Jangan biar keadaan ini menjadi satu perkara biasa. Ini sudah melampau dan biadap. Siasat segera dan tahan mereka yang terbabit menghina Al Quran ini. Ini sudah melampau.
Tuesday, July 23, 2013
Satu Lagi Penghinaan Terhadap Islam Di Bulan Ramadhan, Kali Ini Al Quran Dihina Di Lowyat
Jangan biar keadaan ini menjadi satu perkara biasa. Ini sudah melampau dan biadap. Siasat segera dan tahan mereka yang terbabit menghina Al Quran ini. Ini sudah melampau.
ekerjaan Asal 39 Orang ARTIS Yang Terkenal Di Malaysia
Berikut merupakan pekerjaan asal figure2 yang terkenal di Malaysia…
01. Dato’ Yusoff Haslam – Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) – Despatch
03. Amy Mastura – Pramugari
04. Ziana Zain – Pramugari
05. Anuar Zain – Pramugara
06. Shamsul Ghau2 – Polis
07. REM – Cikgu
08. Adibah Nor – Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina – Operator
10. Nubhan (AF) – Kerani Bank
11. Fauziah Gous – Pramugari
12. Shawal (AF) – Despatch
13. Suhaimi(Inteam) – Guru agama
14. Salleh Yaakob – Askar
15. Aaron Aziz – Penjual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) – Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) – Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M nasir – penyanyi jalanan di CM
19. Kumpulan medicine – pesawah
20. Nora danish – playan kdai mkn mak die
21. Ezlynn – pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad – dokter
23. Rafidah aziz – pensyarah
24. Tuan Guru Nik Abdul Aziz – uztaz
25. Dato Seri Anwar Ibrahim – abim
26. Samy vellu – arkitek
27. YB nizar – engineer
28. Muhammad Taib – cikgu
29. Khir toyo – dentist
30. Abdullah badawi – pegawai kerajaan
31. Almy nadia – keje kilang
32. Ina naim – keje kilang
33. Mawi – qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty – pegawai bank
35. Remy Ishak – bellboy
36. Fahrin Ahmad – pegawai bank
37. Nazim Othman – pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar – penjual daging
39. Rosmah – Suri rumah tangga dulu kini dan selamanya
#Ada mungkin yang aku silap, kalau korang tau boleh la aku
perbetulkan.
TERKINI : Isteri Hamil Ditendang Hingga Mati.
JOHOR BAHRU – Tindakan kejam seorang suami menendang perut isterinya yang sedang hamil empat bulan sehingga wanita itu mati menyebabkan dia diheret ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua dakwaan termasuk membunuh mangsa.
Terdahulu tertuduh, Yiew Chin Hua, 33, yang bekerja sebagai jurutera didakwa atas pertuduhan pertama iaitu membunuh Vivian Biding Camarota (gambar kecil), 32, yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah, Nusajaya, pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 2.30 pagi, 1 Jun lalu.
Dakwaan terhadap Chin Hua dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berasal dari Kukup, Pontian memahami pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan.
Doktor Maki Babi, Bodoh..
Pesakit Tampil Beri Kenyataan | Ekoran
beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di
dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang tampil bagi membuktikan
kejadian itu memang berlaku.
Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin berkata penampilan pesakit-pesakit itu bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.
“Hari ini saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya, saya hendak mereka (mangsa) sendiri cakap kerana mereka yang terkena.
“Saya bukan hanya cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalan DUN, ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya, dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama,” katanya pada sidang akhbar Kepala Batas Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.
Bernama melaporkan Roslan berkata kini Dr Afif pula harus meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu dan jika gagal berbuat demikian adalah lebih baik beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri.
“Saya juga mahu kementerian menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada doktor terlibat, ini perkara yang serius. Setakat ini saya terima enam aduan daripada orang ramai melibatkan lima di Hospital Kepala Batas (HKB) dan satu di Hospital Seberang Jaya (HSJ)” katanya.
Seorang warga emas yang hadir, Hamid Salleh, 66, berkata kejadian berlaku pada bulan Jun lepas apabila seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan HKB telah memaki hamun beliau.
“Anak pakcik hantar ke hospital kerana keadaan kesihatan pakcik yang makin teruk, semasa di wad kecemasan, doktor itu telah memaki hamun termasuk kata bodoh kepada pakcik.
“Pakcik akui salah pakcik kerana tidak makan ubat tetapi bukan begitu caranya dengan maki hamun, sedangkan pakcik lebih tua daripadanya. Dia langsung tidak ada rasa hormat,” katanya yang menghidap sakit jantung, asma, darah tinggi dan kencing manis.
Seorang lagi yang ditampilkan Roslan, Syahida Saad, 27, yang tinggal di Kepala Batas berkata pada 28 Mei lepas beliau ke HSJ berikutan besi yang terdapat dalam pahanya patah, bagaimanapun seorang daripada doktor di hospital berkenaan enggan mengeluarkan besi itu, dan hanya menyuruhnya pulang.
Beliau sedih dengan kejadian itu kerana katanya besi itu dimasukkan ke dalam pahanya kerana terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa suaminya pada 7 Nov tahun lepas.
“Saya kecewa dengan tindakan doktor lelaki itu, dia suruh balik dan siap maklumkan kalau masih boleh jalan tidak perlu buang besi itu sedangkan dalam masa itu saya tidak boleh jalan dan menanggung kesakitan.
