Blogroll

Saturday, April 12, 2014

Kepala dalam mulut beruang

  • Kepala dalam mulut beruang Mohd Sulaiman dikejarkan ke HUSM, Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.
1 / 1
HULU BESUT - Seorang penoreh getah cedera parah selepas diserang seekor beruang ketika dia sedang mencari buah kerdas di hutan berdekatan ladang kelapa sawit Felda Tenang, di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa, Mohd Sulaiman Jusoh, 58, terselamat selepas dia memukul beruang itu berkali-kali ketika kepalanya berada di dalam mulut beruang itu, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam.

Isteri mangsa, Rokiah Abas, 50, berkata, suaminya keluar menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di tanah rancangan Felda Tenang kira-kira jam 8 pagi untuk mencari buah kerdas di dalam hutan berhampiran ladang kelapa sawit, kira-kira lima kilometer dari rumah.

Kata Rokiah, dia pula pergi menoreh seorang diri di kebun getah tidak jauh dari rumah.

“Pada jam 9.30 pagi, suami menghubungi makcik melalui telefon bimbit memberitahu dia diserang beruang. Pada mulanya makcik ingatkan dia kena sengat tebuan, tetapi dia kata matanya kabur dan kepala cedera dibaham beruang.

“Suami makcik tidak pasti akan tiba di rumah atau tidak kerana menunggang motosikal sendiri dalam keadaan cedera parah dengan jarak yang jauh itu,” katanya.

Suami rebah depan tangga rumah

Rokiah berkata, dia terus memberitahu penduduk kampung mengenai kejadian itu dan kira-kira 30 penduduk pergi ke hutan mencari suaminya, namun tidak bertemu dengan mangsa yang melalui jalan berlainan.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah, dia mendapati suaminya rebah di depan tangga rumah dalam keadaan cedera parah di bahagian kiri kepala.

“Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut oleh JPAM yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Kata Rokiah lagi, pemeriksaan di hospital mendapati, tulang muka berdekatan mata kiri suaminya patah selain luka besar di bahagian berhampiran mata dan kiri kepala akibat serangan itu.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan petang semalam untuk rawatan lanjut, tetapi keadaannya stabil.

“Suami makcik kata dia tiba-tiba diserang beruang itu yang membawa dua anak ketika dia mencari buah kerdas untuk dijual.

“Beruang besar itu menggigit bahagian muka dan kepala suami makcik sehingga kepalanya berada dalam mulut beruang itu, namun dia bertindak melawan haiwan liar itu untuk selamatkan diri,” katanya.

Tetak kaki beruang

Rokiah berkata, beruang itu kemudian melepaskan suaminya selepas suaminya itu menetak kaki beruang dengan kapak dan parang.

Kata Rokiah, suaminya sebelum ini sering ke hutan untuk mencari hasil hutan, namun tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Yusoff Shariff pula berkata, pihaknya menerima laporan dan akan menyiasat lanjut kejadian berkenaan.

Menurut beliau, tindakan awal akan diambil sekiranya disahkan jenis haiwan yang menyerang mangsa, di mana pihaknya memasang perangkap untuk menangkap haiwan liar itu.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, kejadian terakhir membabitkan serangan beruang di daerah ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu melibatkan seorang penoreh getah di Kampung Durian Telur yang juga di Hulu Besut.

Tidur dekat mayat rakan

  • Tidur dekat mayat rakan Muhamad Putera (kiri) dikunjungi dua rakan sekelasnya ketika dia menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar, semalam.
1 / 1
KUALA KANGSAR – “Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka,” kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.
Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.
“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi.
"Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini.
“Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu.

Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.

“Walaupun boleh tidur, kadang-kadang saya masih teringat," katanya.

Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu.

Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu.

“Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain.

“Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman.

“Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas.

Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring.

Pelacuran: 20 wanita ditahan

MELAKA - Pihak polis menahan 20 wanita di dua hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.
  
