Blogroll

Sunday, April 13, 2014

Kontena bawa lampin pakai buang disamun


  • Kontena bawa lampin pakai buang 
disamun Kepala lori kontena yang ditemui semula di Bukit Kemuning, awal pagi semalam.
1 / 1
KLANG – Sebuah kontena membawa 15,000 pek lampin pakai buang bernilai kira-kira RM200,000 disamun dalam kejadian di lebuh raya PLUS Pulau Indah berhampiran Stesen Petronas Kota Pendamar 2, jam 1.20 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang juga pemandu lori kontena meletakkan lori di bahu jalan untuk ke tandas stesen minyak berkenaan sebelum didatangi empat individu tidak dikenali.

Difahamkan salah seorang daripada suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan.

“Sejurus itu, tiba-tiba mangsa berusia 35 tahun itu diacu dengan sebilah pisau di bahagian pinggang sebelum dibawa masuk ke dalam kereta yang dipandu suspek.

“Mangsa dipukul dan dipijak sewaktu dalam kereta dengan keadaan muka yang diserkup dengan kain hingga hampir lemas,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara dan motosikal Yamaha RXZ terus membawa mangsa hingga ke Pantai Kelanang, Banting dan ditinggalkan di situ.

Katanya, mangsa ditemui oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini kita masih menjejak kesemua suspek. Namun, kepala lori kontena berkenaan sudah ditemui semula di Bukit Kemuning kira-kira jam 2 pagi, semalam.

“Orang awam mempunyai maklumat atau individu yang menjual barang itu dengan harga lebih murah boleh maklumkan kepada mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Bergurau akan mati muda

  • Bergurau akan mati muda Fauzi menatap wajah Muhamad Fikri Salman selepas anaknya itu ditemui mati lemas di Sungai Kelantan, Kampung Pasir Besar, dekat Tanah Merah, semalam.
1 / 1
TANAH MERAH - “Aku tak sempat dah nak kahwin sebab akan mati muda tetapi tak apa kerana aku tak banyak dosa,” kata Salmah Othman, ibu kepada remaja yang mati lemas di Sungai Kelantan, Kampung Pasir Besar, dekat sini, semalam.

Salmah, 42, bagaimana pun tidak menyangka gurauan anak ketiganya itu akan menjadi kenyataan apabila Muhamad Fikri Salman Fauzi, 16, ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan, petang kelmarin.

Salmah berkata, gurauan itu dibuat Allahyarham Muhammad Fikri Salman beberapa hari sebelum kejadian apabila arwah turut dikaitkan dalam perbincangan mengenai perkahwinan seorang abangnya.

“Arwah berkata demikian apabila saya, dia dan abangnya bersembang siapa yang patut kahwin dulu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Pasir Besar, dekat sini, semalam.
Anak ketiga daripada enam beradik itu dilaporkan hilang ketika mandi bersama tujuh lagi rakannya di sungai tersebut kira-kira jam 5.15 petang kelmain sebelum mayatnya dijumpai pada jam 10.30 pagi, semalam.

Salmah yang sudah berpisah dengan bapa Muhamad Fikri Salman memaklumkan, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya yang tinggal bersama bekas suaminya, Fauzi Mat Nor sehari sebelum kejadian.

“Dia datang rumah saya malam Khamis dan ada minta wang RM1 untuk beli rokok. Dia kata, kalau tak boleh RM1, dapat 50 sen pun jadi dan selepas ini, dia tak akan minta lagi,” katanya.

Tambahnya, dia juga terkilan kerana tidak sempat memasak nasi goreng yang menjadi makanan kegemaran Muhamad Fikri Salman apabila diberitahu anaknya itu dipercayai lemas ketika mandi.

“Dia sepatutnya datang makan nasi goreng di rumah saya pada hari kejadian tetapi sampai ke petang dia tak datang sehinggalah seorang abangnya beritahu, dia lemas di sungai,” kata Salmah.