“Saya minta bantuan Datuk Roslan dan adukan perkara itu kepadanya sebelum pihak HSJ memanggil saya semula keesokannya untuk menjalankan pembedahan membuang besi,” katanya.
Suri rumah Mariani Mansor, 22, pula menceritakan anak perempuannya berusia empat bulan mengalami sesak nafas akibat batuk yang teruk pada 21 Jun lepas tetapi seorang doktor lelaki yang berada di wad kecemasan di HKB memarahinya tanpa sebab dan menyuruhnya pulang tanpa memberikan rawatan.
“Doktor itu cakap, saya bukan Tuhan untuk menyembuhkan anak kamu, lagipun tidak teruk ini…pergilah klinik swasta…sedangkan muka anak saya ketika itu sudah kebiruan kerana sesak nafas,” katanya.
Datuk Roslan Saidin pula berkata, beliau meminta EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin meminta maaf kerana menuduhnya berbohong ketika sidang DUN lalu. “Sebagai wakil rakyat saya hanya mendedahkan aduan rakyat yang diterima dan bukannya bercakap kosong atau mengadakan cerita. Saya juga bukan rasis,” katanya.
Dalam pada itu Dr Afif Bahardin dilaporkan enggan memohon maaf, katanya, “Saya tidak perlu minta maaf, biar siasatan dijalankan dan jika benar dakwaan itu seharusnya doktor terbabit yang minta maaf,” kata EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.
Menurutnya, beliau percaya doktor terbabit bukan bersikap perkauman, tetapi masalah itu lebih kepada berlakunya salah faham.
Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin berkata penampilan pesakit-pesakit itu bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.
“Hari ini saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya, saya hendak mereka (mangsa) sendiri cakap kerana mereka yang terkena.
“Saya bukan hanya cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalan DUN, ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya, dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama,” katanya pada sidang akhbar Kepala Batas Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.
Bernama melaporkan Roslan berkata kini Dr Afif pula harus meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu dan jika gagal berbuat demikian adalah lebih baik beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri.
“Saya juga mahu kementerian menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada doktor terlibat, ini perkara yang serius. Setakat ini saya terima enam aduan daripada orang ramai melibatkan lima di Hospital Kepala Batas (HKB) dan satu di Hospital Seberang Jaya (HSJ)” katanya.
Seorang warga emas yang hadir, Hamid Salleh, 66, berkata kejadian berlaku pada bulan Jun lepas apabila seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan HKB telah memaki hamun beliau.
“Anak pakcik hantar ke hospital kerana keadaan kesihatan pakcik yang makin teruk, semasa di wad kecemasan, doktor itu telah memaki hamun termasuk kata bodoh kepada pakcik.
“Pakcik akui salah pakcik kerana tidak makan ubat tetapi bukan begitu caranya dengan maki hamun, sedangkan pakcik lebih tua daripadanya. Dia langsung tidak ada rasa hormat,” katanya yang menghidap sakit jantung, asma, darah tinggi dan kencing manis.
Seorang lagi yang ditampilkan Roslan, Syahida Saad, 27, yang tinggal di Kepala Batas berkata pada 28 Mei lepas beliau ke HSJ berikutan besi yang terdapat dalam pahanya patah, bagaimanapun seorang daripada doktor di hospital berkenaan enggan mengeluarkan besi itu, dan hanya menyuruhnya pulang.
Beliau sedih dengan kejadian itu kerana katanya besi itu dimasukkan ke dalam pahanya kerana terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa suaminya pada 7 Nov tahun lepas.
“Saya kecewa dengan tindakan doktor lelaki itu, dia suruh balik dan siap maklumkan kalau masih boleh jalan tidak perlu buang besi itu sedangkan dalam masa itu saya tidak boleh jalan dan menanggung kesakitan.
“Saya minta bantuan Datuk Roslan dan adukan perkara itu kepadanya sebelum pihak HSJ memanggil saya semula keesokannya untuk menjalankan pembedahan membuang besi,” katanya.
Suri rumah Mariani Mansor, 22, pula menceritakan anak perempuannya berusia empat bulan mengalami sesak nafas akibat batuk yang teruk pada 21 Jun lepas tetapi seorang doktor lelaki yang berada di wad kecemasan di HKB memarahinya tanpa sebab dan menyuruhnya pulang tanpa memberikan rawatan.
“Doktor itu cakap, saya bukan Tuhan untuk menyembuhkan anak kamu, lagipun tidak teruk ini…pergilah klinik swasta…sedangkan muka anak saya ketika itu sudah kebiruan kerana sesak nafas,” katanya.
Datuk Roslan Saidin pula berkata, beliau meminta EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin meminta maaf kerana menuduhnya berbohong ketika sidang DUN lalu. “Sebagai wakil rakyat saya hanya mendedahkan aduan rakyat yang diterima dan bukannya bercakap kosong atau mengadakan cerita. Saya juga bukan rasis,” katanya.
Dalam pada itu Dr Afif Bahardin dilaporkan enggan memohon maaf, katanya, “Saya tidak perlu minta maaf, biar siasatan dijalankan dan jika benar dakwaan itu seharusnya doktor terbabit yang minta maaf,” kata EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.