Deputi Superitendan Kamal Khan Mohd Shariff daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata mereka terdiri daripada 11 warga Indonesia dan sembilan rakyat tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun.
  
Beliau berkata turut ditahan tiga penjaga premis dan tiga pelanggan berumur sekitar 20-an hingga 30-an.
  
Operasi disertai empat pegawai dan 20 anggota dari Bukit Aman yang turut dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, katanya kepada pemberita. - Bernama

Bas terbalik: Tiga penumpang maut, 10 parah

BENTONG -  Tiga maut termasuk sepasang suami isteri, manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.
   
Mereka yang maut ialah warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang beralamat di kediaman siswa Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dan isterinya Zarifah Alias, 26, berasal dari Kota Bharu serta Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Batang Kali, Selangor.

Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
  
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
  
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata, mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
  
Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Bharu.
 
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama. - Bernama

Hasrat pulang ke kampung tak kesampaian

KOTA BHARU - Hasrat sepasang suami isteri untuk membuat kejutan pulang ke Kampung Padang Jeman, Salor di sini tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.

Zarifah Alias, 26, dan suaminya Mohamad Mohamud Abdalla, 31, warga Somalia mendirikan rumah tangga kira-kira lima bulan lepas dan dikatakan bercadang pulang ke kampung tanpa pengetahuan keluarga.

Kakak Zarifah, Zalilawati, 42, berkata adiknya ada memberitahu ibunya dua hari lepas ingin pulang ke kampung tetapi tidak memaklumkan hari dan waktu mereka akan pulang.

"Saya tidak tahu bila mereka akan pulang kerana mereka kata nak buat kejutan. Kali terakhir adik pulang ke kampung pada Februari lalu sebab alahan teruk ketika mengandung dan dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk menerima rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Zarifah yang kini hamil lima bulan berhasrat menetap di Australia setelah melahirkan anak sulungnya nanti.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu amat berharap dikurniakan cahaya mata lelaki kerana beliau telah memasang angan-angan untuk menamakan anaknya 'Bilal'.

"Arwah seorang yang sangat ceria, manja dan paling suka belajar sebab itulah beliau seorang saja yang belajar jauh dari Malaysia iaitu di sebuah universiti di Australia dalam bidang Bioteknologi," katanya.

Zarifah yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana perubatan dalam bidang kanser di Universiti Malaya turut membuat kerja sambilan sebagai Pembantu Pegawai Penyelidikan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sementara itu, suaminya Mohamad Mohamud Abdalla yang akan bekerja di Kedutaan Arab Saudi pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang pengurusan, berhasrat ingin memberikan tiga biji buah kelapa dari Somalia kepada bapa mentuanya yang lumpuh apabila pulang ke sini.

Pasangan itu adalah antara tiga mangsa yang maut apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bilut.

Sejumlah 68 penumpang yang berada di dalam bas dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Bernama

Mayat masih sempurna walaupun dilanggar treler

  • Mayat masih sempurna walaupun dilanggar treler Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari celah tayar treler.
1 / 1
GEORGETOWN - Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar dalam keadaan terbaring.

Warga emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam.

Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau.

Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut.

“Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak berdarah.  Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya.

Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa rakan-rakannya dan ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas bergelar pesara kerajaan.

Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, polis sudah mengambil keterangan dari pemandu treler bagi membantu siasatan.

Hudud: Pas tidak perlu tunduk

  • Abu Bakar Abd Ghani Abu Bakar Abd Ghani
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Pas perlu meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum hudud tanpa tunduk kepada mana-mana parti politik terutama DAP dan PKR.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Terengganu, Abu Bakar Abd Ghani berkata, Pas juga tidak perlu melayan karenah NGO yang membantah pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Menurutnya, Pas tidak seharusnya melepaskan peluang terbuka luas itu apabila ia turut mendapat sokongan daripada Umno, kerajaan pusat serta NGO Islam lain.

“Oleh itu, Pas jangan tunduk kepada DAP dan PKR, kalau kedua-dua parti itu membantah di Parlimen nanti.