Sementara itu, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, mayat mangsa yang tidak bersekolah itu ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai cuba menyeberangi sungai dengan berjalan kaki kerana air cetek sebelum terjatuh dan terkapai-kapai dipercayai akibat terjerlus,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha yang turut berada di lokasi kejadian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap, mereka bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Selain meninjau lokasi kejadian, saya sempat mengunjungi rumah ibu mangsa di Kampung Rambai dan menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Nota terakhir ‘aku mahu mati’

  • Ketua Polis Daerah Kota Bharu, 
Asisten Komisioner Azham Othman
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang suami tidak menyangka nota terakhir yang ditinggalkan isterinya bertulis “aku mahu mati” menjadi kenyataan selepas mayat isterinya ditemui orang awam terapung berhampiran Restoran Kapal di Lembah Sireh, di sini, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.15 itu disedari seorang lelaki yang ternampak objek menyerupai mayat manusia dihanyutkan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, menurut suami mangsa, sehari sebelum kejadian mangsa dalam keadaan resah dan sukar tidur.

“Wanita terbabit yang dipercayai mengalami masalah mental pernah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum ini.

“Mayat wanita berkenaan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut untuk urusan pengebumian.

Operasi menyelamat turut disertai anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Darul Naim dan mayat mangsa yang ditemui di bawa ke darat sebelum dihantar ke hospital.

Azham berkata, setakat ini kematian mangsa diklafikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Dalam pada itu, mayat seorang lelaki warga India ditemui tergantung dalam sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Kejadian terbabit disedari rakannya yang secara kebetulan memanggilnya untuk masuk bekerja setelah dia tidak datang ke tempat kerjanya sejak jam 3 petang pada hari kejadian.

Azham berkata, mangsa mula bekerja di sebuah restoran sejak 18 Mac lalu sebagai pekerja am.

“Dia tinggal di rumah sewa bersama majikannya serta enam pekerja restoran yang lain.

“Menurut majikannya, mangsa seorang yang pendiam dan rajin dan tidak mempunyai masalah di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azham berkata, lelaki berkenaan yang  sepatutnya mula masuk bekerja pada jam 3 petang, tidak hadir untuk bekerja sehingga jam 5 petang kelmarin.

“Ekoran itu majikan mangsa telah mengarahkan pekerjanya untuk memanggil mangsa masuk bekerja dan semasa rakannya itu ke rumah lelaki terbabit, dia menjumpai mangsa dalam keadaan tergantung di bilik belakang dan terus memaklumkan kepada majikannya.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa telah dibuat dan mendapati tiada sebarang kesan luka luaran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kematiannya diklafikasikan sebagai kematian mengejut serta tiada unsur jenayah,” katanya.

Kota Bharu : Rogol kekasih remaja didakwa

  • Rogol kekasih remaja didakwa Kedua-dua tertuduh menutup muka mereka ketika keluar dari mahkamah, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Dua juvana dalam kes berasingan mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret di sini semalam  atas kesalahan merogol kekasihnya pada Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan majistret Nik Habri Muhamad selepas mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan juru bahasa mahkamah semalam.

Seorang daripada tertuduh dari Kota Bharu itu, didakwa merogol  remaja berusia 15 tahun pada 29 Mac 2014 lebih kurang jam 5 pagi di sebuah rumah di Jalan Jaya Setia di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan jaminan paling rendah memandangkan bapanya kerja kampung sahaja.

Bagi kesalahan tersebut, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan kes bersambung pada 19 Mei ini.

Sementara itu, dalam kes lain, seorang tertuduh berusia 17 tahun dihadapkan di mahkamah  sama kerana merogol seorang remaja  berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Dusun Pinang Salor.