Menurutnya, beliau percaya doktor terbabit bukan bersikap perkauman, tetapi masalah itu lebih kepada berlakunya salah faham.
Sebab Sebenar Pelajar Makan Di Bilik Persalinan
Setelah
timbul isu makan di toilet atau lebih tepat bilik persalinan [baca sini], ramai masih menunggu kenyataan
dari pihak sekolah ataupun pihak bertanggungjawab.
Salah
satu kenyataan :
Sementara itu pihak PIBG,guru-guru dan wakil wartawan telahpun berbuka di "toilet" itu, dan sememangnya tiada masalah seperti yang di adu oleh segelintir pihak {BACA SINI}
Walau
bagaimanapun, kenyataan mempertahankan diri dari pihak sekolah terbabit
sekali lagi dipertikaikan oleh ibu bapa pelajar -terbabit dengan
alasan:-
1)
Bilik persalinan sekalipun tidak sesuai untuk dijadikan tempat makan.
2)
Bilik persalinan itu terletak bersebelahan dengan tandas.
3)
Takde bilik lain ke seperti bilik darjah kosong,pondok ataupun tumpang
sekejap bilik makan guru?
4)
Ibu bapa dakwa tiada renovasi sedang dijalankan seperti yang dikatakan
oleh pihak sekolah
Walaubagaimanapun
kisah ini masih disiasat.
TERkINI : Isu Pelajar Makan Dalam Tandas
Malaysia digemparkan dengan berita kanak-kanak kebanyakkannya bukan
Islam sekolah diminta berehat dan makan di tandas di sebuah sekolah.
Dari Facebook Guneswari:
"Dear friends do u hv feeling n a sense of humour. Is it fair for a sekolah kebangsaan sri pristana treatment our non Muslim children like this during puasa month. They restricted our children to go canteen becoz they will dirty and gave them bilik bersalin n mandi for rehat. They quanteen them not to go out from break. Is this fair? Can school treat like this. No food serve n no canteen. That bathroom is full of bacteria n smell becoz its a bathroom n next door toilet with the horrible smell. When we ask they keep sending to another bathroom n store place. As a mother I m in teas n sadness. My child in mess at Malay School. Y the parties n no body voice out. How many times we need to run. No STOP FOR THIS!!! My dear malay friends do u think this fair? Can ur Allah accept this? Making our children in suffers. This wat 1 Malaysia is it???? Pls help me some plss. I need help my child suffering at that roon whenever her break. Our complaints not taken in school in keep doing same."
Antara isunya:
1. Kanak-kanak bukan Islam disuruh berehat dalam bilik air.
2. Mereka makan di tempat itu (toilet) sepanjang bulan puasa.
3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih dan terkilan anak-anak diperlakukan seperti berikut.
4. Kata mereka, meskipun bilik air tersebut telah dibersihkan tetapi masih berbau tandas dan keadaan semestinya tidak selesa.
5. Aduan sudah dihantar beberapa kali tetapi pihak sekolah tiada respon.
Antara yang terlibat ialah
a) Sekolah Kebangsaan Seri Pristana
b) Guru Besar , Muhammad Nasir
Diharap pihak berkenaan memberi jawapan dan kenyataan serta pihak penguatkuasa dapat menyiasat kes ini.
Dari Facebook Guneswari:
"Dear friends do u hv feeling n a sense of humour. Is it fair for a sekolah kebangsaan sri pristana treatment our non Muslim children like this during puasa month. They restricted our children to go canteen becoz they will dirty and gave them bilik bersalin n mandi for rehat. They quanteen them not to go out from break. Is this fair? Can school treat like this. No food serve n no canteen. That bathroom is full of bacteria n smell becoz its a bathroom n next door toilet with the horrible smell. When we ask they keep sending to another bathroom n store place. As a mother I m in teas n sadness. My child in mess at Malay School. Y the parties n no body voice out. How many times we need to run. No STOP FOR THIS!!! My dear malay friends do u think this fair? Can ur Allah accept this? Making our children in suffers. This wat 1 Malaysia is it???? Pls help me some plss. I need help my child suffering at that roon whenever her break. Our complaints not taken in school in keep doing same."
Antara isunya:
1. Kanak-kanak bukan Islam disuruh berehat dalam bilik air.
2. Mereka makan di tempat itu (toilet) sepanjang bulan puasa.
3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih dan terkilan anak-anak diperlakukan seperti berikut.
4. Kata mereka, meskipun bilik air tersebut telah dibersihkan tetapi masih berbau tandas dan keadaan semestinya tidak selesa.
5. Aduan sudah dihantar beberapa kali tetapi pihak sekolah tiada respon.
Antara yang terlibat ialah
a) Sekolah Kebangsaan Seri Pristana
b) Guru Besar , Muhammad Nasir
Diharap pihak berkenaan memberi jawapan dan kenyataan serta pihak penguatkuasa dapat menyiasat kes ini.
Najwa Latif Komen Video Budak Baru Couple Seminggu
Jom layan berita dari MURAI:
Sejak awal Ramadan lagi heboh orang di sana sini terutamanya laman sosial Facebook dan Twitter memperkatakan mengenai sebuah klip video yang dimuatnaik gadis berusia 14 tahun kepada kekasih hatinya setelah seminggu mereka bergelar pasangan kekasih.