“Ini kerana Karpal Singh dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kerusi dan kuasa masing-masing jika keputusan mahkamah tetap dengan keputusan sebelum ini,” katanya, di sini.

Menurut Abu Bakar lagi, Pas juga tidak perlu berlembut hati dan mengikut keputusan rakan pakatan terutama PKR yang dijangka akan mengalami krisis dalaman yang parah selepas pemilihan parti itu.

Kata beliau, Karpal Singh minggu lalu ada mengingatkan Dewan Rakyat supaya tidak membenarkan usul tersebut diluluskan.

Naib Presiden PKR, N Surendran adalah pemimpin PKR pertama berbuat demikian dengan memberi peringatan kepada Pas bahawa hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Manakala, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula adalah pemimpin kedua yang tampil menentang hasrat Pas itu.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini memberitahu akan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu, sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Pemandu bas didakwa asyik SMS

  • Pemandu bas didakwa asyik SMS SUHAILA
1 / 1
BENTONG – "Sebelum kemalangan, pemandu bas sibuk 'bermain' SMS (khidmat pesanan ringkas), malah kenderaan turut dipandu laju," dakwa seorang penumpang bas, Norfazilah Zainuddin, 22, ketika ditemui di Hospital Bentong, semalam.

Norfazilah mendakwa, dia yang duduk bersebelahan pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu.

Menurutnya, dia menegur pemandu bas beberapa kali, namun tidak diendahkan.

"Saya cakap baik-baik minta dia fokus kepada pemanduan kerana bimbang berlaku perkara buruk yang boleh membahayakan saya dan penumpang lain.

"Dia tidak hiraukan saya langsung dan terus memandu laju, sebelum bas kami masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Norfazilah yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur berkata, ketika itu, dia hanya sempat menjerit 'Awas, abang!', sebelum bas itu terbabas dan terbalik.

Katanya, kejadian terlalu cepat dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada cermin hadapan bas, selain lututnya luka akibat terhimpit.

“Saya masih sedar dan hanya dapat melambai-lambai pengguna jalan raya lain, berharap ada yang membantu mengeluarkan kami yang tersepit,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, insiden itu tidak mungkin dilupakan, namun dia bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu,Suhaila Ismail, 32, berkata, dia yang pertama kali menaiki bas tersebut sangat trauma dengan kemalangan ngeri itu.

Katanya, dia dan abangnya terpaksa menaiki bas itu, selepas tiket bas yang selalu dinaiki habis dijual.

"Sebelum kejadian, abang memang dah perasan bas tersebut dipandu laju dan pemandu bas juga asyik menekan brek.

"Saya cedera di bahagian tulang belakang serta rusuk. Kejadian ini buat saya serik dan trauma naik bas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Razali Musa, 47, turut menceritakan detik cemas insiden itu.

“Saya naik bas bersama isteri, ketika dalam perjalanan saya tertidur, sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman serta cermin pecah.

"Semua penumpang menjerit. Tiba-tiba saya ditindih tiga individu lain termasuk isteri," katanya.

Menurutnya, memang dia terkejut dengan kejadian itu  tetapi mujur dia tidak panik manakala penumpang yang selamat dan tidak cedera keluar dari bas berkenaan melalui cermin depan yang pecah.

Kemalangan bas: Ibu mengandung selamat

  • Kemalangan bas: Ibu mengandung selamat Norzamera bersama anaknya, Norqaseh Qaisara ketika menceritakan detik-detik cemas ketika kemalangan.
1 / 1
BENTONG - Seorang ibu mengandung bersama anak berusia dua tahun terselamat dalam kejadian kemalangan semalam.

Dalam kejadian itu, Norzamera Abd Manaf, 24, cedera di kepala dan tangan manakala anaknya, Norqaseh Qaisara Ahmad Rizuan, 2, yang berada di sebelah tingkap tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak menangis semasa kejadian itu berlaku.

Menurutnya, semasa kejadian dia tertidur manakala anak sulungnya itu duduk di tempat duduk sebelah tingkap bas.

