Blogroll

Monday, July 29, 2013

Rontaan si rangkak


Jitra: Bagi mengelak ditahan pegawai penguat kuasa, seorang lelaki warga asing sanggup bersembunyi di bawah rumah kongsi sebelum ditemui ketika cuba meloloskan diri dengan merangkak sejauh 10 meter dalam serbuan di tapak pembinaan di Kepelu, Padang Sera, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lokasi persembunyian lelaki berusia 28 tahun itu berjaya dikesan apabila anggota Jabatan Imigresen negeri membuat pemeriksaan secara menyeluruh di kawasan rumah kongsi berkenaan termasuk di bahagian bawah rumah itu.
Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, lelaki itu dipercayai bekerja sebagai buruh binaan itu meronta-ronta sambil meminta dilepaskan dan cuba melawan sewaktu ditangkap.

Menurutnya, lelaki warga Bangladesh itu adalah antara 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops 6P yang diadakan di sekitar Padang Sera.


WARGA asing yang ditahan dalam operasi, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit bertindak melarikan diri kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Nasi kosong kuah kicap

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.
Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

“Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.


ROSITA bersama anaknya di hadapan rumah serba daif di PPMS Batu Enam Beriah, Bukit Merah.

“Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim,” katanya.

Cicakman 3 semakin hebat

Filem adiwira pertama Cicakman terbitan KRU Studios pada 2006 menjadi perintis betapa penggunaan kesan khas seperti Imej Janaan Komputer (CGI) memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesan realistik dalam filem futuristik sebegitu.
Muncul dengan sekuel kedua pada 2008, meskipun pelbagai reaksi terhadap filem itu tercetus apabila dikatakan meniru filem adiwira Barat, namun tidak dinafikan popularitinya bertahan sehingga kini.
Menyusul pada tahun depan, sekuel ketiga filem terbabit bakal menjengah panggung pula dan kali ini bukan saja syarikat KRU Studios, projek berkenaan juga mendapat kerjasama daripada dua syarikat gergasi iaitu Grand Brilliance Sdn Bhd serta Astro Shaw Sdn Bhd.

Apa yang pasti, dengan ia­itu kerjasama tiga syarikat ini, Cicakman 3 bakal menjanjikan satu kelainan bukan saja daripada barisan pelakon, malah jalan ceritanya kali ini lebih dramatik.


Mengadakan pelancaran filem itu baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, untuk sekuel ketiga ini pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan filem berkenaan lebih hebat.

Hilang rumah menjelang Aidilfitri


SALLEH melihat tapak rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Kampung Pantai Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan semalam.



PASIR PUTEH – Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi seakan tidak bermakna bagi sebuah keluarga di Kampung Pantai Dalam Rhu di sini apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, bukan sahaja semua juadah berbuka hangus, malah semua dokumen penting, pakaian raya, seragam sekolah dan buku teks turut gagal diselamatkan.
Salleh Awang Hitam, 42, yang merupakan bapa tunggal berkata, berikutan kejadian itu, dia bersama lima anaknya iaitu, Nurul Wani, 20, Nurul Fatihah, 12, Mohd. Asrol, 13, Mohd. Asraf, 7, dan Mohd. Idham Iskandar, 3, kini tinggal sehelai sepinggang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2aTyRa8Nq 
Hakcipta terpelihara

Farid halang ibu mertua jumpa cucu


FARID dan Diana ketika majlis perkahwinan mereka.



KUALA LUMPUR - Ketegangan hubungan pelakon dan pengarah, Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli semakin memuncak apabila hero filem Anak Halal itu enggan membenarkan Norsiah berjumpa dengan cucu lelakinya.
Farid menegaskan, jika Norsiah ingin berjumpa dengan cucu lelakinya itu, dia harus bersemuka dengannya terlebih dahulu dan menyelesaikan kemelut antara mereka.
"Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Saya juga risau perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak dan isteri saya kerana banyak cerita yang saya dengar.
"Disebabkan itu, saya lebih bersikap mempertahankan diri Diana dan bayi saya," ujar Farid yang enggan mendedahkan kisah sebenar kekeruhan hubungan mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2aTyLU4fJ 
Hakcipta terpelihara

Sorok 4 pistol


SHARIFUDDIN menunjukkan pistol dan peluru yang dirampas pada sidang akhbar di Kuantan semalam.