Di dalam video tersebut turut memaparkan gadis bertuding litup tersebut memilih lagu Najwa Latif, Sahabat, untuk dinyanyikan kepada teman lelakinya. Difahamkan. mreka mula bercinta selama seminggu. Perkara ini telah mengundang reaksi pelbagai pihak yang rata-rata kurang senang dengan kejadian ini.
Kesempatan menemui Najwa Latif pada majlis perasmian Dikir Aidilfitri di Plaza Sungei Wang baru-baru ini telah memberi peluang kepaada portal Murai untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu inui, lebih-lebih lagi apabila banyak pihak mengaitkan nama Najwa kerana dia dikatakan sumber inspirasi kepada remaja yang masih dibangku sekolah untuk melakukan perkara-perkara sebegini.
"Saya sendiri belum berkesempatan untuk menonton video tersebut. Tetapi saya memang ada terdengar mengenai video yang diperkatakan itu. Pada saya itu terpulang kepada mereka yang menilai. Saya tidak boleh komen mengenai video tersebut atau apa yang telah dilakukan gadis tersebut.
"Lagipun lagu Sahabat yang dia nyanyikan itu bukan bermaksud atau merujuk kepada teman lelaki atau kekasih. Ia memang ditujukan kepada sahabat, tetapi terpulanglah bagaimana dan kepada siapa ia disampaikan. Itu sahaja,"jawab Najwa apabila di tanya mengenai klip video 'Budak Baru Couple Seminggu' yang dikatakan mengambil inspirasi daripada penyanyi tersebut.
Saya rasa sunyi tanpa Hanez - Awi Rafael
Kalau sebelum ini pelakon Hanez Suraya sendiri pernah
memberitahu Malaysian Digest, bahwa dia masih sayang pada bekas teman
lelakinya Awi Rafael. Namun mereka kini memberi ruang dan ingin
‘membawa’ diri masing-masing. Memetik kenyataan di Kosmo!, Awi pula
berkata sejak putus cinta dengan kekasihnya selama setahun itu
kehidupannya bertambah sunyi. Namun, sudah tiada jodoh antara mereka,
Awi pasrah kerana itu merupakan keputusan terbaik buat mereka berdua.
“Sejak kami berpisah saya belum
pernah bersemuka dengannya. Memanglah rasa sunyi tetapi kehidupan harus
diteruskan. Sekarang masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya dan
sebelum putus kami jarang dapat berjumpa kerana jadual kerja yang
padat,” katanya.
Menjawab persoalan mengapa dia lebih
banyak mengambil sikap mendiamkan diri berbanding Hanez yang bersuara
terlebih dahulu tentang keretakan hubungan mereka, ini jawapan Awi.
“Sebagai lelaki saya rasa lebih baik mendiamkan diri daripada bercerita
dan saya juga harus menghormati Hanez kerana dia wanita yang pernah
hadir dalam hidup saya.
“Tidak adil untuknya jika saya bercakap terlebih dahulu tentang
keretakan hubungan kami kerana keputusan itu diambil secara bersama.
Saya perlukan masa yang sesuai, jadi selepas Hanez mengeluarkan
kenyataan barulah saya berbuat demikian.
“Walaupun begitu, kami tidak bermasam muka kerana kami masih baik
sebagai kawan dan tidak ada sebarang masalah jika terserempak dalam
mana-mana majlis hiburan” katanya yang belum bersedia mencari cibta baru
sebaliknyaa mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya.
Paduka Ayahanda Gombak DiTetak !!! Angkara siapa.memang mencari nahas!

Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.
Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.
“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.
“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.
Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.
Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.
Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.
Sek 324KK I.O: Insp Farouq
Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)
Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.
Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa
Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207
Kerja : Berniaga handphone.
Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).



Joker Punca Heath Ledger Temui Ajal?
Pendedahan diari Joker
WATAK Joker digambarkan sebagai peranan paling rumit buat Ledger sekali gus memberi tanggapan kepada dunia bahawa ia turut memberi kesan kepada anak kelahiran Australia ini mendalaminya.
Kematian Ledger pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah berlebihan akibat terlalu mendalami dan ingin mencipta sifat jahat sebagai Joker di dalam filem The Dark Knight.
Adakah ia benar atau rekaan media Barat semata-mata?
Pertengahan Mei, Kim Ledger iaitu bapa aktor kacak ini mendedahkan anak lelakinya itu amat mendalami karakter Joker sehingga mencipta diari watak itu.
Menerusi diari yang bertajuk ‘Joker’, Ledger telah menyenaraikan berbaris ciri-ciri dan sifat-sifat yang patut ada pada diri antagonis itu.
Pemenang Pelakon Tambahan Terbaik Oscar itu dikatakan mengambil banyak inspirasi daripada watak Malcolm McDowell menerusi filem berunsur jenayah, Clockwork Orange serta sifat seekor dubuk.
“Demi mendalami watak Joker, beliau sanggup bersendirian di dalam bilik hotel berminggu lamanya. Tindakan itu semata-mata untuk merangsang watak. Itu adalah perangai Ledger.
“Beliau sanggup berbuat apa saja demi mendalami watak tetapi saya tidak sangka ‘Joker’ telah membunuhnya.