“Apabila saya tersedar saya terasa seperti hilang ingatan dan anak saya berada di sebelah memanggil nama saya dan dia tidak menangis pun.

“Saya bersyukur kerana walau pun saya mengalami kecederaan di bahagian kepala tetapi anak saya tidak cedera begitu juga bayi dalam kandungan yang berusia empat bulan,” katanya ketika ditemui di sini.

Norzamera yang tinggal di Puchong dalam perjalanan balik ke kampungnya di Kelantan menerima tujuh jahitan di kepala akibat kemalangan itu.

Dalam pada itu, bapa mertua Norzamera, Osman Halus, 64, berkata dia amat terkejut sekali apabila mendengar berita mengenai kejadian tersebut.

“Saya terus bergegas ke hospital apabila diberitahu mengenai kejadian ini tetapi saya bersyukur kerana dia selamat begitu juga anaknya,” katanya.

AC Mizal pertahan Jep

Baru-baru ini sewaktu kecoh umum bercerita mengenai Jep Sepah 2 memaki hamun peminat, kita lihat Datuk AC Mizal tampil mempertahankan rakan pelawak yang semakin popular itu.
AC dalam status laman sosial Twitter miliknya meminta peminat bertenang dan tidak terus-terusan memarahi Jep berkenaan isu terbabit, sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
Jelas AC, sekian lama mengenali Jep sehingga menganggap pelawak berasal dari Johor Bahru, Johor itu sebagai adik, dia sangat kenal sikap dan perangai-nya. Tidak mungkin Jep bersikap sedemikian dengan peminat.

Kita tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, lagipun Jeb memberi penjelasan membabitkan perkara itu dan disiarkan Harian Metro.

Apabila menyentuh peminat dan artis kesayangan mereka, kita pernah juga melihat sendiri ada peminat mencebik bibir apabila pihak pengurusan artis diminati meminta dengan baik supaya penyanyi di bawah jagaannya tidak diganggu sewaktu dia makan.

Fikir logiklah, orang te-ngah mengadap makanan, takkan kita mahu ganggu. Namun, ada peminat yang tidak berakal langsung tidak kisah.

Sekali tengok, mereka seperti pentingkan diri kerana tanpa ada rasa belas kasihan terus memaksa artis kesayangan bergambar bersama.

Sedangkan penyanyi yang mereka mahu bergambar itu seharian tidak makan kerana sibuk membuat segala persiapan untuk menghiburkan peminatnya. Waktu makan itulah juga mereka mahu berehat seketika, melepaskan lelah dan mengisi perut kosong.

Itu belum lagi yang kita baca dalam laman sosial, apabila permintaan peminat yang tidak dilayani artis akan dikutuk dan dihina.

Memang benar artis milik peminat dan masyarakat, tapi dalam waktu sama kita juga harus ingat, mereka bukan hamba. Walaupun artis, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan. Fikir-fikirkanlah!

Jeritan tengah malam

Bentong: Bas ekspres dipandu laju di laluan selekoh dipercayai menjadi punca ia terbabas dan melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terbalik ke sebelah kiri di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu, dekat sini, tengah malam semalam.

Kejadian jam 12.30 malam itu menyebabkan tiga penumpang terbunuh di tempat kejadian, termasuk sepasang suami isteri, 10 parah serta 55 lagi cedera ringan. Mereka dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Bas Ekspres Transnasional dua tingkat membawa 68 penumpang itu dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Zarifah Alias, 26, beralamat di Kampung Padang Jeman Salor, Kota Bharu, Kelantan dan suaminya warganegara Somalia, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, beralamat di Kediaman Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Setapak, Kuala Lumpur serta Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor.













Foto

BAS yang terbabit dalam nahas di Kilometer 11 Raub - Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pemandu bas Wan Khairul Affendi Mustafa, 39, berasal dari Kubang Kerian, Kelantan dipercayai memotong beberapa kenderaan di laluannya sebelum hilang kawalan di satu selekoh.

