Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan.
Tak kira anda minat sukan hoki atau tidak, nama Chua Boon Huat (33
tahun) pasti anda kenal. Mana taknya sebab dia telah mewakili negara
kita sejak dari 1998 dalam sukan Komanwel.
Ini adalah satu berita yang begitu menyedihkan kerana dia telah
disenaraikan untuk mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Asia yang akan
datang. Dan sekiranya Malaysia masuk ke peringkat akhir Piala Dunia,
pastinya dia juga disenaraikan. Apa-apapun, Rest In Peace.
Gambar Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat Meninggal dalam kemalangan
jalanraya sebentar tadi
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan
selepas keretanya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong
(LDP) dekat Kelana Jaya di sini jam 3 pagi tadi.
Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.
Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang pemain hoki yang berbakat
besar dan telah banyak menyumbangkan jasa di dalam arena hoki
sehinggalah ke peringkat antarabangsa.