Tertuduh yang merupakan pelajar itu, didakwa melakukan perbuatan tersebut  lebih kurang jam 4 pagi di sebuah rumah pada 26 Mac 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut  Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan kes bersambung 8 Mei ini.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Mengemis demi sara tiga anak

  • Mengemis demi sara tiga anak Warga emas terbabit enggan bangun dari tempat duduknya ketika dihampiri penguat kuasa MPKB-BRI dan pegawai JKM. Foto oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
1 / 1
KOTA BHARU- Seorang warga emas yang mengalami masalah penglihatan terpaksa mengemis demi untuk menyara tiga anaknya yang masih bersekolah berusia 7,18 dan 13 di kaki lima pasar Siti Khadijah di sini kelmarin.

Lelaki terbabit yang berusia 69 tahun dan berasal dari Kampung Labok, Machang sanggup menaiki kereta sewa ke Kota Bharu bagi mencari sumber rezeki dengan menjual ubat di samping meminta sedekah walaupun sudah menerima bantuan elaun pekerja cacat sebanyak RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketika dihampiri anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam(MPKB-BRI) dan pegawai JKM dalam operasi bersepadu yang dijalankan semalam, warga emas itu yang duduk di atas tangga di tingkat 1 pasar terbabit, enggan bangun dari tempat duduk berkenaan, malah meronta-ronta untuk dilepaskan selepas menyedari dia dihampiri pihak berkenaan.

“Saya minta tolonglah biarlah saya di sini, senang saya nak ke ke tandas nanti,” katanya.

Namun selepas dipujuk beberapa kali, lelaki berkenaan akhirnya berjaya dibawa anggota penguat kuasa dan pegawai JKM ke dalam lori MPKB-BRI dan akan dibawa ke rumah perlindungan orang tua untuk penempatan sementara sebelum menerima kaunseling dan menjalani tindakan susulan.
Warga emas itu antara empat pengemis yang terdiri dari dua warga tempatan dan dua warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu pengemis dan gelandangan Jabatan JKM dan MPKB-BRI yang diadakan di sekitar pasar terbabit.

Menurut Pegawai JKM Jajahan Kota Bharu, Mohd Khir Omar berkata, dalam operasi berkenaan empat pengemis berjaya ditahan.

“Operasi ini dilakukan bagi membersihkan kawasan sekitar Kota Bharu dari pengemis dan kita akan ambil tindakan susulan terhadap pengemis yang pernah ditahan sama ada melibatkan warga asing dan rakyat tempatan.
“Dalam operasi ini, kita turut menahan dua penerima bantuan bulanan JKM yang masih mengemis walaupun sudah menerima elaun dan kes ini akan disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya, sehingga Januari hingga April tahun ini, seramai lima pengemis ditahan dalam operasi bersepadu dan hasil pemantauan yang dilakukan pihaknya berbanding tahun lalu sekitar Januari hingga Disember seramai 18 pengemis ditahan dalam operasi seumpama itu.

Kesempitan hidup Hanya makan nasi goreng kosong

  • Hanya makan nasi goreng kosong Mesah menunjukkan tulang belakang Suryana yang semakin membongkok.
1 / 1
GUAL TOK DEH - KELANTAN. Kesempitan hidup memaksa seorang ibu menggoreng nasi hanya dengan garam untuk mereka sekeluarga makan semata-mata mahu menjimatkan wang bagi perbelanjaan persekolahan tiga anaknya di Kampung Gual Tok Deh Barat.

Bukan itu sahaja, kemiskinan menyebabkan dua anak perempuan dan suaminya tidak mendapat sebarang rawatan meskipun menghidap penyakit kronik.

Mesah Daud, 43, berkata, suaminya, Zainun Mamat, 44, disahkan menghidap penyakit paru-paru berair, manakala anaknya, Aida Suryana, 15, dan Aida Suryani, 14, ada ketumbuhan dalam perut dan batuk berdarah.

“Pihak sekolah membenarkan Suryani berehat di rumah selama dua bulan kerana bimbang anak saya dijangkiti penyakit tibi.

“Ketumbuhan itu juga menyebabkan pusat Suryana sentiasa berdarah, tulang belakangnya membongkok dan tidak mempunyai payudara di sebelah kiri,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Lebih malang, Mesah berkata, suaminya terpaksa bekerja sebagai pemandu lori walaupun disahkan menghidap penyakit kronik.

