Blogroll

Wednesday, July 10, 2013

Bapa Kandung Benjy Tidak Mengaku Benjy Anaknya ?


  
Bapa Kandung Benjy Tidak Mengaku Benjy Anaknya ? | Pelakon yang penuh kontroversi ini Benjy telah dihadapkan kemuka pengadilan kerana melakukan kesalahan.
Pelakon ini melahirkan anak lelaki yang tidak berayah kerana ayahnya enggan bertangungjawab
Sudahlah itu, Ibrahim bukan ayah yang bertanggungjawab.
Pelakun itu bukan saja berhempas pulas berlakun mencari nafkah untuk membesarkan anak tapi turut melakukan perniagaan runcit-runcitan.

Anak itu membesar dalam keadaan yang serba kurang dan berhadapan dengan tekanan dari kepincangan dalam hidup keluarga tanpa seorang ayah.
Ibrahim tak ambil kisah pasal anak itu kerana akhirnya anak itu mengikut profesyen ibu dan berhadapan dengan sebagai masaalah dari hidup sebagai seorang artis muda. Akhirnya dia terjerumus ke lembah penyalahgunaan dadah dan merengkok di penjara.
Si pelkun wanita yang hilang dahan dia meletakkan kasih sayang akibat kekasih yang tak bertanggungjawab akhirnya jatuh sakit dan kini tenat dalam hospital.
Ibrahim Yaakob dan anaknya Benjy

Kerana sikapnya yang low profile, kehidupan peribadi Ibrahim Yaacub kurang diketahui umum. Perkahwinannya bersama aktres Azean Irdawaty berakhir dengan perceraian.
Ketika anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy) ditahan kerana didakwa memproses dan menjual dadah sintetik, Azean Irdawaty banyak membantu sedangkan bekas suaminya Ibrahim Yaacub mengambil sikap berdiam diri.
Dalam sidang media Azean Irdawaty mendedahkan sebelum Benjy ditahan dia ingin berjumpa dengan bapa kandungnya tetapi bapa kandungnya (Ibrahim) tidak mahu berjumpanya kerana tidak mengakui Benjy sebagai anaknya.
Sikap berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam kes anaknya (Benjy) mudah difahami kerana beliau telah mempunyai anak-anak lain bersama isteri baru dan Benjy tidak dipeliharanya kerana tinggal bersama Azean Irdawaty. 

Gempar! Makhluk Pelik Seperti Batu Ditemui (5 Foto)

| Jangan terkejut jika makhluk pelik yang ditemui ini sebenarnya ia boleh dimakan, apatah lagi dimasak mengikut resipi tersendiri. Mungkin secara zahirnya, ia nampak seperti sebuah batu. Namun begitu, difahamkan ia merupakan salah satu hidupan laut yang hidup tanpa perlu berpasangan untuk proses membiak. Memang nampak geli untuk dimakan, namun ia mudah ditemui di kawasan kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

batu1

Makhluk yang menyerupai “batu” ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai “Gnarly”. Ia merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.

Cara pembiakan makhluk ini ada lah secara aseksual iaitu pembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.

batu2
batu3
batu4
batu5

Diana Danielle Kongsi Gambar Dirinya Bersama Anak


Comelnya ~~ Geram pulak kami melihat gambar yang dikongsikan oleh Diana Danielle ini. Memang comel anaknya. Secomel emaknya juga. Untuk makluman, Diana Danielle dan anaknya masih berada di Australia. Ini adalah kali pertama Diana Danielle berkongsi gambar dirinya bersama buah hatinya ini.
diana danielle dan bayiGambar ini dikongsi dengan caption “Letting “the little boss” soak in d sun. Just a slight case of jaundice, nothing the sun cant solve“. Nampaknya anak sulung Diana Danielle terkena sakit kuning. Sememangnya sinaran cahaya matahari di kala pagi adalah yang terbaik untuk merawat sakit ini.

diana danielle dan bayiSemoga kuning anak Diana Danielle akan hilang dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Diharap Diana Danielle dapat berkongsi lebih banyak gambar si comelnya. Pasti ramai ingin melihat kecomelan anaknya.

