Julia
mempunyai rupa yang cantik serta comel tetapi badannya sangat tegap
seperti lelaki. Rasanya sesetengah lelaki pun cemburu melihat tubuhnya.
Sumber
Thursday, April 10, 2014
SERAM!! 12 Gambar Candid Hantu Terbaik Di Malaysia. [GAMBAR]
Hantu merupakan
satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang
menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut
manusia. Hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan
syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu'alam. Apapun
berikut adalah koleksi 12 hantu yang diambil secara candid yang
kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.
1. Hantu Budak Di Tol Plaza
Ini ialah gambar
yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008.
Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak
yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di
sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah
kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa
pemandunya.
2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini
khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta
kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar
ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi
melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta
tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
3. Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap

Cuba perhatikan
di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini
dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini
menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3
makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan
kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang
pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan
hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang
pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini
dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh
kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut
berkenaan gambar ini.
6.Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini
sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun
1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka,
menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi,
sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar
rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas
pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini
dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh
pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar
bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan
apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga
terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di
bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan
wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan
telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga
disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil
oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di
bahagian Utara Semenanjung.
10. Penampakan Hantu Berambut Panjang


Gambar hantu ini di
kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, shah Alam.
Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan
adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan
hantu.
11. Penampakan Kepala di Tingkap

Penampakan kepala
di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC.
Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah
tingkap restoran itu.
12. Jelmaan Wanita Dalam Cermin

Gambar ini
dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak
sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan.
Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh
di bilik yang sama sekitar 90'an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.
Lelaki Ini Bunuh Doktor Bedah Plastik Kerana Hidungnya Hodoh Selepas Di Bedah..
Pembedahan plastik
tidak hanya jadi prosedur kecantikan hanya untuk wanita, tetapi lelaki
pun semakin banyak yang melakukan pembedahan plastik. Malangnya, apabila
hasil pembedahan plastik tidak seperti yang di harapkan, lelaki ini
nekad membunuh doktor bedah plastik. Akibat perbuatan tersebut, hukuman
mati menanti.
Lian Enqing, 33
tahun, seorang lelaki dari Wilayah Zhejiang, China sedang menunggu
hukuman mati yang diterimanya. Lian Enqing dijatuhi hukuman mati selepas
menyerang dan membunuh seorang doktor bedah plastik. Alasan lelaki ini
nekad membunuh doktor tersebut kerana hasil pembedahan plastik di
hidungnya hodoh dan tidak seperti yang di harapnya, dipetik dari
Dailymail.co.uk.
Pada awalnya,
lelaki ini meminta doktor bedah plastik tersebut memperbaiki bentuk
hidungnya, namun setelah pembedahan, bentuknya menjadi semakin hodoh.
Masalah lain muncul, Lian Enqing jadi sukar bernafas dan tidak boleh
bekerja dengan baik kerana rasa sakit di hidungnya. Putus asa dengan
keadaan itu, Lian Enqing menyerang dan membunuh doktor pakar bedah
plastik tersebut.
Akibat
perbuatannya, Lian Enqing dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tempatan
bulan Januari lalu. Kakak Lian Enqing, Liao Qiao meminta pihak mahkamah
memberi keringanan, kerana adiknya mempunyai gangguan mental. Namun
permintaan tersebut tidak diperkenankan.
GANAS!! 7 Penjara Paling Kejam Dan Ganas Didunia..
1.Carandiru Prison: (Brazil)

Penjara ini sempat
membuat heboh dunia sebab terjadi rusuhan besar yang melibatkan antara
geng di dalam penjara tersebut pada tahun 1992, untuk menghentikan
rusuhan yang terjadi antara banduan, pihak polisn Brazil menurunkan
pasukan lengkap dengan senjata lengkap .
2. Bang Kwang Prison (Thailand)

Penjara ini lebih
dikenali sebagai Bangkok Hilton ". Penjara ini boleh dikatakan sudah
tidak sesuai lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan warden . Para
banduannya dirantai. Khabarnya banyak banduan jadi gila akibat stress
bila bulan pertama di tahanan itu.
Standard
perkhidmatan di penjara ini sangat minimum sekali sebut saja
perkhidmatan kesihatan banduan yang sakit di penjara ini akan di biarkan
menahan kesakitan hingga mati
3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)

Penjara ini di
banguan akibat adanya serangan terhadap warden penjara oleh banduan di
penjara yang ada di seluruh amerika, untuk menjaga keselamatan warden
dari serangan para banduan penjara ini mengunakan sitem keselamatan yang
sangat ketat terhadap banduan di penjara ini akan merasakan tekanan
metal dan kemurungan stress sebagai neraka di gelarkan oleh banduan .
Banduan tidak di izinkan keluar dari ruang tahanan dan harus
menghabiskan masa di dalam sel.
Menjadi banduan di
ADX adalah suatu mimpi buruk yang tak dapat dilupakan bagi mereka. Di
Sana mereka menerima keadaan paling buruk dari yang terburuk. Selama 13
tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX
Florence. Salah satunya Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati
ditembak, tp ada juga yg mengatakan bunuh diri.
4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)

Penjara ini lebih
di kenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island" di bangun pada tahun
1920-an segala ketidakselesaan ada di penjara ini, terletaknya yang
berada di tengah pulau membuat banduan terputus hubungan antara keluarga
bukan hanya itu sahaja juga perlu mendapatkan tekanan mental kejamnya
dari warden dan ketua warden membuat peraturan yang sunguh tidak
berperikemanusian anataranya mereka di larang saling bercakap cakap
antara sendiri jika ketahui mereka akan di pukul Oleh Banduan yang gila
di dalam penjara akibat tekanan mental ini semua hak asasi manusia telah
di langar di penjara ini dan pada tahun 1963 penjara ini di tutup untuk
selamanya.
5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)