Memandangkan tahap kesihatan tidak mengizinkan katanya, ada ketika suaminya mendapat upah sebanyak RM300 sebulan.

“Disebabkan ini juga anak sulung dan anak kedua saya terpaksa berhenti sekolah selepas menduduki ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu.

“Kini, kami terpaksa menumpang di dapur rumah ibu kerana tidak mampu membayar sewa rumah,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh disampaikan kepada Aida Suryana dan Mesah Daud menerusi akaun Bank Islam,  03-081-02-013177-4.

Ipoh : Pemuda maut dirempuh

  • Pemuda maut dirempuh Keadaan motosikal mangsa yang dirempuh kereta Proton Waja, kelmarin.
1 / 1
BERCHAM – Seorang pemuda maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta berhampiran simpang masuk ke Balai Polis Bercham, di sini, kira-kira jam 5.12 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa, Mohamad Darimi Rosly, 23, parah pada kepala maut selepas enam jam mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan  menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke pusat bandar dirempuh kereta waja yang bergerak memasuki simpang Balai Polis Bercham.

"Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.32 malam ketika mendapatkan rawatan sebelum mayatnya dipindahkan ke Unit Forensik untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian keadaan jalan lurus berbukit dan basah. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Parit Buntar :Lima kenderaan bertembung, dua mangsa cedera parah

  • Lima kenderaan bertembung, dua 
mangsa cedera parah Keadaan motosikal yang terperosok di bawah lori dalam nahas semalam.
1 / 1
PARIT BUNTAR - Lebih 50 pengguna jalan raya di kawasan berhampiran persimpangan lampu isyarat Simpang Lima, di sini terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih sejam setelah lima kenderaan bertembung dalam satu kemalangan, pagi semalam.

Kemalangan tersebut membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal serta berlaku pada jam 10 pagi itu turut menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar atas bantuan orang awam dan anggota Komuniti Komunikasi Keselamatan Kerian (4K).

Mangsa kejadian yang juga pemandu lori hanya dikenali Zaini berkata, dia dalam perjalanan dari Bagan Serai ke Parit Buntar untuk mengambil muatan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah bertentangan.

Menurutnya, dia mendapati sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna hitam dari arah bertentangan hilang kawalan dan terus merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga yang berada di hadapannya.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan kereta Proton Persona itu berpusing-pusing di tengah jalan sebelum merempuh lori dipandu saya.

“Saya cuba mengelakkan rempuhan itu dengan membelokkan lori ke bahagian bahu jalan, namun terkejut mendapati sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang berada di laluan kecemasan terbabas dan terperosok di bahagian bawah lori,” katanya.

Zaini berkata, kejadian kemalangan itu turut menyebabkan kereta jenis Proton Saga yang tercampak dari laluan asal, bergesel dengan sebuah kereta jenis BMW.

Menurutnya, pada mulanya dia bimbang dengan nasib semua mangsa yang terlibat berikutan keadaan kemalangan amat mengerikan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kesemua mangsa kejadian termasuk penunggang motosikal berada dalam keadaan selamat meskipun kedua-dua pemandu kereta jenis Proton Persona dan Proton Saga dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah.
“Beberapa orang awam termasuk anggota 4K hadir menghulurkan bantuan dan melaporkan kejadian kepada polis dan ambulans.

“Keadaan trafik juga agak sesak disebabkan kejadian itu menjadi tumpuan orang ramai dan hanya selepas sejam barulah polis trafik berjaya mengawal keadaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Parit Buntar : Dicekup cuba curi telefon pintar

  • Dicekup cuba curi telefon pintar Remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Parit Buntar selepas berjaya dicekup orang awam.
1 / 1
PARIT BUNTAR - Taktik seorang remaja yang menyamar sebagai pelanggan sebelum cuba melarikan sebuah telefon pintar dari sebuah kedai alat komunikasi di Jalan Shahbandar 1, Pusat Bandar, di sini tidak menjadi apabila dia dicekup orang ramai.