Sedih! Saat-Saat Akhir Sebelum Dr Mursi Ditahan

| Seperti yang kita maklum, Presiden Mesir, Dr Mursi telah digulingkan daripada kerajaan  (LINK).

 Penggulingan ini dilihat seperti satu pengkhianatan terhadapnya apabila baru sahaja memimpin kerajaan Mesir, dirinya sudah digulingkan. Kumpulan pembangkang pula menuntut agar pilihanraya diadakan semula diadakan bagi memilih presiden yang baru. Jika kita lihat ia seperti sesuatu yang dirancang dan lihatlah apa yang akan terjadi apabila pemimpin sekular memimpin Mesir.  Jom ikuti saat-saat akhir sebelum Dr Mursi ditahan.

Mohammed Morsi

‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.
Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.

Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang.

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?
Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.
Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan…rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.

Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.
Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.
“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.
“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.
“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.
Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.
Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif….Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.
“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.

Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!
“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.


************

“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.

“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.

Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”
“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.

“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.
“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam ‘alaikum!” Ganggang terus diletakkan.
‘”Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR…” bisiknya di dalam hati.

Gempar! Apabila Terowong Gaza Dimusnahkan

| Sejak Presiden Mesir Dr Mursi mengambil alih pemerintahan Mesir, terowong Gaza mula dibuka kepada penduduk di sana. Ini secara tidak langsung memudahkan bekalan sumber makanan dihantar ke kawasan tersebut. 

Biarpun berlainan negara, namun atas dasar Islam, Dr Mursi jelas menyatakan sokongannya kepada Palestin. Namun, pemerintahannya terhenti begitu sahaja selepas digulingkan oleh pihak tentera. Selepas tentera megambil alih, dikhabarkan terowong Gaza mula dimusnahkan. Zalimnya!!

terowong1

RAFAH – PALESTIN – Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.

terowong2

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.

Gempar! Guru Penolong Kanan SK Beris Pancor Mati Ditembak

| Adakah Malaysia kini tidak selamat untuk diduduki? Baru-baru ini media massa memaparkan tentang satu sindiket pembunuhan upahan yang wujud di Malaysia. Kita difahamkan kadar kos upahan satu pembunuhan di antara RM5000 hingga RM15 000. Terbaru, seorang cikgu maut ditempat kejadian apabila mangsa ditembak beberapa kali ketika sedang keluar daripada kawasan sekolah dengan menaiki kereta. Tembakan ini memang tepat kepada sasaran mangsa. Al-Fatihah kepada mangsa.

mati

Seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Pancor mati ditembak petang tadi ketika baru sahaja keluar dari kawasalan sekolah. Mangsa dikenali sebagai Hashim bin Mat Zain. Siasatan pihak polis mendapati sebanyak 4 das tembakan dilepaskan dan 2 das mengenai mangsa. Mangsa dikatakan bukan sahaja guru malah ada melakukan pelbagai perniagaan lain lagi seperti balak, shakle, kontrak kantin sekolah dan pelbagai lagi dan dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak.

Al-Fatihah kepada mangsa. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Kepada yang bertanggungjawab akan kejadian ini, moga kalian menerima balasan yang setimpal. Bukan di dunia, akhirat nanti ada.

Siasatan Awal Polis.

Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini.

Kisah Derhaka Lelaki Belikan Ibu Daging Babi Untuk Berbuka Puasa Ramadhan

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. 

Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

3424285244_29d4c9cd08_z

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya , 

“Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, 


 saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Ngeri! Proton Saga Berkecai Akibat Bertembung Di Sarawak (4 Foto)

| Kejadian kemalangan yang membabitkan kes kereta hilang kawalan memang biasa kita dengar. Kejadian seumpama ini memang mampu meragut nyawa sama ada merempuh atau dirempuh oleh kenderaan lain. Baru-baru ini kejadian yang hampir serupa berlaku di Mukah Sarawak. Kemalangan ini membabitkan sebuah Proton Saga dan Toyota Hilux

Proton Saga dipercayai hilang kawalan dan terus masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh sebuah Toyota Hilux. Kejadian ini berlaku dengan pantas sehinggakan banyak mayat dilihat bergelimpangan di atas jalan raya.


saga1


Mukah: “Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila kereta itu tiba-tiba melintang di depan saya,” kata Ali Mamat, 59, pemandu Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan enam orang termasuk lima sekeluarga di Kilometer 113 Jalan Sibu-Bintulu di sini, semalam.

Enam termasuk seorang kanak-kanak serta bayi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dan sebuah trak pikap Toyota Hilux di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini.

Dalam nahas ngeri yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi ini, lima daripada mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga berkenaan serta ahli keluarganya.
saga2

Mereka ialah Mohd. Sirhan Suib, 35, isterinya, Dayang Norhayati Tusin, 30, dan anak mereka, Mohd. Danish Nubhan, 9 bulan.

Turut maut, adik kepada Dayang Norhayati, Dayang Norhafizah, 23, serta anak perempuannya, Siti Norasidah Mohd. Azri, berusia dua tahun.

Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang Toyota Hilux, Napsiah Hasan, 61, manakala suaminya yang juga pemandu trak pikap tersebut, Ali Kamat, 60-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat mereka daripada kenderaan.

Difahamkan, Mohd. Sirhan dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Limbang manakala Napsiah dan suaminya menuju ke Miri.

saga3

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga yang dipandu Mohd. Sirhan gagal dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.

“Akibat pertembungan itu, Siti Norasidah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kereta kira-kira 2 meter manakala ibunya tersangkut di cermin belakang kereta.

“Sementara itu, Mohd. Danish Nubhan pula mati dalam pelukan ibunya selepas mereka berdua tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Omar Bakhtiar dalam pada itu berkata, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

saga4

Biar Betul! Tahanan Penjara Dipaksa Makan Ketika Bulan Ramadhan

Memberi makan  kepada orang yang berpuasa itu banyak ganjarannya. Tetapi menahan orang daripada berpuasa besar dosanya. Itulah yang dikatakan oleh pihak media tentang sebuah penjara yang dianggap ngeri di dunia iaitu Penjara Teluk Guantanamo

Mereka dipercayai tidak akan membenarkan tahanannya berpuasa, apatah lagi akan memaksa tahanan untuk makan ketika bulan ramadhan. Bagaimanapun, dakwaan ini dinafikan oleh mereka. Persoalannya, siapa yang betul ini?

penjara

Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.

Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.

“Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan,” jelasnya lagi.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.

Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. – Sinar Harian

Keajaiban Tulang Sulbi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW |

Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bahagian tulang belakang paling bawah.

Tulang sulbi merupakan tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhirat. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.

b517c__sulbi

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Fakta, bahawa hadits ini benar.

Seorang doktor bernama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi kemerahan kemudian menjadi hitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.
Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal terkenal di Sanaa, Yaman.

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui. 1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

Ngeri! Lelaki Kena Sembelih Dalam Pondok Di Hulu Selangor July 2013

Ngeri! Lelaki Kena Sembelih Dalam Pondok Di Hulu Selangor 


Belum lagi reda tentang isu tetak di Batang Kali Selangor, kini muncul pula satu berita tentang kes pembunuhan melibatkan dua orang lelaki di Hulu Selangor. Apa yang menyedihkan, pembunuhan ini dilakukan dengan kejam sekali apabila mayat ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Leher mereka dikelar sehingga mengeluarkan banyak darah. Bagaimanapun, motif pembunuhan ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.


mayat


HULU SELANGOR – “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.
Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.
Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.
Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam.
“Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.
 