“Ledger sanggup menganggap dirinya sebagai Joker yang dicipta secara berperingkat,” kata Kim.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan Ledger dalam diari berkenaan membabitkan satu babak di hospital.
Diari Joker itu turut diselitkan dengan ujian solekan yang dilakukan lapan bulan sebelum kematiannya.
“Pada muka surat terakhir, Ledger turut menulis perkataan selamat tinggal. Ia amat pilu untuk ditatap,” katanya.
Filem The Dark Knight bagaimanapun, tetap ditayangkan kira-kira enam bulan selepas kematiannya.
Berbalik ketika detik Ledger masih hidup,
aktor yang memiliki senyuman manis itu pernah memberitahu majalah Empire
bahawa beliau sangat takut terhadap watak Joker tetapi tetap mahu
menampil perbezaan.
“Yang penting saya dapat menghasilkan suara ketawa yang ikonik sebagai Joker.
“Namun akhirnya saya sedar, Joker telah membuatkan saya gila di mana hati saya bertukar keras.
“Sememangnya Joker adalah gila, berdarah sejuk dan si badut yang suka membunuh,” kata Ledger dalam temu bual terakhirnya.
KEMATIAN Ledger pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah berlebihan
Ketika hidup
Jika anda berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, pasti filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You terpacul di fikiran selepas melihat wajah lelaki kacak ini.
Nama Ledger diangkat sejurus berjaya membawa watak utama filem tersebut. Selain itu, beliau turut diberi peranan utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan.
Ledger semakin kuat pada 2001 selepas Anugerah ShoWest untuk “Pelakon Lelaki Masa Depan” bagi persembahannya dalam The Patriot, serta filem A Knight’s Tale yang amat popular.
Dalam 2005, Ledger menerima anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik 2005” untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco.
Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk “Pelakon Lelaki Terbaik”.
Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I’m Not There.
Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I’m Not There yang dilakon oleh
Christian Bale yang dijangka siap pada 2008.
TRIVIA
-Dilahirkan pada 4 April 1979 di Perth, Australia Barat.
-Bapanya bernama Kim Ledger, seorang pelumba kereta dan jurutera yang membangunkan syarikat Kejuteraan Besi Ledger. Ibunya yang juga seorang guru Perancis bernama Sally Ledger.
-Berketurunan campuran Inggeris dan Scotland.
-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Mary’s Mount di Gooseberry Hill, kemudian ke Sekolah Guilford Grammar iaitu sekolah pertama Ledger berlakon sebagai Peter Pan pada usia 10 tahun.
-Ibu bapa berpisah sewaktu Ledger berusia 11 tahun.
-Mendapat inspirasi berlakon daripada kakaknya, Kate yang juga seorang aktres kemudian menjadi ejen publisiti.
-Selepas memegang beberapa watak TV dan filem Australia dalam 1990, Ledger berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dalam 1998 bagi mengembangkan kerjayanya.
-Pernah menjalinkan hubungan dengan ramai pelakon wanita terkenal seperti Lisa Zane, Heather Graham dan Naomi Watts.
-Dalam 2004, Ledger bercinta dengan pelakon Michelle Williams selepas bertemu di set penggambaran filem Brokeback Mountain dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Matilda Rose pada 28 Oktober 2005.
-Selepas berpisah dengan Williams pada penghujung 2007, Ledger mula menjalinkan hubungan dengan model Helena Christensen dan Gemma Ward.
-Antara filem popular hasil lakonan Ledger adalah 10 Things I Hate About You (1999), The Patriot (2000), A Knight’s Tale (2001), Monster’s Ball (2001), Lords of Dogtown (2005), Brokeback Mountain (2005), Candy (2006), I’m Not There (2007), The Dark Knight (2008), dan The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009).
-Turut menerbitkan dan mengarah video muzik serta bercita-cita untuk menjadi pengarah filem.
-Disahkan meninggal dunia pada 22 Januari 2008 kerana dos dadah berlebihan.
Upacara Kejam Bayi Di Lempar Dari Atas Banggunan
Di India,ada upacara Aneh denga Melempar Bayi yang juga kedengaran
menyeramkan bagi siapa saja yang melihatnya kerana upacar tersebut
adalah dengan melempar bayi dari ketinggian 15 meter dan ditampung
dengan hanya menggunakan kain.
Upacara tersebut sudah dilakukan secara turun temurun sejak 700 tahun yang lalu dan dipercayai oleh penduduk yang beragama Hindu mahupun Islam.Mereka percaya dengan melakukan upacara tersebut dapat mengatasi kematian bayi yang sangat tinggi,kerana istiadat tersebut dapat memberikan kesihatan pada anak-anak mereka.
Upacara tersebut sudah dilakukan secara turun temurun sejak 700 tahun yang lalu dan dipercayai oleh penduduk yang beragama Hindu mahupun Islam.Mereka percaya dengan melakukan upacara tersebut dapat mengatasi kematian bayi yang sangat tinggi,kerana istiadat tersebut dapat memberikan kesihatan pada anak-anak mereka.
Sazzy Falak Dicemuh Kerana Sokong Alvivi
Umum sedia maklum mengenai pasangan blogger yang mencipta kontroversi beberapa minggu lalu selepas memuat naik sekeping foto menunjukkan mereka sedang menikmati hidangan Bak Kut Teh sambil mengucapkan Selamat Berbuka Puasa.