Saksi kejadian, Ooi Geng Huan,29, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 11 pagi kelmarin itu, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit masuk ke dalam premis majikannya dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya berpura-pura bertanyakan sebuah model telefon pintar jenama Samsung dan memintanya mengeluarkan alat telekomunikasi itu dengan alasan mahu menelitinya dengan lebih dekat.

“Memandangkan hanya saya dan dia (suspek) berada di dalam premis, saya mengeluarkan telefon itu dan meletakkannya di atas meja untuk ditelitinya

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila remaja itu tiba-tiba lari membawa telefon pintar tersebut, menyebabkan saya terus mengejarnya,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian pagi kelmarin.

Geng Huan berkata, suspek cuba mendapatkan motosikal yang diletakkan di hadapan premisnya, namun tindakan dia menjerit meminta tolong berjaya mendapat perhatian beberapa orang awam yang segera membantu menangkap remaja itu.

Katanya, seorang anggota Pertubuhan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) berjaya menjatuhkan suspek yang sedang cuba menghidupkan enjin motosikal, manakala dia segera memegang remaja lelaki terbabit dengan erat bagi mengelaknya melarikan diri.

“Insiden itu menyebabkan saya cedera ringan berikutan suspek cuba meronta-ronta beberapa kali untuk melepaskan diri.

“Berikutan itu, saya berjaya mendapatkan kembali telefon pintar dicuri suspek dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, anggota PKSK yang membantu menangkap suspek berkata,  motosikal jenis EX5 dinaiki remaja tersebut menggunakan plat nombor pendaftaran palsu.

“Saya yakin remaja terbabit baru berjinak-jinak dalam melakukan jenayah berikutan tindakan kurang bijak suspek mencuri secara bersendirian ketika premis tidak dipenuhi pelanggan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kampar : Tenggelam bersama jentolak

  • Tenggelam bersama jentolak Anggota bomba turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan bot di sekitar kawasan lombong tersebut.
1 / 1
KAMPAR - Seorang pemandu jentolak dikhuatiri lemas selepas jentera yang digunakan untuk meratakan tanah di Lombong Tapak Projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Air Hitam Labu, di sini semalam, terhumban ke dalam lombong tersebut.

Mangsa, Sri Isa Ngah, 34, dari Kampung Sungai Raia, Simpang Pulai dipercayai sedang meratakan tanah sebelum secara tiba-tiba tebing tanah runtuh sehingga menyebabkan mangsa jatuh bersama-sama jentolak yang dipandunya ke dalam lombong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar selaku Komander Operasi, Mohamad Yamin Naib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11.32 pagi dan jentera tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari BBP Kampar termasuk Unit Skuba dari BBP Ipoh terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Kami melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di permukaan air menggunakan dua bot aluminium yang mana satu daripadanya dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Keadaan cuaca ketika sepanjang operasi mencari dan menyelamat adalah baik dan sedikit berangin.

“Sehingga jam 6.15 petang tadi (semalam), unit skuba telah menyelam dan mencari mangsa di sekitar kawasan seluas 1.2 hektar di lombong yang mempunyai kedalaman sembilan meter itu.

“Unit skuba telah menghentikan operasi menyelam dan kini hanya operasi mencari hanya dijalankan di permukaan air yang bagi mengesan jika terdapat tompokan minyak dari jentera tersebut yang mungkin dapat membantu menjejaki mangsa.

“Bagaimanapun, operasi menyelam akan disambung pagi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mereka akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat serta menempatkan anggota di lokasi kejadian untuk mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Katanya, sehingga jam 7 petang tadi mangsa masih belum ditemui.

Pada perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, selain bomba, pihaknya turut menghantar sembilan anggota untuk memberikan bantuan.

“Selain itu, seramai 17 anggota JPAM dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) turut terbabit dalam operasi tersebut,” katanya.
 