KUANTAN - Keseronokan tiga penjenayah yang sedang makan di sebuah restoran terbantut apabila mereka diberkas bersama sepucuk pistol dan lima butir peluru dalam serbuan di Pusat Gerai Makanan Cang Shen Kok, Pekan Sri Jaya dekat Maran pada Sabtu lalu.
Suspek yang berusia 35 hingga 51 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Arman Ibrahim pada pukul 12.05 tengah malam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, sebelum ditahan, salah seorang suspek cuba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum mencampakkan kunci kereta.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2aTy7o8qI 
Hakcipta terpelihara

Masa untuk Rajagobal berundur

RAJAGOBAL (kanan) dikritik hebat selepas Harimau Malaya dibelasah 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare pada Sabtu lalu.


SITUASI Harimau Malaya semakin kritikal selepas mempamerkan persembahan tidak menentu sepanjang mengharungi siri perlawanan persahabatan di Jepun sejak 23 Julai lalu.
Ramai pemerhati menganggap rekod dua kemenangan daripada 12 perlawanan persahabatan di pentas antarabangsa itu tidak dapat memberikan satu keputusan yang positif buat skuad negara.
Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare Sabtu lalu.
Kekalahan itu tidak dapat membendung kemarahan khususnya dalam kalangan peminat-peminat Harimau Malaya.
Rajagobal turut dikecam hebat selepas ranking skuad negara statik di tangga ke-159 dunia kerana Harimau Malaya lebih berminat mengadakan aksi pemanas badan dengan pasukan berstatus kelab.
Ramai pengkritik menganggap tindakan tepat untuk menyelamatkan maruah skuad negara ialah dengan memecat Rajagobal yang cukup sinonim dengan pendekatan mahu menguji pemain atau bereksperimen.
Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan (gambar kecil) berkata beliau menganggap tindakan untuk memecat Rajagobal bukan satu jalan penyelesaian tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah boleh menilai keupayaan bekas jurulatih Selangor itu.
"Saya rasa, prestasi pasukan negara selepas meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos dan Piala AFF Suzuki 2010 tidak mampu bertahan sehingga sekarang.
"Rajagobal dilihat semakin 'kuat' biarpun beliau sering menerima kritikan dan pandangan sinis daripada bekas-bekas pemain serta jurulatih kebangsaan.
"Pecat jurulatih bukan satu titik noktah atau sesuatu yang baik buat pasukan tetapi pengurusan (FAM) perlu memandang serius terhadap teguran daripada pihak luar.
"Tidak hanya berminat untuk mencuba pemain bagi mewakili negara tetapi paling mustahak, beliau harus mengambil berat mengenai ranking skuad negara dan pandangan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM) serta Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Tengku Abdullah menggesa Rajagobal memantapkan skuad kendaliannya bagi menghadapi perlawanan penting termasuk menentang Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Baginda bertitah, ia bukan masa terbaik buat Rajagobal untuk terus menguji skuad kendaliannya selain mendesak Harimau Malaya mempamerkan persembahan lebih menyakinkan.
Sementara itu, pemain legenda Kelantan, Dali Omar tampil dengan nada berbeza apabila beliau menganggap jurulatih berusia 57 tahun itu telah kehabisan idea untuk mengembalikan reputasi Harimau Malaya.
"Kalau saya, sudah lama pecat (Rajagobal) dan perkara ini sepatut berlaku dua tahun lalu. Dulu beliau pernah berjanji nak letak jawatan secara sukarela.
"Saya sangat menyokong kenyataan Tengku Abdullah. Bagi saya, taktik Rajagobal sudah hancur. Jangan nak eksperimen lagi. Mungkin (kaedah) itu sesuai dengan budak sekolah sahaja," katanya.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyokong penuh kenyataan Dali dengan menegaskan, Rajagobal perlu berundur dengan cara hormat.
"Rajagobal memang bagus tetapi beliau sudah sampai ke tahap tepu. Setiap orang ada batas dan tahapnya.
"Sejujurnya, beliau tidak boleh lagi untuk membimbing Harimau Malaya. Nasihat saya, berundurlah. Orang akan marah jika anda kekal lebih lama.
"Kita perlukan seseorang yang lebih baik," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2aTxoDkqn 
Hakcipta terpelihara

Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz



SPIDERMAN, Superman dan Batman antara naskhah adi wira popular yang telah banyak kali menukar teraju utamanya.
Tidak salah untuk menyatakan bahawa setiap penerbitan siri filem adi wira tersebut mengikut zon zaman berbeza memberikan impak yang berasingan, malah penceritaan juga dinamik dan sering diolah supaya kena dengan situasi semasa.
Begitu juga sekuel kedua filem Cicakman iaitu Cicakman 3 yang bakal memula- kan penggambaran tidak lama lagi.
Tiga teraju utama asal iaitu Saiful Apek, Fasha Sandha dan Aznil Nawawi masing-masing kini diganti oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.
Ramai yang barangkali menyangka bahawa Cicakman 3 menampilkan karakter baharu menggantikan watak asal Hairi (lakonan Saiful Apek) menerusi Cicakman dan sekuelnya, Cicakman 2 - Planet Hitam yang merupakan adiwira Cicakman di bandar Metrofulus.
Hakikatnya, menurut pengarah Cicakman 3, Yusri Abdul Halim, filem itu pada dasarnya adalah kesinambungan kepada kehidupan adi wira Cicakman baharu dan watak Hairi yang digalas Saiful Apek sebelum ini tidak dimatikan secara total.
“Karakter Hairi (Saiful Apek) dikatakan telah merajuk dan berjauh hati untuk terus berkhidmat sebagai Cicakman, namun dia bakal digantikan oleh Man yang dilakonkan oleh Zizan,” ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman Cicakman 3 di Peninsula Residence, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut perkembangan karakter Man atau Cicakman, heroin baharu Linda dan watak antagonis Adam atau SuperBro, Zizan, Lisa dan Fizz berkongsi pandangan.
Zizan enggan dibayangi Apek
Perbandingan pastinya perkara pokok yang timbul setiap kali muncul sekuel adi wira dan Zizan harus mengakui situasi itu sedikit sebanyak akan tercetus apabila filem tersebut ditayangkan kelak.
“Apek ada karakter dan bahasa badan dia sendiri sebagai seorang Cicakman. Begitu juga saya, maka masing-masing mempunyai keunikan sendiri dan penonton harus akur akan hal ini.
“Soal perbandingan sudah menjadi kelaziman tapi anggap saja sekuel baharu adalah permulaan dan penerimaan watak baharu,” jelasnya.
FIZZ, Lisa Surihani dan Zizan dijangka memberi suntikan baharu dan lebih segar buat siri terbaharu francais Cicakman.


Menerima tawaran membintangi Cicakman 3, kata Zizan, selain mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga merealisasikan impiannya bergandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri.
“Pertama kali saya melakonkan watak sebagai seorang suami dan itu juga antara sebabnya saya menerima tawaran ini.
“Berlakon dengan Lisa yang kehidupan realitinya seorang isteri kepada penga- rah filem ini perlu profesional. Memang mula-mula rasa kekok tapi saya membayangkan saya bercinta dengan watak Linda bukannya Lisa.
“Untuk menjadi seorang adi wira, seseorang itu perlulah kental dan harus bersedia luar dan dalam. Saya bangga, terkejut dan teruja untuk mula beraksi dalam Cicakman 3,” kata Zizan yang cuba untuk melakukan lagak ngerinya sendiri.
Yusri minta Lisa mesra
Bekerja di bawah arahan suami sendiri pada mulanya bukan perkara mudah bagi Lisa Surihani.
Namun, bagi pendukung watak Linda dalam Cicakman 3, dia menganggap situasi itu sebagai tanggungjawabnya sebagai anak seni.
“Saya teruja sebenarnya untuk bekerja di bawah arahan suami sendiri. Di set penggambaran kami adalah pekerja dan perlu profesional tapi apabila di rumah hubungan kami adalah suami isteri.
“Yusri merupakan seorang yang terbuka terutama proses manipulasi watak. Di depan dia sendiri saya dan Zizan membina keserasian dan dia yang mengarahkan untuk saya lebih mesra dengan watak utama iaitu Man.
“Ketika sesi bacaan skrip awal juga, Yusri yang memberikan nama timang- timangan manja untuk saya dan Zizan supaya lebih nampak semula jadi.
“Sejujurnya, memang kami tiada isu untuk saya berlakon bersama lelaki lain sementelah memegang watak sebagai seorang isteri.
“Yusri bukan seorang yang senang cemburu dan apa saja yang pengarah mahukan saya sebagai pelakon perlu mencuba walaupun pengarah itu bukan suami saya sendiri,” tegasnya.
Lisa menyifatkan watak Linda seorang yang idealis dan mencintai Man disebabkan sifat jejaka itu yang kelakar, malah watak tersebut bukan seorang wanita yang terlalu kompleks.
FIZZ sekali lagi bergandingan bersama Zizan menerusi naskhah Cicakman 3 selepas sama-sama membintangi filem Hantu Kapcai pada tahun lepas.


