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prinsip inilah yang Murai Batu lihat ada pada pengacara, pelakon serta pelawak popular, Zizan Razak. Menyedari kelemahannya menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara kedua di negara kita ini, Zizan Razak yang merupakan anggota kumpulan lawak, Jozan khabarnya telah sanggup mempelajari serta mendalami bahasa tersebut.
Sumber memberitahu Murai Batu, Zizan Razak mula mempelajari bahasa ini sebelum dia terbang ke Brussels dan Paris untuk menghadiri Festival dan Konvesyen Smurfs di sana pada 20 Jun 2013.
Sebagai salah seorang duta Smurfs Sedunia yang mewakili Malaysia di konvesyen tersebut, Zizan khabarnya dikehendaki untuk berucap mengenai karektor kartun yang digemari ramai ini di dalam bahasa Inggeris.

Jadi, atas sebab itulh dia berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris secara intensif sebelum dia menghadiri konvensyen selama 2 minggu yang diadakan secara besar-besaran di Brussels dan Paris itu.

Tapi, yang bagusnya, setelah balik ke Malaysia, Murai Batu dapat tahu, Zizan Razak masih lagi meneruskan kelas penganjiannya di dalam bahasa Inggeris. Wah! Baguslah macam tu Zizan. Sebab, awak nampaknya cukup serius mendalami ilmu dalam bahasa Inggeris. Tak rugi pun belajar sebab bahasa Inggeris ini boleh digunakan di mana-mana pun di ceruk dunia ini.

Lagipun, untuk jadi artis serta penghibur versatil, kita kenalah tau bertutur dalama bahasa Inggeris. Baru, kita boleh melangkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang ini.

Adakah Farzana, Nama GF Rizone Forteen?

Adakah Farzana, Nama GF Rizone Forteen?


KL, 30 JULAI 2013: Bukan nak menyibuk,tapi selepas ahli kumpulan Forteen Izzue Islam berkahwin, ramai yang nak tahu pulak dengan status ahli kumpulan Forteen yang lain. Malah, pada hari bersejarah Izzue tempoh hari, seorang lagi ahli Forteen iaitu Ameer telah memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media.

Jadi, kini tinggal lagi dua orang ahli Forteen iaitu Rizuone atau One dan Saiful Rizuan yang masih belum lagi mempunyai kekasih hati. Itu pun Murai Batu tak tahu lah kan...Yelah, macam Izzue dulu, kata tak ada hubungan, tup tup kahwin sudah.

Namun begitu, Murai Batu mendapat tahu One yang baru saja pulang ke Malaysia selepas berjaya mendapat pingat emas di WCOPA Los Angeles baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mempunyai kekasih hati.

Sungguhpun ia bukan keluar dari mulut One sendiri, namun melihat laman Facebook milik penyanyi ini, banyak gambar seorang gadis yang dikategorikan sayang kepadanya dimuatnaik.
Jika tidak silap Murai Batu nama wanita tersebut ialah Farzana. Malah, perkataan yang digunakan One kepada gadis itu berunsurkan jiwang. Apapun, jika benar One dah ada kekasih, janganlah nak sorok ye. Peminat sekarang suka artis lebih jujur dalam hubungan.

Isu Mak Mertua,Cara Farid Kamil Alih Perhatian Media?

Isu Mak Mertua,Cara Farid Kamil Alih Perhatian Media?