Fear Factor Malaysia: Astro Rujuk Jakim


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Raqim Ahmad Ramli

PETALING JAYA: Program terbaharu Fear Factor Malaysia terpaksa melakukan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan cabaran yang memerlukan peserta memakan makanan pelik tidak dipertikaikan status halalnya.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pihaknya telah menyenaraikan beberapa jenis makanan pelik terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Jakim sebelum ia dijadikan cabaran untuk peserta.
"Walaupun program Fear Factor di negara luar memberikan cabaran ngeri dengan meminta peserta makan makanan yang luar biasa, kita pula tidak boleh berbuat demikian.
"Dan sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami menjalinkan kerjasama dengan Jakim untuk memastikan cabaran memakan makanan pelik itu adalah halal," katanya.
Sebahagian daripada selebriti dan peminat yang menyertai program Fear Factor Malaysia. Foto AZLINA ABDULLAH / THE STAR

Raqim ditemui pada majlis memperkenalkan 16 barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata di sini pada Selasa.
Sebanyak 16 pasangan peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada seorang selebriti dan peminat.
Kumpulan A menampilkan Ungku Ismail dan Fify, Syed Ali dan Tatt, Norman Hakim dan Zarina, Nas-T dan Kairul, Ryzal Jaafar dan Sam, Sari Yanti dan Anbia, Dira Abu Zahar dan Azura serta Erin Malek dan Redha.
Zain Saidin (kiri) bersama salah seorang peminat turut menyertai cabaran Fear Factor Malaysia.

Kumpulan B pula terdiri daripada Izzue Islam dan Emri, Shuib (Sepahtu) dan Zakaria, Bambang Soteto dan Faisal, Shah Iskandar dan Kartini, Yana Samsudin dan Janice, Azura Zainal dan Rachel serta Thanuja dan Joy.
"Pada setiap minggu, Kumpulan A dan B akan menempuh cabaran dan proses penyingkiran turut dilakukan pada setiap minggu.
"Ini bermakna para penonton hanya dapat menyaksikan peserta Kumpulan A pada minggu pertama manakala peserta daripada kumpulan B boleh ditonton pada minggu berikutnya sehinggalah ke peringkat akhir," ujar Raqim lagi.
Pasangan juara Fear Factor akan memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula membawa pulang wang tunai RM10,000.
Fear Factor Malaysia akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 15 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
Rakaman bagi cabaran ini di lakukan di Cape Town, Afrika Selatan pada Oktober tahun lalu.
Sebelum ini rancangan serupa muncul dengan menampilkan para artis sebagai pesertanya tanpa penglibatan peminat iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia
Kedua-dua siri ini dihoskan oleh Aaron Aziz.

Amir Raja Lawak sedia tamat zaman bujang





SETELAH beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.

Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu.



Selamat pengantin baru  

MH 370 : Tiada maklumat boleh dipercayai kecuali China




Tiada maklumat yang boleh dipercayai kini kecuali dari China. Mengapa?

Nampaknya China bertindak bijak dalam isu ini.Mereka tidak mempercayai Amerika dan sekutunya seperti Britain,Australia,Peranchis dan New Zealand.

Walaupun bersama dalam mencari maklumat MH370 tetapi China tetap tidak mempercayai musuh-musuhnya terutama AS.

AS dan China mempunyai agenda tersendiri dalam menangani MH370.

AS beria-ia kononnya mencari bukti serpihan MH370.Umpama seorang pembunuh beriya-iya bersama polis untuk mencari mayat yang dibunuhnya.Percaya benar polis terhadapnya hingga lupa ia adalah seorang pembunuh kejam !

Jika AS sanggup bunuh rakyatnya sendiri seramai 3000 orang di WTC dalam Peristiwa 9/11,inikan sekadar seorang dua sahaja warganya dalam MH370.

Jika AS sanggup bunuh 3000 rakyatnya untuk dapatkan "lesen" membunuh puluhan ribu manusia di Afghanistan dan Iraq, inikan sebuah pesawat yang jumlah penumpangnya jauh lebih kecil dari 3000 orang!

