Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori.
Wednesday, April 16, 2014
Mutakhir Karpal Singh, pembantu meninggal dunia nahas di Gua Tempurung
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori.
Tragedi bola takraw
Ampang: Niat murni membantu rakannya mengambil bola takraw yang
terjatuh ke dalam longkang sebalik bertukar tragedi apabila seorang
murid sekolah berusia 11 tahun terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras
berhampiran sebuah sekolah di Kampung Melayu Ampang, di sini.
Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa murid tahun lima, Khairul Azril Abdul Razak dipercayai tergelincir sebelum dihanyutkan ke Sungai Ampang,
Ibu mangsa, Norliza Zaabah, 50, berkata, anaknya itu ada memberitahu mahu menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selepas tamat waktu pembelajaran pada jam 1 tengah hari.
“Saya datang ke sekolah sekitar jam 4 petang untuk mengambilnya pulang namun terkejut apabila melihat orang ramai mengerumuni kawasan longkang besar berhampiran. Tambah mengejutkan apabila orang ramai memaklumkan anak saya dihanyutkan arus deras.
PASUKAN
penyelamat berusaha mencari Khairul Azril yang terjatuh di dalam
longkang berhampiran SK Ampang.
RAKAN
mangsa cuba membantu, tetapi gagal.
“Saya tidak percaya apa yang berlaku kerana saya sempat datang menemuinya di sekolah pada jam 1 tengah hari tadi (semalam),” katanya.
Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa murid tahun lima, Khairul Azril Abdul Razak dipercayai tergelincir sebelum dihanyutkan ke Sungai Ampang,
Ibu mangsa, Norliza Zaabah, 50, berkata, anaknya itu ada memberitahu mahu menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selepas tamat waktu pembelajaran pada jam 1 tengah hari.
“Saya datang ke sekolah sekitar jam 4 petang untuk mengambilnya pulang namun terkejut apabila melihat orang ramai mengerumuni kawasan longkang besar berhampiran. Tambah mengejutkan apabila orang ramai memaklumkan anak saya dihanyutkan arus deras.
“Saya tidak percaya apa yang berlaku kerana saya sempat datang menemuinya di sekolah pada jam 1 tengah hari tadi (semalam),” katanya.
‘Main’ langgar-langgar
Butterworth: Suasana di Jalan Raja Uda, di sini, kecoh selepas orang
ramai di kawasan itu dikejutkan dengan tindakan seorang pemandu
secara-tiba mengamuk melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di
hadapannya.
Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri.
Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.
KENDERAAN
yang terbabit remuk dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth,
semalam.

Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri.
Video kejadian 55 saat itu juga tersebar melalui laman sosial
Facebook menunjukkan kereta Citroen melanggar Toyota Estima berkenaan.
Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.
Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan.
Drebar bas ekspres dituduh ambil morfin
Bentong: Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan
menyebabkan tiga penumpang terbunuh di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub,
tengah malam Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,
semalam, bagi menghadapi tuduhan menggunakan dadah jenis morfin.
Bagaimanapun tertuduh, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 39, dari Kubang Kerian, Kelantan, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau
penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu turut ditemani isteri serta saudaranya sepanjang prosiding berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Anuar Afindi, manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan perlu menyara isteri serta lima anaknya yang masih bersekolah.
Mohd Isa membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Mei depan untuk tarikh sebutan semula kes.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga penumpang terbunuh termasuk sepasang suami isteri, 10 cedera parah manakala 55 lagi penumpang cedera ringan.
Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan membawa seramai 68 penumpang.
Bagaimanapun, Wan Khairul Efendi ditahan semula selepas prosiding semalam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan berhubung kemalangan terbabit.
WAN
Khairul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bentong selepas dikenakan
pertuduhan, semalam.
Bagaimanapun tertuduh, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 39, dari Kubang Kerian, Kelantan, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan morfin
selepas hasil ujian air kencingnya di Hospital Bentong pada jam 10.30
pagi, 12 April lalu, menunjukkan dia positif menggunakan dadah
berkenaan.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu turut ditemani isteri serta saudaranya sepanjang prosiding berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Anuar Afindi, manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan perlu menyara isteri serta lima anaknya yang masih bersekolah.
Mohd Isa membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Mei depan untuk tarikh sebutan semula kes.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga penumpang terbunuh termasuk sepasang suami isteri, 10 cedera parah manakala 55 lagi penumpang cedera ringan.
Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan membawa seramai 68 penumpang.
Bagaimanapun, Wan Khairul Efendi ditahan semula selepas prosiding semalam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan berhubung kemalangan terbabit.
Rempuhan dalam tidur
Sandakan: Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang parah selepas
dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang merempuh rumah kongsi
dihuninya ketika mangsa nyenyak tidur dalam kejadian di Bangunan
Maritim, Jalan Sim-Sim, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Salleh Malik, 25, cedera di kaki kanan dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, di sini, untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian, mangsa tidur bersama isteri serta dua anaknya berusia satu dan dua tahun di rumah kongsi pekerja berkenaan, namun isteri serta dua anaknya terselamat.
Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Nazmi, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama kira-kira 70 pekerja lain terkejut apabila terdengar dentuman kuat.
KEADAAN
kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sebuah kediaman di Jalan
Sim-Sim, Sandakan.
“Saya bersama beberapa pekerja kemudian keluar dan melihat sebuah kenderaan merempuh rumah yang didiami oleh Salleh lalu bergegas untuk memberikan bantuan.
“Ketika itu, kami melihat Salleh dihempap serpihan kayu yang jatuh akibat dirempuh oleh kenderaan berkenaan.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Salleh Malik, 25, cedera di kaki kanan dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, di sini, untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian, mangsa tidur bersama isteri serta dua anaknya berusia satu dan dua tahun di rumah kongsi pekerja berkenaan, namun isteri serta dua anaknya terselamat.
Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Nazmi, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama kira-kira 70 pekerja lain terkejut apabila terdengar dentuman kuat.
“Saya bersama beberapa pekerja kemudian keluar dan melihat sebuah kenderaan merempuh rumah yang didiami oleh Salleh lalu bergegas untuk memberikan bantuan.
“Ketika itu, kami melihat Salleh dihempap serpihan kayu yang jatuh akibat dirempuh oleh kenderaan berkenaan.
10 tabika ‘kering’
Banting: Lebih 10 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di
sekitar Kuala Langat, terus terjejas dengan Pelan Catuan Air yang sudah
dilaksanakan sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, murid tabika yang terjejas terpaksa membawa sebotol air setiap hari untuk kegunaan sendiri jika mahu membuang air dan membasuh tangan berikutan bekalan air yang masih belum pulih.
Penyelia Perhubungan KEMAS Kuala Langat Hisham Talib berkata, antara tabika yang terbabit adalah Tabika Kemas Permata Hatiku Batu Tujuh Sijangkang, Kampung Medan, Taman Sri Medan dan Telok Panglima Garang.
“Setiap dua hari sekali, bekalan air akan terputus menyebabkan pengurusan tabika meminta ibu bapa membekalkan anak mereka dengan sebotol air untuk kegunaan sendiri.
KANAK-kanak
di sebuah tabika di Batu Tujuh Sijangkang masing-masing membawa sebotol
air ke sekolah untuk kegunaan sendiri.
“Pihak pengurusan pula akan menadah air bagi memastikan kegunaan untuk tabika berkenaan seperti memasak dan membasuh peralatan makanan serta memasak mencukupi,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Katanya, tidak dinafikan kadang kala jadual catuan melebihi dua hari mungkin kerana faktor yang tidak diketahui, sekali gus menyebabkan operasi harian tabika turut terjejas.
“Pihak KEMAS ada juga menerima aduan ada di antara murid yang tidak datang ke tabika kerana tidak dapat mandi ekoran masalah gangguan air yang masih berlarutan di daerah ini.
“Namun masalah itu tidak menjadi penghalang pengurusan tabika untuk meneruskan aktiviti persekolahan,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela Tabika yang ingin dikenali Siti, 56, berkata, tabika berkenaan sememangnya terbabit dengan masalah catuan air berkenaan.
“Kami terpaksa mengarahkan murid untuk membawa sebotol air setiap hari untuk digunakan oleh mereka sendiri kerana ketiadaan bekalan air.
“Air itu yang digunakan untuk membasuh tangan dan juga jika mereka ingin membuang air. Namun kesukaran lebih terasa kerana ketiadaan tangki air di tabika berkenaan menyukarkan mereka menakung air dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian,” katanya.

Bayangan maut
Kuantan: “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor
seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan
Chee Hau, 32.
Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.
Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit.
Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah.

Jemaah umrah mangsa MERS
Putrajaya: Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang baru pulang
daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu menjadi rakyat Malaysia
pertama di negara ini yang maut akibat Sindrom Pernafasan Asia
Barat-Virus Korona (MERS-CoV).
Mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor itu disahkan meninggal dunia pada 10 April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Subramaniam berkata, mangsa tiba di tanah air pada 29 Mac lalu sebelum dimasukkan ke hospital seminggu kemudian selepas mengalami komplikasi kesihatan yang teruk.
Beliau berkata, kematian itu juga adalah kes pertama di negara ini dan ASEAN, sejak virus berkenaan dikesan kali pertama di Arab Saudi pada September 2012.

Karpal Singh maut kemalangan
Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam
kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara
berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera.
Difahamkan mereka dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang.
Kenderaan
dinziki mangsa.
Mayat beliau dihantar ke Hospital Kampar dan keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.
Keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.
Anaknya, Gobind Singh Deo, juga berada di sini dan dilihat memeluk ibunya Gurmit Kaur yang sedang menanggis.
Turut kelihatan anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur.
Kedengaran Gurmit berteriak, "kenapa? kenapa? kenapa la..." sambil cuba ditenangkan Gobind.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila ahli keluarga terus meraung sebaik masuk ke dalam untuk melihat mayat Karpal.
Menurut Gobind mayat bapanya akan dibawa ke rumahnya di Pulau Pinang untuk pengebumian selepas selesai urusan dengan pihak hospital.
Beliau berkata, pihaknya akan memberitahu kemudian tarikh pengebumian bapanya itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)