KL, 30 JULAI 2013: Hari ni, Murai Batu lihat semua media kecoh memaparkan cerita mengenai aktor Farid Kamil yang tidak membenarkan ibu mertuanya untuk melawat anaknya. Malah meletakkan syarat pula jika ibu mertuanya itu hendak melawat? Murai Batu pun tak faham apa yang Farid marah sangat.
Wah! Nampaknya pihak media, berjaya juga menemuramah Farid semalam selepas aktor kacak tersebut membuat kemunculan dalam sebuah sidang media drama terbaru lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita.
Murai Batu dengar, media pada awalnya tidak menyangka Farid akan datang kerana khabarnya sebelum ini dia masih berada di Sydney, Australia menemani Diana Danielle. Namun bila mereka nampak sahaja kelibat Farid Kamil, ramai media yang tersenyum lebar dan tidak sabar untuk menemuramahnya.
Yelah, Murai Batu diberitahu ramai media yang hadir itu, ternanti-nanti berita terbaru mengenai Diana Danielle dan anak mereka selepas sekian lama isterinya itu diam tanpa khabar berita di Australia kerana difahamkan menyambung pengajian di sana selepas mereka berkahwin pada November tahun lalu.
Namun, Murai Batu dapat tahu, belum sempat mereka membuka cerita mengenai kisah anaknya dan Diana Danielle, Farid cuba mengalih perhatian dengan bercerita mengenai keadaannya yang ketika itu hadir dengan tangan berbalut dan dipercayai patah akibat jatuh daripada menunggang motosikal.
Bukan itu sahaja, Farid juga seolah-olah melengahkan masa temu bual apabila turut meluahkan rasa tidak kepuasan hatinya terhadap ibu Diana, Norsiah apabila ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mertuanya itu.
Sehinggakan, di akhir sesi temubual itu, pihak media hanya sempat bertanyakan nama anaknya dan beraya di mana. Itu pun katanya Farid seolah-oleh masih mahu merahsiakan nama anaknya dan hanya memberitahu dia belum meletakkan nama anaknya sehingga ia didaftarkan di Malaysia pada Syawal ini.
Murai Batu juga tidak faham dengan niat Farid dan Diana yang mahu beraya di sana pada 1 Syawal ini. Tidakkah mereka rindu untuk beraya bersama keluarga? Namun katanya mereka bakal beraya di Malaysia juga iaitu kampung Farid Kamil di Kedah tetapi selepas beberapa hari raya.
Murai Batu dengar ada pihak media yang menghadiri sidang media itu memberitahu, Farid Kamil seperti cuba untuk tidak berbicara mengenai Diana dan anaknya kerana hanya menjawab sepatah sepatah tanpa mengulas lanjut ketika ditanya media.
Murai Batu tidak mahulah berfikiran negatif, Cuma Murai Batu hairan mengapa susah sangat Farid dan Diana untuk bersikap terbuka mengenai anaknya itu? Cara mereka membuatkan ramai pihak termasuk media lain membuat pelbagai andaian spekulasi.

Baju Raya Aaron Aziz Dijual Macam Goreng Pisang Panas!

Baju Raya Aaron Aziz Dijual Macam Goreng Pisang Panas!

KL, 30 JULAI 2013: Tsk Tsk Tsk... Melopong mulut Murai Batu sewaktu melalui gedung Jakel di Jalan Masjid India. Sebab, tiap kali Murai Batu lalu, tiap kali itulah MUrai Batu lihat betapa ramai manusia yang berpusu-pusu memasuki gedung milik usahawan kelahiran Johor ini.

Mula-mula tu Murai Batu tertanya jugak, apa yang menyebabkan diaorang semua ni menyerbu Jakel. Bila dah sampai dekat dengan gedung tu dah melihat sendiri standing poster Aaron Aziz yang segak dan kacak berbaju Melayu bersama poster yang tertera Baju Melayu Aaron Aziz, Murai Batu terus diam.

Serta-merta jugalah Murai Batu faham kenapa dan sebab apa Jakel jadi tumpuan ramai khususnya golongan lelaki. Rupa-rupanya ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk memiliki baju Melayu Aaron Aziz yang didatangkan dalam beberapa warna itu beserta dengan pelbagai harga.

Apa tidaknya, siapa-siapa yang beli baju Melayu Aaron Aziz ini akan diberikan samping dan songkok secara percuma. Siapa yang tidak mahukan. Safe bajet.

Patutlah baju harga baju Melayu Aaron Aziz yang bernilai RM50 sudah tiada. Sold out, bak kata omputih. Yang tinggal pun hanya RM150 sehingga RM285. Itu pun khabarnya sudah tidak banyak stok lagi.

Khabarnya, Aaron Aziz sendiri yang pilih warna-warna baju Melayu itu beserta dengan rekaannya. Tapi, warna yang paling digemarinya adalah hijau emerald. Baju Melayu itulah yang digunakan Aaron Aziz tatkala mempromosikan baju raya keluaran Jakel itu.

Murai Batu dengar lagi, kecoh jadinya Jakel waktu Aaron Aziz datang ke gedung itu untuk berjumpa dengan peminatnya tatkala mempromosikan baju Melayu rayanya itu. Nak-nak lagi, bila 200 orang yang pertama yang datang bersalaman dengan Aaron dapat memiliki baju raya menerusi baucer yang dikeluarkan Jakel.