Pada tahun 1930' an
pengelolan penjara ini penuh dengan rasuah sampai lah muncul di
pengarah baru penjara yang membawa perubahan terhadap penjara ini namun
seblum pengarah baru ini merubah penjara ini perlakuan buruk yang
diterima oleh para banduan sungguh tidak berperikemanusiaan. Kepala
mereka dibotaki dan dipaksa memakai seragam yg diberi nombor, mereka
makan dengan berhimpit himpit. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.
Di penjara ini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara banduan kerap
terjadi.
6. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)

Penyeksaan brutal
terhadap banduan membuat penjara ini menjadi terkenal Pada 2007, tawanan
Charles Afflic mengalami penyeksaan yg berlebihan dari penjaga penjara
sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan bunuh diri
di selnya krn tak tahan dgn suasana penjara yg tertekan, pada 2003.
7. La Sante Prison: (Paris, Perancis)

Sama dengan penjara
penjara kejam yang lain, nyawa di dalam penjara ini tidak mempunyai
nilai sedikit pun, perlakuan kejam dan brutal oleh warden penjara
terhadap banduan membuat banduan menjadi terseksa dan tertekan dan
ahkirnya membuat banduan menjadi gila dan stress. Sungguh ironis dengan
erti kata 'La Sante' yg bererti health (kesihatan) dalam bahasa
Inggeris. Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tdk sihat.
Perhambaan antara warden dan juga banduan. Kes perkosaan antara sesama
banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari. Tak heran kalo banyak
napi tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun
2002 dikhabarkan terjadi 122 kes bunuh diri (banduan). Disusuli 73
banduani pada pertengahan 2003.
MENARIK!! 9 Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunnya.. [GAMBAR]
10 Perkara Mengenai Doraemon Yang Tidak Diketahui Umum..

1. Apa maksud nama Doraemon?
-
Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan
Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula
adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud
nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer
bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?
2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.
3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
-
Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama
asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh
pemilik kilang robot dimana ia dicipta!
4. Apa Warna Asal Doraemon?
-
Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga
digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu
merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan
berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur
dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.
5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
-
Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon,
termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana
Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).
6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
-
1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke
hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam
ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika
diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki
berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.
7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.
8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.
9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.
10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
-
Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil
sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai
Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.
p/s:
Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi
2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam
Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan
animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi
memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia
kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari
ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi
antarabangsa yang lain.
Gigi Penyu Belimbing Lebih Mengerikan Dari Gigi Jaws.. [GAMBAR]
Penyu Belimbing
mungkin kelihatan comel dan tidak berbahaya, tetapi mengintai di
sebalik wajah comel penyu ini mempunyai set gigi memngerikan, membuat
mulutnya salah satu yang paling menakutkan di dunia ..
Beratus-ratus gigi
stalaktit seperti bergerigi dipanggil 'papillae' beratur dalam mulut
penyu hingga ke usus. Anda hanya perlu melihat sendiri untuk
mempercayainya.
Hukuman Penjara + Denda Azizul Raheem Awalluddin (10 Bulan Penjara + RM18,362) & Shalwati Norshal (14 Bulan Penjara + RM33,900)
Hukuman Penjara + Denda Azizul Raheem
Awalluddin (10 Bulan Penjara + RM18,362) & Shalwati Norshal (14
Bulan Penjara + RM33,900) : Akhirnya pasangan malaysia di Sweden, Azizul
Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal telah dijatuhkan hukuman penjara
dan denda bayaran tunai atas kesalahan yang telah dilakukan.
Kesalahan apa? Hukuman atas kesalahan
penderaan Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal terhadap
anak-anak daripada “kaca mata” dan penilaian Mahkamah Sweden.
Hukuman Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal
Hukuman kepada Azizul Raheem Awalluddin
dan Shalwati Norshal dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah Solna Sweden. Hakim
Daerah Mattias Möller cukup mempercayai kanak-kanak untuk dijadikan
saksi dan Hakim Daerah Mattias Möller meneganggap tidak mungkin
anak-anak kepada Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal sanggup
memberikan keterangan palsu untuk menghukum ibubapanya sendiri tanpa
asas.
- Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara & bayar denda 67.200 SEK (RM33,900 )
- Azizul Raheem Awalluddin dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara & perlu bayar denda 36,400 SEK (RM18,362)
- Walaubagaimanapun, 3 bulan daripada jumlah hukuman yang dikenakan kepada kedua-dua pasangan Malaysia di Sweden ini akan dikurangkan selama 3 bulan mengambil kita tempoh tahanan sejak Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal ditangkap
Pasangan Malaysia DiSweden ini
walaubagaimanapun tidak mahu membuat rayuan walaupun Datuk Seri Anifah
Aman telah membuat kenyataan sebelum ini yang mana kerajaan Malaysia
sedia membantu untuk hantar rayuan.
- Hukuman telah dijatuhkan. Moga ada hikmah disebalik semua ini. ujian atau musibah yang diberikanNya. Allah sahaja yang tahu.
- Untuk yang melihat, jadi tauladan, pengajaran dan peringatan kita semua.
Gambar Penjara (Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal ) Pasangan Malaysia di Sweden
Cuma kadang-kadang Berita Semasa
terfikir :
- siapa yang menjaga anak-anak pasangan Malaysia di Sweden ini? Masih lagi mak saudaranya (SEPERTI DI SINI)?
- Perbelanjaan…
Berita Semasa doakan selepas pasangan
Malaysia di Sweden ini, Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal
keluar dari keluar penjara, masih mampu memulih dan berfungsi menjadi
institusi keluarga yang lebih utuh. Insyaallah. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)