Fizz adiwira kedua
Muncul sebagai SuperBro dalam Cicakman 3, watak itu bertindak sebagai iaitu adiwira baharu di bandar Metro- fulus iaitu SuperBro selepas ketiadaan Cicakman (Hairi).
Namun, Adam bertukar menjadi antagonis apabila Cicakman baharu iaitu Man muncul.
Berpeluang bergandingan dengan Zizan, Fizz mengakui cukup teruja kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Hantu Kapcai pada tahun lalu.
“Saya dan Zizan pernah digandingkan bersama sebelum ini dan rasanya tidak sukar untuk saya ‘menumpaskan’ dia sebagai lawan saya kali ini.
“Apabila ditawarkan watak seorang anggota polis bernama Adam yang juga merupakan adi wira baharu di kota Metrofulus iaitu SuperBro, adalah sukar untuk saya menolak tawaran ini.
“Watak Adam sedikit kompleks berbanding watak Man yang berubah menjadi Cicakman.
Adam pada masa sama menjadi SuperBro tapi di lain ketika cuba merebut kembali cintanya kepada Linda,” tambahnya.
Cicakman 3 amat relevan dengan latar emosi manusia yang mempunyai jenaka, drama, konflik kekeluargaan, dendam, cinta dan tamakkan kuasa.
Filem itu mengisahkan Man, peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, Linda dan anaknya, Boboy lalu cuba membuktikan dia mampu berubah.
Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan persekolahan mereka cuba memenangi hati Linda, namun kehidupan Man pula berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Man belajar menjadi Cicakman baharu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2aTxeDoAp 
Hakcipta terpelihara

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang





KAHERAH - Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi meminta protes baharu diadakan semalam, sekali gus meruncingkan lagi krisis dalaman negara berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan pembangkang Mesir.
Dalam satu kenyataannya, Ashton meminta supaya proses peralihan kuasa di Mesir melibatkan semua pihak termasuk pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
"Saya juga mengulangi gesaan supaya semua keganasan dihenti- kan. Saya amat kesal dengan kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang meng- anjurkan bantahan menentang tindakan tentera menggulingkan Morsi menggesa penunjuk perasaan berarak menuju bangunan-bangunan keselamatan semalam.
Kumpulan tersebut turut meminta agar sejuta penduduk Mesir keluar mengadakan bantahan hari ini.
Gesaan itu dibuat selepas Majlis Pertahanan Negara memberi amaran kelmarin pihaknya akan bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan jika mereka melampaui batas.
Ketegangan di negara itu memuncak selepas sebanyak 72 penunjuk perasaan terbunuh dalam perhimpunan pro-Morsi yang diadakan di sini pada Sabtu lalu.
"Kami menyeru sejuta orang berarak esok (hari ini)," kata seorang wakil Perikatan Anti-Rampasan kuasa dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi masih berkhemah di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, tempat tunjuk perasaan menentang kerajaan peralihan Mesir bermula.
Terdahulu, sumber kumpulan tersebut menyatakan, dua pemimpin parti politik yang menyokong Ikhwanul Muslimin, Abul Ala Mady dan penolongnya, Essam Sultan telah ditahan pihak berkuasa Mesir kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2aTxRC6o8 
Hakcipta terpelihara

