Blogroll

Monday, July 22, 2013

Murid Sekolah Bukan Islam Disuruh Makan Dalam Tandas ?

Murid Sekolah Bukan Islam Disuruh Makan Dalam Tandas ?difahamkan yang komuniti di Malaysia kini gempar apabila tersebar gambar-gambar beberapa murid bukan Islam di sebuah sekolah makan dalam tandas. Walau tandas tu tampak bersih, tapi tandas tetap tandas. Tambahan lagi tandas murid-murid lak tu. Dapat bayangkan tak. Lihat sendiri gambar-gambar di bawah. Diharap pihak berkuasa boleh siasat perkara ini dan mendengar penjelasan dari pihak sekolah. Mungkin ada sebab-sebab yang kita tidak tahu. Tolong jangan buat spekulasi okay ?

1
2
3
4

Ini ulasan blogger terkenal, Amenoworld :

Oke. Tadi ada orang mesej aku. Dan ada orang share link neh di wall aku. Dua individu yang berbeza. Yang mesej aku tak bagitau nama sekolah neh tapi dia citer kat aku bahawanya ;

1. Kanak2 non muslim disuruh berehat dalam bilik air.

2. Mereka makan kat sini sepanjang bulan puasa hari tue.

3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih anak2 diperlakukan seperti berikut.

4. Kata mereka, meskipun bilik air tersebut telah dibersihkan tetapi still berbau. So tak selesa untuk anak2 mereka makan.

5. Aduan sudah dihantar berkali2 tetapi pihak sekolah buat bodoh jek.

6. Sekolah yang dinyatakan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Seperti yang aku petik dari link asal yang disharekan. ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf

7. Apa yang ibu bapa neh minta ialah kemudahan kantin jek.

Dulu member2 cina aku sebelum nak minum dalam kelas, dorang tanya aku. Saya nak minum, sorry ya. Jangan marah.

Aku cakap minum je la. Aku satusen tak heran. Aku percaya budak2 non muslim neh hormati rakan2 yang berpuasa tetapi perlu kah kita melayan mereka sampai macam neh sekali? Lemah sangat ka iman kita sampai budak2 neh kena makan sorok2 dan makan dalam bilik air?
Mohon kes neh di siasat dan dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan.

Sangat SEDIH! Surat Dari Seorang Muslimat Yang Dikurung Dipenjara Syria


Sangat SEDIH! Surat Dari Seorang Muslimat Yang Dikurung Dipenjara Syria | Menurut sumber,surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.

Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,

Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.

- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

Diambil dari page Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

Saya Dan Uqasha Senrose Sudah Bertunang – Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim
Kecoh dengan gosip mengatakan mereka berdua sudah putus cinta, Pekin menerusi sebuah portal hiburan telah menafikan tuduhan tersebut dan mendedahkan hubungannya bersama seorang lagi aktres, Uqasha Senrose, baik-baik sahaja.
Pekin dalam kenyataannya memberitahu spekulasi ini timbul selepas Uqasha memuat-naik sebuah puisi ke laman Instagram-nya yang telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan peminat dan juga media.
“Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum Asharf hantag dengan isunya baru-baru ni, kan. Jadi dia (Uqasha) saja lah letak sajak tu.
“Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja.” – dipetik dari Malaysian Digest
Screen Shot 
2013-07-23 at 10.23.41 AM
Paling mengejutkan ialah, Pekin turut mengakui bahawa dia dan Uqasha telah pun bertunang sekitar awal bulan ini, namun tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.
“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini.” – MD
Jawapan ini sekaligus menangkis segala spekulasi dan khabar angin yang timbul mengenai Pekin dan juga pasangannya, Uqasha. Apa pun, tahniah diucapkan dari OHBULAN! atas pertunangan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose.

(32 GAMBAR) Selebriti-Selebriti Terkenal Di Majlis Berbuka Puasa Astro

Salah satu perkara yang Abang Nara suka mengenai bulan Ramadhan ialah jemputan ke majlis berbuka puasa oleh pihak Astro. Selain dapat makan di hotel, inilah peluang untuk Abang Nara berjumpa dengan ramai selebriti di satu tempat. Memang teruja sangat dibuatnya.