MH370 adalah pertarungan antara Sang Helang dengan Sang Naga.Isi kandungan MH370 mempunyai "barang berharga" hinggakan menjadi rebutan sengit Sang Helang dan Sang Naga.

Bilakah tamatnya pertarungan ini?

Lisa Surihani diganggu makhluk halus


  • Lisa diganggu makhluk halus
1 / 1
SELEPAS kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Vikingdom, KRU Studios sekali lagi menerbitkan karya baharu, Dendam Orang Mati.

Filem bercorak psycho thriller ini diarahkan oleh Jason Chong dan merupakan filem seram bagi pelakon jelita, Lisa Surihani.

Memegang watak utama, Lisa akui tidak yakin untuk berlakon dalam genre yang serius kerana ia agak kompleks dan sukar dihayati.

"Cabarannya terlalu berat untuk digalas. Saya perlu berlakon sebagai orang yang hilang ingatan dan perlu penghayatan mendalam agar nampak real.

"Malah watak Lena itu sendiri membuatkan saya risau sehingga meminta aktres Fauziah Nawi untuk membantu saya selama dua minggu bagi menyelami watak tersebut," katanya.

Filem seram ini mengisahkan Lena yang baharu tersedar dari koma dan menjadi amnesia akibat kemalangan yang dialaminya.

Dalam masa yang sama, gadis malang itu telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam terhadapnya.

Misteri cermin antik

  • Misteri cermin antik
1 / 1
FILEM Oculus barangkali tidak terkenal berbanding dengan beberapa filem seram lain, namun sebenarnya filem ini pernah memenangi enam anugerah di beberapa festival filem sekitar 2006.

Itu pun pada asalnya ia hanya sebuah filem pendek yang mempertaruhkan seorang pelakon dan berlatarkan bilik berwarna putih dengan bajet yang kecil.

Namun disebabkan beberapa kali mendapat anugerah, Mike Flanagan mendapat idea untuk memanjangkan jalan cerita filem ini dan masih mengekalkan judul sama.

Dengan kerjasama bersama penulis Jeff Howard, Flanagan menghasilkan filem berdurasi 105 minit yang mengisahkan tragedi malang yang menimpa keluarga Russell di pinggir bandar dipercayai angkara kuasa jahat daripada cermin antik berusia 300 tahun.

Kejahatan mula menguasai pasangan suami isteri Russell dan mereka membiarkan anak mereka, Kaylie serta Tim bersendirian untuk berdepan dengan masalah itu.

Pada satu malam, Tim menembak bapanya selepas menyaksikan lelaki itu membunuh isterinya. Berikutan itu, Tim dihantar ke hospital mental kerana mendakwa kejadian itu disebabkan pengaruh kuasa jahat daripada sebuah cermin antik.

Selepas 10 tahun, Tim dibenarkan pulang ke rumah dan ingin memulakan kehidupan baharu, namun kakaknya, Kaylie masih mempercayai cermin itu dirasuk hantu.

Gadis itu nekad membuktikan cermin berkenaan bertanggungjawab terhadap kematian ibu bapanya selepas mengetahui tragedi yang menimpa beberapa pemilikcermin sebelum ini.

Pemilik cermin itu dirasuk sehingga menjadi gila dan mati dalam keadaan ngeri seperti di renjat elektrik, mati kehausan, memukul diri sendiri dengan penukul serta terbakar.


Antara psikologi & mistik

Mempertaruhkan barisanpelakon seperti Karen Gillan,Brenton Thwaites, Rory Cochrane, dan Katee Sackhoff, filem Oculus sudah menemui penonton semenjak Khamis lalu.

Yang menariknya mengenai filem ini pada pandangan penulis adalah percubaan Howard dan Flanagan memasukkan unsur mistik bersama logik dan psikologi yang mungkin menjadi andaian sesetengah pihak yang tidak mempercayai unsur mistik selama ini.