Hussain Ahmad Najadi Pengasas AmBank Ditembak Mati

Gambar Hussain Ahmad Najadi Pengasas Ambank ditembak mati 29 Julai 2013. Negara digemparkan dengan pembunuhan orang kenamaan yang juga merupakan pengasas Ambank. Berikut adalah kenyataan akhbar beserta foto kejadian mengenai insiden yang berlaku hari ini.
Hussain Ahmad Najadi 7
Kenyataan Akhbar Pengasas AmBank Ditembak Mati 29 Julai 2013
Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri sebelum seorang suspek yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.
Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat. Polis setakat ini telah mengesahkan kematian pengasas ambank tersebut dan punca insiden masih disiasat.
Hussain Ahmad Najadi 1 Hussain Ahmad Najadi 2 Hussain Ahmad Najadi 3 Hussain Ahmad Najadi 6
Gambar Dalam Kenangan Hussain Ahmad Najadi
Hussain Ahmad Najadi 9

Rombak Harimau Malaya


SUDAH tiba masanya buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menilai tahap sebenar keupayaan skuad negara di pentas antarabangsa.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abdullah berkata, pendekatan Rajagobal untuk menguji muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan dianggap sudah tidak relevan.
Namat menyuarakan kenyataan lantang itu selepas skuad negara diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare kelmarin.
Bekas pemain Kedah itu menganggap, tindakan Rajagobal memakan diri sendiri apabila skuad kebangsaan terpaksa menanggung malu besar terutamanya diaibkan dengan kekalahan terbesar kepada pasukan Divisyen Satu Jepun itu.
Namat berkata, persembahan yang tidak konsisten ditambah dengan eksperimen terhadap pemain-pemain langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada Harimau Malaya.
“Senang cerita, tak payah uji pemain. Rombak satu pasukan.
“Jika inilah hasilnya untuk menguji pemain-pemain baharu tetapi skuad negara diaibkan dengan kekalahan besar, saya tidak menganggap ia sebagai satu pendedahan yang bagus.
“Sebaliknya, skuad negara dimalukan dengan pasukan bertaraf kelab. Saya tidak mahu campur dalam hal pengurusan Rajagobal tetapi lebih baik rombak sahaja skuad yang sedia ada.
“Berdasarkan persembahan yang tidak konsisten terutamanya menjelang kejohanan besar yang semakin hampir (kelayakan Piala Asia 2015), mereka semakin kesuntukan masa.
“Nasihat saya, Harimau Malaya harus bangkit dengan memberikan persembahan menyakinkan kepada peminat-peminat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.
Impian Harimau Malaya untuk memburu slot automatik pada kelayakan Piala Asia 2015 dijangka berdepan kesukaran selepas mempamerkan prestasi tidak menentu sepanjang mengharungi aksi pemanas badan.
Selain itu, kemarahan peminat-peminat juga tidak dapat dibendung lagi apabila skuad negara lebih cenderung untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan bertaraf kelab berbanding skuad kebangsaan.
Sebelum ini, anak-anak buah Rajagobal telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Australia yang berkesudahan mereka tewas 2-3 kepada Canberra FC, menang 4-0 ke atas Sydney Olimpik dan kalah 2-0 dengan Marconi Stallions, Jun lalu.
Harimau Malaya turut seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.
Untuk rekod, Harimau Malaya hanya menewaskan Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan dan Yemen 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang 12 perlawanan sejak 1 Februari lalu.
Skuad negara yang tewas 0-2 kepada Shimizu S Pulse pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Jepun sebelum dibelasah 0-5 oleh Shonan Bellmare akan melengkapkan aksi terakhir dengan menentang Tokyo Verdy, Rabu ini.
Skuad bimbingan Rajagobal akan bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan sebelum melayan kunjungan Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.
Dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D apabila berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) selepas tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 terhadap pasukan tercorot, Yemen sepanjang dua perlawanan pertama.

6,000 pelajar Malaysia selamat

 
 
SEBAHAGIAN pelajar Malaysia membeli juadah berbuka yang dijual oleh rakan mereka di Hayyu Sabiek, Kaherah, Mesir.



KUALA LUMPUR – Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin.
Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali (gambar kecil) berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam semalam.
Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut.

Guru ponteng parah ditembak


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang guru parah ditembak di Pasir Mas semalam.