Gila siapa yang tak mahukan? Malah, disebabkan Aaron Aziz ada di situ juga, 1,000 pasang baju Melayu Aaron Aziz telah habis dijual kepada peminat-peminatnya.

MURAIBATU: Tak sabar nak tengok Adnan Sempit 3 waktu raya ni.

Ciri – Ciri Penganut Syiah Yang Dibongkarkan

Pasti anda ingin mengetahui ciri – ciri penganut agama syiah bukan? Kali ini dibongkar cara mengenali penganut agama syiah yang sesat. Semoga Syiah tidak dapat membiak ke rantau Asia kerana Syiah ini sangatlah berbahaya dan kejam.
Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

Syiah-sesat-yahudi

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.


10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Syiah Bukan Islam



imam_ali_dan_11_imam_syiahSEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah agama yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.
Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.

Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.
Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.

Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.
Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, “Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu”. (mizanul I’tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)
Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal fiqh(furu’) tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “mushaf Fatimah” di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.


Ritual Syiah Melayu Malaysia dan Singapore



bahInilah antara ritual Syiah Melayu Singapura dalam menghidupkan malam Lailatul Qadar sambil menggagungkan Al Quran dengan meletakkan Al Quran atas kepala sambil berdoa, sedangkan ayat pertama yang diturunkan memerintah Al Quran untuk dibaca,bukan diletak diatas kepala.
Digereja barat ada juga amalan dimana kitab bible akan diletak dibawah bangku duduk selepas membacanya. Manakala orang yahudi mengikat taurat kecil di lengan dan kepala dan ada juga yg menghantuk hantuk kepada di wailing wall Baitulmaqdis. Semuanya ajaran bidaah agama yg direka reka.
bah1
Walhal sujudnya nabi Isa sendiri kerana kebesaran Allah di dalam Injil jelas tertulis tidak diamalkan.
Manusia cenderung suka belajar benda baru kalau boleh setiap hari. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana ia mungkin ujian baginya. Sebab itu Islam hendaklah mengajar benda berfaedah yg baharu setiap zaman dan jika boleh setiap harinya benda baru mesti dicipta kerana islam berhenti menciptalah maka akan jadi kes ciptaan ciptaan yg bukan islam di amalkan pengikutnya yg dahagakan pelajaran baru dalam kes terbaik ialah Islam Sepanyol yg kaya dgn pembelajaran dan tamadunnya.

Sehingga kini tiada kajian mengapa mereka cenderung memilih syiah sbg fahaman. Fikrah dalam syiah juga terlalu banyak pecahan faham dan amalnya juga perselisihan yg keras antara sesama mereka. Sama kes dgn faham ahlus sunnah salafi dan wahabi juga berpecah tiada kemurnian ikhwan sejati zaman sahabat berakhir dgn zaman Umar Al Khattab yg dikatakan pintu fitnah agama pecah kerana pembunuhan baginda khalifah al faruk [pembeza hak dan batil] ini.

Bukti Syiah Pengaruh Kuat Di Kedah


Foto Bukti Syiah Pengaruh Kuat Di Kedah | Penyebaran ini amat meluas sekarang di sekitar Malaysia. Kenapa tidak pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang tegas kepada yang mengamalkannya.
syiah 2


 
Nampaknya fahaman Syiah yang ramai dok heboh sekarang ni dah menular dengan giat sekali di Kedah.. Dan gambar diatas ni katanya diambil disebuah kawasan di Jitra Kedah..
Kami terfikir jugak apa motif pemilik kedai makan tu letakkan gambar pemimpin-pemimpin Syiah di kedai dorang.. Adakah dorang saja-saja letak sebab pemimpin Syiah tu hensem?
Ataupun dorang sengaja letak kerana muka pemimpin Syiah tu dapat melariskan perniagaan dorang? Senang cakap.., sebagai tangkal pelaris lah kannn…
So gua harap Muhkriz sebagai MB baru Kedah dapat mengambil tindakan sewajarnya lah.. Banteras Syiah ini di Malaysia !!!