Katanya, bas ekspres itu kemudian melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terbalik di sebelah kiri sehingga ada penumpang tersepit di dalamnya.
 

Hina Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong di Facebook

Klang: Empat laporan polis dibuat berkaitan tindakan melampau seorang pengguna laman sosial di akaun Facebooknya (FB) menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah oleh UMNO Bahagian Kota dan Gerakan Belia 4B, semalam.

Tindakan mengubah suai gambar Yang Dipertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong dan diletakkan keterangan gambar ‘Comelkan Gambar Saytan Kedah bersama Isteri Tersayang’ dianggap sebagai keterlaluan dan tidak menghormati institusi diraja.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Mustakhim Mohamad Zainoor berkata, laporan polis itu dibuat supaya tindakan diambil pihak berkuasa terhadap pemilik FB terbabit serta menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Tindakan dilakukan pemilik FB terbabit sangat mengecewakan.

Menerusi laporan ini, kami harap polis mengambil tindakan, sekali gus menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulanginya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini.

Mustakhim berkata, laman sosial sepatutnya digunakan untuk kebaikan dan bukan tempat menyebarkan perkara negatif.

Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Cawangan Kota Raja Muhammad Ali Zakariah berkata, segelintir belia hari ini terpesong akibat terpengaruh dengan penggunaan laman sosial.

“Penggunaan laman sosial yang tidak dikawal menyebabkan remaja dan belia pada hari ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap institusi diraja,” katanya.

Mayat remaja lemas ketika mandi ditemui

Machang: Mayat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang lemas ketika mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Besar, Temangan, di sini, kelmarin, ditemui anggota pasukan penyelamat, semalam.

Muhammad Salman Fikri Fauzi dari Kampung Rambai, Tanah Merah, dekat sini, dilapor lemas dipercayai akibat pasir jerlus ketika mandi bersama tiga rakannya sekitar jam 6 petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Machang Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata, pasukan penyelamat disertai anggota polis, anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian itu.

“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan semalam (kelmarin) disebabkan cuaca semakin gelap dan ia disambung jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum kita menemui mayat mangsa tidak jauh dari tempat kejadian, jam 10 pagi tadi.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada keluarga mangsa.

Hasil maklumat awal, mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi manakala tiga rakannya bermain di kawasan pasir di tebing sungai.

“Sebaik turun dan mandi bersendirian, tiba-tiba dia dilihat terkapai-kapai dan terus tenggelam ke dasar dan gagal diselamatkan kawannya yang cuba membantu.

“Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Temangan, di sini,” katanya.

FotoMAYAT Muhammad Salman Fikri ditemui anggota penyelamat di Sungai Kelantan.

Beli petrol bakar diri

Johor Bahru: Seorang lelaki warga Singapura yang membakar dirinya sempat berlari kira-kira 50 meter dengan keadaan badannya disambar api di Jalan Harimau, Taman Century, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.22 pagi, Lew Soon Kiang, 42, mengunjungi sebuah stesen minyak berhampiran dan ke kaunter bayaran untuk meminta tong kosong bagi mengisi minyak.

Difahamkan, pada awalnya mangsa mengugut membakar premis berkenaan dengan pemetik api kerana pekerja stesen minyak itu enggan menyerahkan tong dimintanya.

Selepas mendapatkan tong berkapasiti empat liter, mangsa menyerahkan RM25 kepada pekerja stesen minyak berkenaan sebelum membeli petrol pada harga RM8.
FotoSTESEN minyak yang menjadi lokasi kejadian simbah dan bakar semalam.

Tidak lama kemudian, mangsa menyimbah minyak berkenaan ke badan sebelum membakar dirinya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa pada mulanya memberi alasan keretanya kehabisan minyak sebelum mengisi petrol ke dalam tong terbabit.

“Selepas berjalan dua meter daripada stesen minyak, mangsa terus menyimbah badannya dengan petrol terbabit sebelum menyalakan pemetik api dan membakar diri.
 