KOTA BHARU – Seorang guru yang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas sejak dua bulan lalu ditemui dalam keadaan parah selepas terkena tembakan di lehernya dalam kejadian di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas dekat sini semalam.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang terlibat menembak Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas.
Menurut Jalaluddin, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu selepas mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara pada pukul 12.15 tengah hari.
“Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dekat sini dan keadaannya dilaporkan stabil. Kita sedang mengenal pasti motif dan suspek terlibat.
“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan guru di sebuah sekolah kebangsaan di Tumpat yang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib kerana dua bulan tidak hadir bertugas,” katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Dua peragut teruk kena belasah



Remaja belasan tahun ditahan polis selepas diserahkan orang awam kerana meragut beg tangan seorang wanita.

TANAH LOT – Dua peragut, termasuk seorang daripadanya remaja belasan tahun bukan sahaja tidak sempat menikmati untung hasil kerja jahatnya itu, malah menerima habuan apabila cedera teruk dibelasah orang awam.

Dua suspek terbabit yang dikatakan membonceng motosikal sebelumnya meragut beg tangan seorang wanita yang baru keluar dari pasar raya berdekatan.

Namun, tindakannya itu disedari orang awam yang berada di situ lalu bertindak mengejar sebelum berjaya menendang motosikal ditunggangi suspek sehingga terjatuh.

Dua peragut termasuk seorang daripadanya remaja belasan tahun yang sudah diberhentikan sekolah itu kemudiannya dibelasah orang awam sebelum diserah kepada pihak polis.

Seorang daripadanya difahamkan mempunyai rekod penyalahgunaan dadah cedera di muka dan anggota badan sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Berikutan tangkapan terhadap dua peragut itu, seorang lagi remaja belasan tahun berjaya ditahan di Rantau Abang yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes ragut dilaporkan sebelumnya.

Polis mengesahkan kejadian dan tiga suspek berkenaan kini sedang disiasat. Mangsa ragut bagaimanapun dilaporkan hanya cedera ringan.

Skuad khas kesan umat Islam ponteng puasa

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas bagi mengesan umat Islam di negeri itu yang didapati makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata skuad itu akan menjalankan rondaan di lokasi-lokasi tertentu termasuk premis makanan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral pada bulan mulia itu.

"Mereka yang didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah puasa akan dikenakan tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang syariah JAIP," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

Katanya tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana premis makanan yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam kerana bersuhabat.

Mengulas mengenai penggunaan shisha di Pahang, Syed Ibrahim berkata perkara tersebut tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan sekiranya ia membawa keburukan kepada penghisapnya.

"Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan Perlis mengharamkan penggunaan shisha, namun saya berpendapat pendidikan awal terhadap pengguna perlu diberikan supaya mereka mengetahui kesan penggunaannya sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat," katanya.

Sorok susu dalam seluar wanita berjubah


Wee Siang menunjukkan hasil rakaman CCTV wanita berjubah yang beberapa kali keluar masuk ke kedainya dalam keadaan mencurigakan.

MUAR - Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama secara berkumpulan kembali aktif di sekitar Muar apabila menjadikan sebuah pasar raya dekat sini, sebagai sasaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam minggu lalu, tujuh lelaki dan lima wanita dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya terbabit.

Difahamkan, kumpulan itu dipercayai menggunakan tiga kenderaan mewah dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin di dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.

Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, dia menerima maklumat daripada sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu turut berlaku kecurian susu.

Menurutnya, dia kemudian segera mengarahkan pekerja memeriksa rakaman CCTV dan mendapati beberapa lelaki dan wanita memasuki premis dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka berpura-pura seperti beli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli sebelum ia dibawa ke sudut yang agak tersembunyi untuk dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir sambil dibantu dua lelaki,” katanya.

Wee Siang mendakwa, tiga ahli lain pula berada dalam kereta dan selebihnya bertindak sebagai pemerhati di dalam serta luar pasar raya berkenaan.

Katanya, tiga wanita berusia dalam lingkungan 40an itu dilihat keluar masuk dalam pasar raya melalui pintu belakang melebihi 10 kali dengan lenggok jalan yang kelihatan agak pelik.

“Apabila sedar sedang diperhatikan, mereka meninggalkan pasar raya ini dengan menaiki kenderaan yang sudah bersedia di luar pasar raya.