Contohnya adalah penjelasan Kaylie mengenai kematian semua yang terlibat dengan cermin terbabit di bantah adiknya dengan hujah mengenai logik akal dan psikologi setiap mangsa-mangsa.

Namun akhirnya kuasa cermin itu mula terasa apabila Kaylie dan Tim tanpa sedar mengalihkan segala susun atur kamera.

Bermula dari situlah unsur seram mula terasa apatah lagi, babak Kaylie dan Tim ketika kecil mula diselang-selikan dengan masa sebenar bagi memberi penonton penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Walaupun kelibat hantu hanya diselitkan untuk beberapa babak, namun setiap kali mereka bergerak, rasa ngeri dan seram itu akan terasa dan pelbagai telahan akan dibuat oleh penonton sendiri.


Permainan emosi

Bukan itu sahaja, permainan emosi Kaylie dan Tim yang diselang-selikan itu akan menambahkan perasaan ingin tahu apakah yang terjadi seterusnya dan seterusnya.

Namun apa yang pasti, sehingga kesudahan filem ini, anda pasti akan tertanya, bagaimana untuk menewaskan cermin tersebut, apatah lagi, cermin antik tersebut berjaya mengaburi fikiran dan membuatkan anda nampak perkara yang tidak berlaku sebenarnya.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, Oculus adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton kerana setiap babak menambah rasa keterujaan anda untuk memahami apa yang berlaku kepada semua mangsa terbabit.

'Captain America' versi Hong Kong

  • 'Captain America' versi Hong Kong
1 / 1
SELEPAS beraksi menerusi filem fantasi, The Monkey King, Donnie Yen kembali di pawagam menerusi Iceman.

Merupakan filem remake The Iceman Cometh (1989) arahan Clarence Fok, teraju utama ketika itu, Yuen Biao, turut dipanggil beraksi sama.

Iceman mengisahkan seorang pengawal maharaja dari Dinasti Ming yang bertarung dengan musuhnya lakonan Wang Baogiang.

Mereka kemudiannya terperangkap dalam runtuhan akibat pertarungan itu sehingga berabad lama.

Menurut pelakon utamanya, Yen, jalan cerita filem itu menyerupai 'Captain America' yang mengembara ke masa hadapan.

"Jasad keduanya dijumpai oleh sekumpulan pengkaji dan membawa 'mumia' ini ke Hong Kong untuk siasatan lanjut.

"Setelah menjalani beberapa proses, jasad itu kembali bernafas dan mereka tetap meneruskan pertempuran di era moden," jelasnya.

Che Ta manjakan anak, suami

  • Che Ta manjakan anak, suami
1 / 1
MENCATAT keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, anak pelakon cantik, Rozita Che Wan, sememangnya memberi kebanggaan buat pengacara Primadona ini.

Mana tidaknya, keputusan 8A yang diperoleh itu berjaya membuka mata orang ramai mengenai cara didikan selebriti, walaupun berdepan dengan kekangan masa.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, di atas kejayaan itu, anaknya, Ammar Effendy, berpeluang menyambung pengajian di luar negara.

"Dia (Ammar) memang teringin untuk belajar di luar negara dan keputusan yang diterima melayakkan dia untuk ke sana.

"Pada Mei depan, dia akan memulakan pengajian di Universiti of Nottingham di cawangan Semenyih dalam bidang pengurusan perniagaan.

"Kalau ada rezeki, dia akan berangkat ke United Kingdom (UK), untuk menyambung pelajaran lagi kerana dia bercita-cita untuk jadi pegawai bank pelaburan," katanya lagi.

Tambah Che Ta, dia sendiri pasti akan merindui anak sulungnya itu apabila berangkat ke UK nanti.

"Sebenarnya, abang ni dia manja sikit berbanding adik. Kalau makan nasi pun, nak bersuap.

"Kalau saya tengah suapkan Zain, dia pun turut menumpang sama. Lepas ni, macam mana lah dia nak uruskan sendiri makan pakai," luah pelakon Kiah Pekasam ini.