 
mayat2
 
 
“Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.
Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.
“Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.
“Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.
Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
“Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ,” katanya.
Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.
Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.
“Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.
“Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada,” katanya.
Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya. – Sinar Harian

Ngeri! Wanita Menjerit Kesakitan Tersepit Di Bawah Lori (7 Foto)

Ngeri! Wanita Menjerit Kesakitan Tersepit Di Bawah Lori (7 Foto)


Hati mana yang tidak kasihan apabila melihat seorang wanita yang merintih kesakitan apabila dirinya tersepit di bawah lori. Lokasi kejadian bermungkinan berlaku di China. Kelihatan juga sebuah motosikal di hadapan lori berkenaan. Jadi bermungkinan wanita ini dilanggar dan akhirnya ia tersepit di celahan tayar lori besar tersebut. Pemandu berkenaan juga tidak tahu berbuat apa-apa selain menunggu ambulans sampai. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
lori1
lori2 lori3 lori4

LUAHAN HATI PUTERI AWANI AHMAD | VIDEO BUDAK COUPLE SEMINGGU



LUAHAN PERASAAN PUTERI AWANI | VIDEO TAU TAK? DAH SEMINGGU KITA KAPEL? | Terbaru, budak perempuan bernama Puteri Awani Ahmad yang dikritik hebat melalui video yang bertajuk DAH SEMINGGU KITA COUPLE telah meluahkan perasaannya di dalam blog beliau.
BACA LUAHAN PUTERI AWANI YANG BERTAJUK ALLAH RINDU DOA HAMBANYA DI BAWAH.


 
 
Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.
Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :’)

Di taip oleh jari-jari runcing Puteri Awani

JIKA ANDA INGIN MELAWAT BLOG BELIAU, SILA KLIK : http://puteriawaniahmad.blogspot.com/
KESIMPULAN : DAH MENJADI ADAT MANUSIA. DAH KENA BARU NAK INGAT TUHAN. INGAT! JANGAN KONGSIKAN KISAH PERIBADI KORANG DI LAMAN SOSIAL. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN DI ATAS KEBODOHAN ANDA.

PERKEMBANGAN :Video Budak Baru Couple Seminggu Memang Kelakar







Tak dinafikan, kemahiran meng-edit video oleh remaja berusia 15 tahun ini boleh tahan juga. Dari lagu latar yang kami kira sangat bersesuaian dengan mood dan temanya, gadis ini berjaya menarik lebih 27 ribu jumlah tontonan di laman Youtube. Rasanya, sudah ramai yang tahu tentang video ini kan? Bagi yang tak tahu , video bertajuk ‘Budak baru nak up.. Cess..~ (T_T) – Ery Oh Ery‘ ini telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Youtube dan ia sebenarnya mengenai seorang remaja perempuan yang meluahkan rasa cintanya pada kekasihnya, Ery. Video berdurasi 2.41 minit ini bukan saja menunjukkan remaja ini menyanyi, malah dia turut meluahkan janji-janjinya. Menariknya, video ini dibuat selepas satu minggu mereka bercinta dan kami pasti, sehingga kini, remaja ini pasti sedang hangat bercinta dengan Ery.







                                                      Inilah Ery, teman lelaki remaja wanita ini.









Betulkan kalau silap, tapi memang ada bunyi hair-dryer ketika remaja ini menyanyi kan?
Namun, jika anda rasa video ini sudah cukup popular, anda silap. Kerana video parodi ‘Budak Baru Couple Seminggu‘ telah mencatat lebih 30 ribu jumlah tontonan walaupun baru saja dimuat-naik semalam. Menarik kan?







Berdurasikan 2.36 minit, video parodi ini sangat mencuit hati dan ia turut menyelitkan video klip yang kami kira lebih lucu dengan penampilan kerbau.
Senang cerita, entah apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang ini. Sengaja buat kami ketawa di pagi hari. Jangan buang masa, mari tonton kedua-dua video selepas ini ya!