“Kejadian berlaku sangat pantas dalam tempoh 40 minit ketika pasar raya sesak dengan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya kumpuan terbabit mempunyai peralatan lengkap untuk membuka besi magnet yang berfungsi sebagai keselamatan yang terdapat pada tin susu itu bagi mengelakkan susu yang diseludup keluar dikesan pihak pasar raya.

“Kali terakhir kejadian seumpama ini berlaku ialah dua tahun lalu dan tidak menyangka ia berulang lagi serta percaya ia dilakukan kumpulan yang sama,” katanya.

Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM5,000 apabila 40 tin susu telah dicuri.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

Loket radioaktif berbahaya




Putrajaya: Penggunaan pendant atau loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan dan boleh memudaratkan pengguna.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berkata, produk itu boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan

Setiausaha Eksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata Kementerian Kesihatan juga mengesahkan penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.

Letak nota peringatan

Berikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport, dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam.

Umum harus dimaklumkan bahawa produk ini mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Tempoh maksimum
Tempoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusannya yang selamat.

Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan. Kementerian Kesihatan menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatannya.
Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan itu turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi yang nyata.

Isu loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi itu timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.

Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.

Bayi mati dipatuk ular tedung




BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 8 bulan sempat meminta untuk menyusu badan ibunya sebelum meninggal dunia selepas dipatuk ular ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Gong Ubi ****** dekat Jabi di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa, Puteri Suhana Sata sedang tidur sederet di ruang tamu rumah bersama ibu, Zela Mohamad, 42, dan empat kakaknya.

Zela berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25, menjerit memberitahu ada ular dipercayai ular tedung berhampiran hujung kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu yang tidur di tepinya.

Menurutnya, mereka ketika itu sudah tidur lena kira-kira 30 minit sebelum kejadian kecuali Mohd Ruhaidi yang masih berjaga dan berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Mohd Ruhaidi melihat ular berwarna hitam sepanjang hampir satu meter berada berhampiran kaki Puteri Suhana ketika dia keluar dari bilik tidurnya untuk ke bilik air.

"Dia kemudiannya menjerit mengejutkan saya dan ketika itu, saya lihat kaki anak bongsu sudah berdarah sementara ular berkenaan menyusup keluar melalui tepi dinding ke arah bahagian dapur rumah,” katanya.

Zela berkata, selepas diperiksa, dia mendapati terdapat dua kesan berdarah dipercayai akibat patukan ular berhampiran buku lali kaki kiri anaknya yang masih belum terjaga ketika itu.

"Bagaimanapun, selepas saya mengangkat badan Puteri Suhana, barulah dia menjerit kesakitan dan menangis.

"Pilu hati melihat dia menggelupur kesakitan dan semasa di dalam kereta dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital, Puteri Suhana minta menyusu badan.

"Malangnya, walaupun dia cuba menyusu tetapi dia tidak dapat berbuat demikian kerana terlampau sakit, selain muntah-muntah," katanya.

Zela dalam keadaan sebak berkata, tidak lama kemudian tiada lagi kedengaran suara Puteri Suhana.

"Saya lihat tubuhnya kaku dan seluruh badannya bertukar menjadi kebiruan.

"Sebaik tiba di bahagian kecemasan Hospital Besut, doktor yang memeriksanya memaklumkan Puteri Suhana telah meninggal dunia, dipercayai ketika dalam perjalanan lagi,” katanya sedih.

Zela berkata, jenazah anaknya dibawa pulang kira-kira jam 4 pagi semalam.

"Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Ubi ******, yang terletak di depan rumah, kira-kira jam 11 pagi semalam.

"Paling menyentuh hati saya apabila kakak Puteri Suhana, Siti Mariam, 4, yang tidur bersamanya ketika kejadian bertanyakan saya kenapa adiknya dibungkus (dikafankan) sebelum jenazah dikebumikan semalam," katanya.

Suaminya, Sata Mahasan, 42, yang bekerja di Kompleks Perikanan Tok Bali, Kelantan, bergegas pulang selepas dimaklumkan berita menimpa anak bongsunya itu.

Sata berkata, sebelum ini tiada kejadian ular masuk ke dalam rumahnya.

"Kejadian ini memang tidak disangka. Kami tak sempat buat apa-apa ketika itu kerana isteri dan anak-anak hanya memberi perhatian untuk menyelamatkan nyawa Puteri Suhana," katanya.