ADIRA KINI BERCINTA DENGAN ORANG KUAT KHAIRY JAMALUDIN



KL, 11 JULAI 2013: Selepas Murai Batu siarkan artikel mengenai Adira dan pasangan pergi menempah baju kahwindengan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, terus-terang Murai Batu terus tak boleh duduk diam selagi tak dapat tahu siapa jejaka yang bersama Adira itu.Yelah, bukan Murai Batu sahaja, tetapi ramai juga berminat serta ingin tahu siapa gerangan lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram itu kan? Tambahan pula, wajahnya bukanlah familiar pun dalam industri hiburan tanah air.


Tapi, Murai Batu bernasib baik kerana turut berkawan dengan orang yang bukan di kalangan industri hiburan. Sebabnya, dari situlah, Murai Batu dapat tahu bahawa Adira sekarang ini memang sedang bercinta dengan jejaka itu yang Murai Batu rasa agak tampan juga.Wah nampaknya, cepat juga Adira dapat pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Azizkan? Tapi baguslah, takde lah Adira rasa frust sebab lama sangat putus cintakan?

Selepas Murai Batu dapat tahu jejaka itu kekasih Adira, Murai Batu pn apa lagi, cubalah buat siasatan sendiri dan mula stalked laman Instrgaram miliknya. Bila diimbas semua foto-fotonya, Murai Batu dapat simpulkan yang dia ni seperti orang kuat politik. Yelah, banyak juga dia bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.

Mana taknya, daripada info Instagramnya, Murai Batu dapat tahu, dia rupanya adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Oh no wonderlah ada banyak gambarnya dengan Khairy Jamauliddin atau glamor dengan nama KJ. Anak buah KJ lah dia rupanya.Siasat punya siasat lagi, kekasih Adira ini yang nama sebenarnya adalah Shahrul Nasrun Kamarudin itu Murai Batu dapat tahu merupakan anak Dato dan berasal daripada Kelantan uols....

Wah, nampaknya pilihan Adira kali ini bukan orang dalam industri hiburan lagi. Murai Batu tak kisah lah dengan siapa Adira nak bercinta asalkan dia bahagia kan? Lagipun secocok je tengok dorang berdua ni, sama cantik sama padan gituuuuMURAIBATU: Sedih dengan perkhabaran yang kurang enak daripada beberapa teman tentang ibu dan saudara mereka yang sedang sakit.

Tarikh Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2013 Di Malaysia

Tarikh dan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2013 di Malaysia. Kemunculan anak bulan syawal adalah sangat penting untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Tarikh untuk melihat anak bulan Syawal bagi jatuh pada petang Rabu, 7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadan.
lihat anak bulan syawal 2013
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2013
7 Ogos 2013:- Pengumuman tarikh raya akan diumumkan pada malam tersebut.
Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2013 Di Malaysia
NegeriLokasi
JohorPontian Kecil
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
KedahPemandangan Indah, Pulau Langkawi
KedahMenara Alor Setar, Alor Setar
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
KelantanBukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
KelantanMenara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
PahangGunung Berincang, Cameron Highlands
PahangBukit Pelindong, Kuantan
PenangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
SarawakTanjung Lubang, Miri
SarawakTeluk Bandung, Kuching
SarawakTanjung Batu, Bintulu
SelangorBukit Melawati
SelangorBukit Jugra, Banting, Kuala Langat
SelangorBalai Cerap Selangor, Sabak Bernam
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
TerengganuBukit Geliga, Kemaman
TerengganuPulau Perhentian, Besut
TerengganuBalai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu


Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam Sumber: Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam

Penjelasan Chetz Yusof pemilik video raya dengan anjing yang didakwa hina Islam. Terbaru ni, hangat diperkatakan apabila seorang individu didakwa menghina agama islam dengan membuat video menyambut perayaan Aidilfitri bersama beberapa ekor anjing. Oleh kerana dilemparkan dengan pelbagai cemuhan dan pandangan negatif, beliau tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Untuk info, Chetz Yusof ni adalah seorang jejaka melayu yang gemar untuk memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan.
hari raya 2013
Video Hari Raya oleh Chetz Yusof

Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Saya tiada niat pun hina Islam sebaliknya video itu pada mulanya saya buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan. Menurutnya juga, video tersebut sudah lama sejak diterbitkan sejak tahun 2010 lagi dan kini hangat diperkatakan dilaman sosial.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Menurutnya, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

Biodata Chetz Yusof
Nama: Chetz Yusof
Usia: 35 Tahun
Hobi: Gemar memelihara anjing
Pekerjaan: Jurutera