Antara yang hadir ialah bakal pengantin baru, Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Mereka berdua nampak sama cantik dan sama padan dengan baju berwarna hitam. Sekali tengok macam nak pergi majlis pernikahan pulak. Zain siap pakai sampin lagi!!!
buka puasa astro
Turut menyerikan majlis ialah Lisa Surihani yang sentiasa ceria sepanjang majlis berlangsung. Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Erra Fazira, Dira, Fouziah Gous dan ramai lagi. Layankan lagi 30 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.
buka puasa astro
/>
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro
buka puasa astro

Kami Bukan Kahwin Lari – Ashraf Muslim

Minggu lepas dan minggu ini pastinya topik paling hangat di dalam dunia hiburan Malaysia ialah perkahwinan Ashraf Muslim. Suami kepada Dayana ini telah melangsungkan perkahwinan keduannya dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.



Namun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-
Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.
wan sakinah
Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-
Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.
Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.
ashraf muslim
Apabila ditanya soalan “Sebelum ini, Ashraf buat permohonan poligami untuk bernikah seorang lagi di dalam negara. Jadi kenapa pula bernikah di Thailand?“, Ashraf Muslim menjawab:-
Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).
Panjang lebar penjelasan daripada Ashraf Muslim kan? Kalau nak baca yang lebih panjang, sila dapatkan naskhah BiPop semalam. Daripada gaya penjelasan Ashraf, nampak seperti dia dan Wan Sakinah telah pun merancang perkahwinan ini dalam waktu yang panjang. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan anda berdua.

Punca Sebenar Abby Abadi Kahwin Tergesa-Gesa Di Thailand


Bukan saja kisah perkahwinan Ashraf 

Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan oleh orang di luar sana.

Ramai yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.

Malah ada peminat yang mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Abby dan suaminya itu sebagai jalan mudah yang diambil untuk berkahwin.

Kini, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini tampil memberi penjelasan berkenaan isu beliau berkahwin di Thailand.

“Ya, saya akui bernikah di Thailand. Rasanya tiada sebarang masalah dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.”

“Bernikah di luar negara tidak menjadi masalah pun kerana saya mendahulukan Allah SWT. Itu bermakna saya sudah lepas dengan Allah SWT dan sekarang dengan manusia pula saya perlu terangkan.”

“Sudah tertulis bergitu, apa yang penting Allah SWT di dahulukan. Malah saya juga dapat mengelak dari dosa,” ujar Abby.

Untuk maluman pembaca, majlis persandingan mereka berdua akan di adakan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki

KANAK-KANAK 3 TAHUN MATI DALAM KERETA

 | Lemas Kepanasan Selama LIMA JAM | Tak tahu lah Abe nak kelaskan dalam kategori mana kes ni. Huhuhuh, sadis sesadis sadisnya...


Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku... Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 2 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.

Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.

Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.

Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.

Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi?? 

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.  

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri. 

Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri... Sedih dengar...

Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak... Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat  semua...

Bayi BERMATA SATU Telah Lahir Di Israel | PETANDA BESAR KIAMAT?

| Adakah ini DAJJAL? Suatu masa dahulu, kita digemparkan dengan bayi lahir bermata satu, yang disebut-sebutkan sebagai dajjal di Israel. Tetapi adakah benar yang lahir itu dajjal?? Adakah kita pasti bayi itu dajjal?


Telah lahir bayi bermata satu di Israel diantara orang Yahudi yang disebut-sebut sebagai DAJJAL. Dajjal adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang, matanya yang sebelah kanan buta, dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-oleh buah anggur yang masak (tak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’ secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung / berangkai, yang dapat dibaca oleh setiap muslim yang boleh menulis mahupun yang tidak boleh menulis. Dan di antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak. 


Disebutkan bahwa dajjal memiliki dua mata, matanya yang sebelah kanan buta. Jadi bukan satu.Bayi ini bukanlah dajjal seperti yang diperkatakan banyak orang.


Bayi tersebut dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata dan tanpa hidung.Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.


Mengenai dajjal sendiri, dia memang sudah ada, hanya kemunculannya mendekati kiamat. Dia hidup lama sekali. Umurnya sekitar ratusan tahun. Kepada semua saudara Islamku, marilah kita perkuatkan iman dan kepercayaan kita kepada Allah swt agar kita kembali ke jalan-Nya. Kadang kala kita alpa serta lalai. Jadi ingatlah yang akan menolong kita di hari akhir nanti, yakni di hari penghakiman hanya Allah.

Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.