Ipoh : Seorang maut, 6 cedera nahas 3 kenderaan

Ipoh: Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 25 Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.55 petang, Mohd Zaid Abd Rahman, 58, dari Rumah Murah Kos Rendah, Ajil, Terengganu, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
Sumber berkata, Mohd Zaid bersama isteri dan dua anak perempuannya dari Ajil, Terengganu ke Lumut, sebelum Toyota Avanza dipandu anak perempuannya berusia 20 tahun dipercayai hilang kawalan dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh Toyota Unser dinaiki empat beranak.

Katanya, Sebuah PERODUA Alza dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands turut dirempuh Toyota Avanza itu.
“Pemandu Toyota Avanza tidak cedera, manakala isteri dan seorang anak Mohd Zaid, masing-masing berusia 56 dan 19 tahun, cedera.

“Selain itu, empat beranak menaiki Toyota Unser, masing-masing berusia 49, 42, 22, dan 15 tahun turut cedera selepas kenderaan itu masuk ke dalam parit, manakala pemandu PERODUA Alza tidak cedera.

“Enam mangsa yang cedera dirawat di HRPB dan keadaan mereka stabil,” katanya.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bertembung di selekoh

Jasin: Seorang lelaki meninggal dunia akibat parah di kepala apabila kereta PROTON Wira dipandu hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 26, Jalan Jasin-Merlimau, Merlimau, di sini, kelmarin.
Kejadian jam 10.30 malam mengakibatkan Mohd Syafiq Abdul Latif, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas berusia 47 tahun dan 20 penumpang selamat.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa memandu PROTON Wira dipercayai dalam perjalanan ke bandar Melaka dari Merlimau ke Jasin, manakala bas dinaiki 20 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari arah bertentangan.
“Difahamkan, bas itu disewa IPT berkenaan untuk membawa pelajarnya mengikuti satu rombongan.
Tiba di tempat kejadian, kenderaan terbabit bertembung dengan PROTON Wira dipandu mangsa.
“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Mayatnya dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau,” katanya, semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Mohd Hafidzatullah Rashid pula berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan jam 10.38 malam dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.
“Dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad bersama enam anggota.
“Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamudin Hashim berkata, kemalangan berlaku di laluan berselekoh.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

239 penumpang, anak kapal dilindungi maksimum RM3.3b

Kuala Lumpur: Semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dilindungi insurans maksimum AS$1 bilion (RM3.3 bilion) berdasarkan kepada tiket penerbangan dibeli.
Bagaimanapun, penerimaan nilai insurans dinamakan ‘polisi pesawat dan liabiliti’ kepada setiap orang bergantung kepada siasatan oleh penilai insurans atau broker dilantik.

Menurut sumber insurans, tempoh masa pembayaran keseluruhan insurans akan mengambil masa tertentu iaitu sehingga siasatan ke atas pesawat terbabit selesai.

“Setiap penumpang dan kru kapal berhak menerima insurans terbabit yang akan diterima waris mereka.

“Dalam kes kehilangan pesawat MH370, jika didapati 239 orang sama ada warga tempatan atau asing mati atau hidup, mereka atau waris mereka akan mendapat bahagian insurans masing-masing, tertakluk kepada terma dan syarat polisi,” katanya.

Beliau berkata, ada satu lagi insurans tidak wajib dibeli oleh penumpang iaitu ‘MHinsure’ disediakan oleh Etiqa Insurance Berhad.

“Hampir semua syarikat penerbangan menyediakan skim insurans ini, sungguhpun begitu, bukan semua penumpang membeli polisi berkenaan.

“Bagaimanapun, insurans ini hanya melindungi barang penumpang seperti beg dan lain-lain,” katanya.

Sumber industri itu berkata, syarikat insurans lain yang bergabung di dalam polisi terbabit termasuk syarikat Allianz berpangkalan di Jerman sebagai pemegang utama akan berkongsi membayar pampasan kepada keluarga mangsa.
 