Akibat daripada itu, ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dan menganggap ianya tidak bermoral. Walaupun Alvin dan Vivian atau lebih dikenali sebagai Alvivi telah dipenjarakan sementara menunggu kes dibicarakan semula, namun isu ini masih hangat diperkatakan apabila Sazzy Falak dikatakan menyokong pasangan itu.
Sazzy mula dicemuh peminat apabila selebriti itu dilihat telah berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger lain dan menulis status seolah-olah memihak kepada Alvivi di laman Facebook miliknya.
Status di Facebook Sazzy yang menimbulkan
kontroversi
Namun melalui portal Malaysian Digest, Sazzy telah
menafikan perkara itu dan menyatakan dia langsung tidak tahu mengenai
perkembangan akaun Facebook miliknya memandangkan ia dikendalikan oleh
orang lain.Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook. Selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang ter-share dan menggunakan akaun saya.
Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau ‘saya’ telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam ‘saya’ bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini.
Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar adalah tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara pelbagai kaum, kita mestilah menjaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. Mungkin ia nampak seperti bergurau tapi ia tetap sensitif.Bagaimanapun, Sazzy enggan ambil pusing dengan perkara tak elok yang dilemparkan oleh orang ramai kepadanya namun tetap akan mendapatkan penjelasan sebenar daripada ‘admin’ yang mengendalikan akaun Facebooknya berkenaan perkara itu.
Mayat-Mayat Terbiar pendaki Gunung Everest ...
Kuala Lumpur: Seramai 442 remaja berusia 19 tahun dan ke bawah kini ibarat menunggu ajal selepas terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.
Jumlah remaja terbabit adalah berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam tempoh tiga tahun setengah, bermula dari 2010 hingga Jun tahun ini.
Lebih mengejutkan, Pengarah JSJN Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, keseluruhan remaja berusia 19 tahun ke bawah termasuk kanak-kanak berusia seawal 12 tahun yang ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kes dadah untuk tempoh yang sama kini mencecah 26,793 orang.
Menurutnya, semua remaja terbabit disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah ADB 1952 serta dua lagi akta iaitu Akta Penagih Dadah (APD) 1952 dan Akta Racun 1952.
Menurutnya, semua remaja terbabit disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah ADB 1952 serta dua lagi akta iaitu Akta Penagih Dadah (APD) 1952 dan Akta Racun 1952.
“Jumlah kanak-kanak berusia 12 tahun hingga remaja berusia 19 tahun yang terbabit dalam gejala penagihan serta pengedaran dadah amat membimbangkan kerana jumlah untuk tempoh lebih tiga tahun lalu tidak menunjukkan banyak perbezaan,” katanya ketika ditemui.
The Wolverine Minum 18 liter air sehari
Bukan mudah sebenarnya untuk kelihatan sasa dan tegap seperti kebanyakan selebriti lelaki Hollywood.
Melihat kepada dunia hiburan di sana, susuk tubuh yang menawan bagaikan syarat penting yang memberikan kelebihan kepada artis lelaki, selain bakat dan penampilan mereka. Selain itu, susuk tubuh sedemikian diperlukan berikutan tuntutan watak yang dibawa dalam filem lakonan mereka.
Ini juga dialami aktor terkenal Hugh Jackman yang cukup sinonim dengan watak Wolverine dan Logan dalam filem X-Men yang mencetus fenomena sejak mula difilemkan pada 1999. Watak Wolverine terus menjadi milik Jackman dalam siri X-Men seterusnya iaitu X-Men : The Last Stand pada 2006; X-Men Origins : Wolverine (2009); X-Men: First Class (2011 - hanya sebagai ‘cameo’) dan terbaru, The Wolverine pada tahun ini.
Selain aura lakonan, tarikan utama bintang kelahiran Sydney, Australia berusia 44 tahun ini pastinya tertumpu pada ton tubuhnya yang seksi dan perkasa itu.
Selain aura lakonan, tarikan utama bintang kelahiran Sydney, Australia berusia 44 tahun ini pastinya tertumpu pada ton tubuhnya yang seksi dan perkasa itu.
Namun, katanya, memiliki fizikal tegap yang digilai ramai itu tidak semudah tatapan mata.
TErkini :Aib lelaki dibunuh
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan.
Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.
Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.
ANGGOTA polis memerika mayat lelaki yang ditemui terikat pada tangga.
“Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam.
Pemberian Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam
Petikan laporan tahun lepas yang
disebarkan semula di laman sosial dan blog
Pemberian Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Saban tahun penjawat awam sudah biasa mendengar dan menerima bonus hari raya.
Namun begitu, telah berlaku salah faham, di mana artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar mengenai pemberian bonus raya sejumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam untuk tahun sebelumnya iaitu 2012 dikatakan kenyataan yang berkaitan dengan pemberian bonus raya pada tahun ini.
Ini gara-gara, artikel tersebut telah dikongsikan di laman sosial dan blog sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai perkara berkaitan
Berhubung pemberian bonus untuk tahun ini, laporan menyebut bahawa kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja.
Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini
Persoalannya ada atau tidak bonus Aidilfitri untuk tahun 2013, sama-sama kita nantikan…
entri dikemaskini salah faham berita bonus hari raya 2013 kakitangan awam16 Julai 2013, jam 10 malam – Menurut laporan media, Cuepacs pada Selasa menggesa kerajaan agar mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini dan menganggap pemberian bonus tersebut adalah satu keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan
Ekslusif : Proton Preve Hatchback Didedahkan (2 GAMBAR)
Ekslusif : Proton Preve Hatchback Didedahkan (2 GAMBAR) | Sememangnya salah satu yang jadi perhatian ramai masa kini adalah berita kemunculan model terbaru dari Proton iaitu Proton Preve hatchback.Sebelum ini,sudah banyak kelihatan di blog-blog automotif gambar-gambar spyshot,namun boleh dikatakan kesemuanya masih samar dan kurang jelas.
Kali ini,kami crew media-siber kongsikan kepada anda 2 keping gambar ekslusif untuk tatapan para pembaca semua.Menurut sumber,model ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.Sekali pandang,nampak macam menarik.Apa pandangan anda terhadap model ini?Berminat?Jika berminat untuk memilikinya,anda sudah boleh mula menyimpan duit anda.
Kenapa Bobo youtube Diugut?
Kenapa Bobo youtube Diugut? | KUALA LUMPUR – Bakat Youtube, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim, 20, akui pernah diugut mahu dibelasah oleh beberapa orang awam kerana video paraodi yang dilakukannya.
Bobo berkata ramai orang awam yang membencinya sehingga dicaci dan diugut sehinga begitu sekali ketika dia berada di luar.
“Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.
“Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,” katanya kepada murai.com.my selepas Majlis Iftar MIG 2013 di Restoran Shogun, Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Bobo yang mula popular dengan video parodi lagu Sayang yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Shae itu kini baru saja muncul dengan parodi terbaru iaitu ‘Budak Couple 1 Minggu’.
Sungguh pun mendapat pelbagai tohmahan dan ugutan daripada video parodi yang dilakukannya, Bobo memberitahu dia tidak akan berhenti untuk melakukan video parodi di Youtube kerana dia percaya semakin ramai yang membenci, semakin ramai yang menonton videonya itu.
“Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.
“Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook,” luahnya lagi.
Bobo yang baru sahaja menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat MIG pada bulan Mei baru-baru ini berkata, dia kini mahu meluaskan bakat yang dia ada di dalam bidang lakonan.
“Saya gembira terima tawaran untuk menjadi anak dibawah naungan MIG kerana bagi saya tak salah kalau saya kembangkan lagi bakat yang saya ada. Malah, saya rasa kerjaya lakonan saya lebih teratur dan berjalan dengan lancar selepas berjaya membintangi Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan telemovie Bahulu Angkasa Raya di bawah terbitan MIG,” jelasnya lagi
AWAS!!! Jangan Perjudikan Nyawa Anda Dengan Pengecas Tiruan
sekadar gambar hiasan
AWAS!!! Jangan Perjudikan Nyawa Anda Dengan Pengecas Tiruan | Baru-baru ini kematian seorang bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun ketika bercakap di iPhone sambil mengecas baterinya menimbulkan kegemparan ramai.
Siasatan mendapati kemungkinan besar, Ailun menggunakan pengecas bateri tiruan yang banyak terdapat di pasaran termasuk Malaysia.
Walaupun kelihatan amat serupa dari segi luaran, terdapat perbezaan antara pengecas bateri ‘ori’ dengan yang tiruan jika diamati. Justeru pengguna telefon bimbit harus mengambil berat perkara ini agar tidak tertipu ketika membeli.
Mengambil contoh pengecas iPhone, terdapat perbezaan tulisan di bahagian bawah pengecas jika diamati, di mana pengecas asli akan tertera perkataan “Designed by Apple in California” manakala yang palsu tertulis,”Designed By California”.
Terdapat juga pengecas palsu lain yang menulis perkataan berbeza tetapi yang pasti, ia biasanya tidak akan mencetak tulisan yang seratus peratus sama seperti pada pengecas ori.
Dan sekiranya kedua-dua pengecas yang ori dan palsu dibuka, perbezaan akan lebih ketara. Untuk menjimatkan kos, pengecas palsu menggunakan material murah yang berisiko tinggi bagi menyalurkan output 5 volt 1 Ampere sedangkan pengecas ori, menggunakan komponen flyback switching yang canggih bagi menyalurkan output sesuai dengan spesifikasi diperlukan.
Apa pun, tidak semua pengguna mudah tertipu dengan pengecas palsu. Hakikat sebenarnya, memang ramai antara kita membeli pengecas palsu kerana harga yang jauh lebih murah dan menyangka, tidak banyak beza yang palsu dengan yang ori kan?
Selepas ini fikirkanlah, kalau beli telefon bimbit harga ribuan ringgit tidak menjadi masalah, apakah anda sanggup perjudikan nyawa semata-mata kerana beberapa puluh ringgit?
TPM Mahu Siasatan Keatas Insiden Makan Dalam Tandas
TPM Mahu Siasatan Keatas Insiden Makan Dalam Tandas | SELEPAS tersebarnya satu berita yang mengejutkan masyarakat hari ini berhubung satu sekolah di Sungai Buloh,Selangor.Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan telah mengarahkan agar isu ini disiasat dengan segera memandangkan isu ini sangat serius.