Orang Asli jumpa mayat bayi dalam plastik sampah

Kuala Kubu Baru: Seorang lelaki Orang Asli yang sedang memungut sampah di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali di sini, tersentak apabila menemui mayat seorang bayi perempuan di dalam satu bungkusan plastik sampah dipercayai dibuang di kawasan itu, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu dan beberapa rakannya melakukan kerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan Jalan Batang Kali-Rasa dan kawasan perindustrian terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi.

Apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas itu, dia menemui bungkusan plastik berwarna hitam lalu membukanya dan segera menghubungi talian kecemasan selepas melihat bayi terbabit.

Sumber berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kurang 800 meter dari Jalan Batang Kali-Rasa.
FotoMAYAT bayi perempuan yang ditemui.

“Pemeriksaan menemui mayat seorang bayi perempuan mengiring dibalut dengan sehelai baju dan keadaannya masih bertali pusat bersama uri. Bayi itu dipercayai dibuang pada awal pagi iaitu kira-kira enam atau tujuh jam sebelum penemuan terbabit.


“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, hasil laporan bedah siasat mendapati bayi itu berusia kira-kira 28 minggu dalam kandungan dan kematiannya akibat lemas.

“Sehelai baju berwarna hitam dan plastik yang dijumpai diserahkan kepada Jabatan Kimia. Mayat bayi itu dihantar ke hospital,” katanya.

Kata sumber itu, polis turut menjalankan pemeriksaan di klinik di sekitar Hulu Selangor untuk mengesan wanita yang baru bersalin atau hadir untuk diperiksa dalam tempoh terdekat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaakob mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih sedang dijalankan pihaknya.

Kejutan ajal

Kota Bharu: “Dia tak beritahu nak balik kerana mahu buat kejutan, tapi tak sangka begini jadinya... dia pula mengandung lima bulan. Maaf, saya tak boleh cakap lagi... sakit dada ni,” rintih Mahni Othman, 72, ibu kepada Zarifah Alias, 27, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bukit Lebu, dekat sini, tengah malam semalam.
Zarifah antara tiga mangsa yang maut dalam kejadian itu. Turut meninggal dunia suaminya yang juga warga Somalia Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, dan Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Batang Kali, Selangor.

Seramai 10 lagi mangsa dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Jeman, Salor, di sini, Mahni berjubah hitam dan ditemani saudara-mara masih terkejut serta sedih atas kejadian menimpa anak bongsu dan menantunya.
FotoZARIFAH dan Saeed Mohamad maut dalam nahas di Jalan Bentong-Raub, semalam.

Difahamkan, anak dan menantu Mahni yang meninggal dunia itu membawa bekalan kelapa dari Somalia yang diperoleh Saeed Mohamad ketika melawat keluarganya di sana bulan lalu.

Menurut kakak kedua Zarifah, Zalilawati, 42, pasangan itu tidak memberitahu sesiapa mengenai kepulangan mereka, termasuk ibunya dan ayah Alias Ismail, 72.

“Dia menelefon mak dua hari lalu untuk bertanya khabar dan memaklumkan akan pulang, tetapi tidak menetapkan tarikh kerana mahu membuat kejutan.

“Sebab itu kami sekeluarga tidak tahu mereka sebahagian penumpang bas itu hinggalah jam 6 pagi tadi (semalam) rakan Zarifah datang ke rumah memaklumkan Zarifah dan Saeed terbabit dalam nahas itu.

“Ketika itu, dia hanya memberitahu Saeed yang meninggal dunia. Hanya selepas gagal menghubungi telefon bimbit Zarifah dan meminta saudara mencarinya di rumah mereka di Keramat, Kuala Lumpur baru kami tahu dia juga meninggal dunia selepas menyemak senarai nama mangsa di Hospital Bentong,” katanya.