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) menyiasat insiden pelajar bukan Islam diminta makan di dalam bilik air sebuah sekolah.
Muhyiddin menegaskan, beliau tidak akan berkompromi berhubung isu tersebut."Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah untuk menyiasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas."Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.
Di media sosial Facebook (FB) hari ini tersebar gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam di sebuah sekolah di Sungai Buloh sedang makan pada waktu rehat di sebuah bilik yang didakwa sebagai tandas.
Gambar tersebut juga didakwa disebarkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam responnya menegaskan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.Katanya pihak sekolah tidak boleh menukar lokasi makan para pelajar dengan sesuka hati walaupun di bulan puasa.
"Perkara itu tak seharusnya berlaku kerana ini bukan cara pengamalan kantin."Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tukar lokasi kawasan kantin kepada tempat yang tidak seharusnya jadi kantin kerana kantin ini dah dibina dalam tempat sesuai, maknanya ada cukup keperluan untuk diwujudkan kantin,” katanya yang dipetik dari portal sebuah berita.
Katanya lagi, susulan insiden yang berlaku, pihak kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian.Beliau juga meminta agar ibu bapa pelajar yang membuat laporan supaya bersabar sehingga laporan lengkap insiden diterima.-sinar harian
Penganggur Didakwa Rogol Kekasih
Tertuduh dikawal anggota polis menuju ke kaunter pembayaran untuk
urusan jaminan
Penganggur Didakwa Rogol Kekasih | KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih bawah umur, 9 Julai lalu.
Tuduhan ke atas remaja 18 tahun itu dibuat di hadapan Hakim Mohd Yusuff Yunus oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali.
Dia didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Jalan PCB, Taman Sri Sentosa, Badang di sini, pada jam 8 pagi, tarikh berkenaan.
Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 26 Ogos depan.
Manakala tertuduh dibenarkan ikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bersyarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi pihak pendakwaan. Dia kemudian dibebaskan sementara waktu selepas menjelaskan duit jaminan.-sinar harian
TERKINI Perompak Tidurkan bayi,Buat Susu Semasa Merompak
Gambar hiasan
Perompak Tidurkan bayi,Buat Susu Semasa Merompak | JAKARTA - Tangisan bayi di rumah mangsa rompakan di Serpong, Tengerang Selatan sebulan yang lalu, ternyata berupaya melembutkan hati seorang daripada perompak itu, yang bertindak menyediakan susu dan menimang bayi itu sehingga dia tertidur kembali.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh suspek perompak itu kepada wartawan tempatan pada satu pertemuan yang diaturkan Polis Metro Jaya ibu pejabat kontinjen Jakarta di sini pada Isnin (22 Julai).
Suspek berinisial KM itu mengaku berasa kasihan dan hiba mendengar tangisan bayi itu kerana dia sendiri mempunyai anak dan sesuai dengan pengalamannya menguruskan bayi, dia bertindak membuat susu bagi menenangkan bayi yang sedang menangis itu, lapor portal berita Tribunnews.com.
Dalam kejadian rompakan pada 22 Jun itu kira-kira pukul 1 pagi, sekumpulan perompak memasuki sebuah rumah di Serpong dan mengikat tangan dan kaki sepasang suami isteri yang menghuni rumah itu, namun perbuatan mereka itu menyebabkan bayi pasangan berkenaan yang berusia empat bulan terbangun dan terus menangis.
Ketika rakan-rakannya yang lain panik mendengar tangisan bayi itu, KM sebaliknya berusaha menenangkannya.
"Saya cuba membuatnya tenang dan tidur kembali. Tapi, saya tahu pada masa itu bayi itu haus," kata KM.
KM kemudian bertanya kepada ibu bayi itu cara menenangkannya dan diberitahu bahawa dia akan terus menangis kalau tidak diberikan susu.
Dalam keadaan tangan dan kakinya terikat, ibu bayi itu memberi arahan kepada KM bagaimana menyediakan susu untuk anaknya itu.
"Kata ibunya, sukatannya dua sekop, lalu dicampur dengan air panas dan air dingin. Saya hanya mengikuti saja," katanya.
Setelah susu siap, KM menyuapkan susu sambil menimang bayi itu.
"Saya timang-timang sambil saya beri susu. Lama-lama bayinya tidur. Setelah tidur, saya letakkan kembali bayi itu di tilam. Sebelah kanan dan kirinya saya letakkan bantal peluk, supaya tidak jatuh," katanya.
KM berkata mereka tidak berniat mencederakan mangsa-mangsa mereka.
"Kami juga masih ada rasa kasihan. Jadi mangsa tidak kami cederakan, cuma kami ikat. Sebab, sasaran kami adalah harta mereka," katanya.
Setelah itu suspek dengan bebasnya mengambil barangan berharga milik mangsa termasuk sebuah komputer riba dan sebuah i-Pad dari meja depan, sebuah telefon pintar BlackBerry di bilik, Samsung Galaxy Note, iPhone, wang Rp3 juta dan kad ATM mangsa serta barangan kemas selain sejumlah wang dolar Singapura dan Australia serta Ringgit Malaysia.
"Setelah itu kami melarikan diri dengan cara panjat tembok lagi. Lalu, jalan kaki sampai persimpangan empat dan naik kenderaan angkutan kota, terus ke Bekasi naik teksi
Subscribe to:
Posts (Atom)