Menurutnya, Zarifah berkhidmat sebagai penyelidik sambilan yang kini menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya (UM), manakala Saeed Mohamad penuntut ijazah kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus ibu negara dan bakal berkhidmat dengan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

“Kedua-duanya berkahwin 7 Disember tahun lalu dan menanti kelahiran anak sulung. Bahkan, Zarifah paling teruja dan berharap mendapat cahaya mata lelaki kerana dia ada nama untuk anaknya yang akan dipanggil ‘Bilal’.

“Kami sekeluarga tidak menyangka akan menyambut mereka dengan cara begini. Sedih sangat kerana kami adik-beradik sangat rapat dan dia adik bongsu daripada tujuh beradik serta paling ceria dalam keluarga.

“Dia penghibur kami dan minatnya untuk belajar menyebabkan dia kerap berjauhan dengan kami. Kali terakhir kami berjumpa ketika arwah mengalami alahan teruk Februari lalu, dan dimasukkan ke Hospital Pasir Mas,” katanya.

Jenazah Zarifah dan Saeed Mohamad dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kampung itu, malam semalam.

Pemandu BAS Guna siku kawal stereng


Bentong: Pemandu bas pandu laju dan kerap menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sepanjang jalan,” dakwa seorang penumpang Norfazillah Zainuddin, 22, yang turut mengalami kecederaan di kaki dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu dekat sini, tengah malam semalam.
Menurut Norfazillah, dia yang takut dengan sikap pemandu itu membuat keputusan tidak mahu tidur sepanjang perjalanan, malah turut menegur pemandu bas itu yang memandu sambil menghantar SMS dan hanya mengawal stereng menggunakan siku.
Katanya, beberapa penumpang lain turut menegur pemandu itu tetapi dia menjawab ‘sudah biasa, tak ada masalah’ dan terus memandu laju.

“Ketika sampai di tempat kejadian, saya lihat pemandu itu tidak menumpukan perhatian kerana sibuk menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sebelum bas hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan.
Foto
BAS Ekspres Transnasional dua tingkat yang terbabit kemalangan di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bukit Lebu, dekat Bentong menyebabkan tiga kematian dan 10 cedera parah, semalam.

“Saya menyedari bas sudah memasuki lorong sebelah (kanan) dan menuju ke arah bukit dan terus menjerit ‘awas’ kepadanya tetapi sudah terlambat, bas melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terheret di tepi bukit.

“Pemandu cuba mengelak dengan memusingkan stereng ke arah kiri selepas terlanggar bukit menyebab-kan bas terus terbalik dan terseret di atas jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Bentong selepas mendapatkan rawatan.

Menurutnya, dia yang berkerja sebagai kerani di sebuah kilang elektronik menaiki bas berkenaan pulang ke kampungnya di Tumpat, Kelantan untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis akan menyiasat dakwaan beberapa penumpang yang mengatakan bas ekspres berkenaan dipandu laju termasuk pemandunya membaca dan berbalas SMS.

Pelakon kelar tangan - This is Stupid kerana CINTA

Ipoh: Seorang pelakon wanita yang sering muncul dalam tele filem Tamil nekad mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau cukur selepas mendapat tahu kekasihnya berkahwin dengan wanita lain, petang kelmarin.
Mangsa berusia 29 tahun dan kini mengandung tujuh bulan, dipercayai membuat keputusan itu selepas terlalu sedih dan kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila segera dibawa ke hospital dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Menurut seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai John, 50-an, dia dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin sebelum segera membantu membawa mangsa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
FotoMANGSA yang cedera dibawa ke wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Sebelum kejadian, dia tinggal seorang diri di rumah selepas keluarganya ke Singapura atas urusan keluarga. Disebabkan kasihan, beberapa rakannya mengajak bermalam di Taman Pengkalan, di sini.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13  1169  65 Google +0  3  0

Waris MH370 bakal jadi jutawan

Kuala Lumpur: Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan memenangi kes berkenaan di mahkamah.
Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta.

Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan.

Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.

Foto

“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera.

Bina semula selaput DARA terkoyak

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.

Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.
Foto

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.