Blogroll

Wednesday, April 9, 2014

Cara letak facebook like button di blog

Hye semua... post kali ni nak share something pasal blog. Yerlah, bila dah jadi blogger ni kene belajar banyak benda. Bila dah belajar ilmu tu elok lah disebarkan. Betul tak? Nak share benda simple n maybe ramai dah tahu buat. Tapi yang belum tahu boleh try yer. Cara letak FB like button kat entri blog 

Meletakkan button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar samada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda. Selain itu, penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog.



Cara-cara untuk meletakkan button like ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
backup template untuk langkah berjaga²)

2. Gunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.

<data:post.body/>

3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod tadi

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>
4. Kemudian save dan view blog anda..

OK...selamat mencuba

Lori balak terbenam dalam jalan






MENTAKAB – Sebuah lori dengan muatan kayu balak terbenam ke dalam jalan raya gara-gara paip utama pecah menyebabkan Jalan Pekeliling antara kawasan sesak di bandar ini terpaksa ditutup semalam.

Kejadian berlaku jam 6.50 pagi semalam apabila lori dipandu Hanifah Jusuh 30, dari Kawasan Perindustrian Songsang dalam perjalanan ke Batu 5 Jalan Karak di sini untuk menghantar muatan itu.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, dia melihat paip air di kawasan itu sudah pecah dan air keluar ke permukaan jalan.

“Masa itu kiri kanan jalan banyak kereta ibu bapa hantar anak ke sekolah, saya tidak ada pilihan lain kecuali mengikut laluan tengah tempat paip itu pecah.

“Sebaik melalui kawasan itu, tayar hadapan terus tenggelam dan mendap dalam lubang dan lori langsung tidak boleh bergerak.

“Saya hubungi majikan untuk memindahkan semua kayu balak ke sebuah lori lain,” katanya.

Hanifah berkata, kerja memindahkan kayu balak itu mengambil masa dua jam dan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan utama itu supaya keadaan terkawal.

Pegawai Operasi Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip), Basri Abdul Mubin yang hadir ke tempat kejadian memaklumkan kerja penyambungan paip bersaiz 15 inci itu hanya boleh dimulakan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, pihaknya mendapat aduan paip utama pecah itu berlaku awal pagi semalam kira-kira jam 5 pagi dan pihaknya memang merancang untuk membaiki kerosakan tersebut secepat mungkin memandangkan laluan itu antara kawasan yang sibuk dengan kenderaan.

Menurutnya, kerja memasang paip itu dijangka siap pada sebelah malam dan pengguna diharap bersabar sepanjang kerja baik pulih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Temerloh, Wong Tze Shiang berkata, kejadian paip pecah itu akan menyebabkan 30,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air.

Menurutnya, beliau berharap kerja baik pulih dapat dilakukan secepat mungkin bagi mengelak kesulitan.

Shila Amzah berentap lagi di China!





SHILA  Amzah bakal berentap kembali di pentas ‘I Am Singer’ pada 11 April ini namun, kali ini konsepnya berbeza di mana lima finalis ‘I Am Singer’ musim kedua akan berentap dengan lima lagi finalis ‘I Am Singer’ musim pertama.

Malam tersebut sekali lagi akan menyaksikan persembahan hebat dari Shila, yang mana bakal memberikan kejutan terbaru dari segi persembahan dan juga vokal.

Berita ini dimaklumkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music, menerusi sebuah emel petang semalam. Sementara itu, Shila  yang ketika ini berada di China, meluahkan rasa amat bersyukur dan teruja kerana sekali lagi akan berentap dalam pertandingan itu.

Jelas Shila, dia juga telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan itu nanti.

“Alhamdulillah, saya berjaya mara ke pusingan kedua ini. Saya akan menyanyi solo dan hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak’.

‘Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi’, katanya.

Sepuluh nama yang akan berentap pada pertandingan ini ialah, Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim pertama dan Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong),

Shila Amzah (Malaysia), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim kedua.

TRIVIA Pertandingan:

-    Minggu 7 : Shila mula menyertai I Am Singer -‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua (2).
-    Minggu 8 : Shila mendapat tempat keempat -‘Zui Chang De Dian Ying’.
-    Minggu 9 : Shila mendapat tempat ketiga -‘Listen’.
-    Minggu 10 : Shila mendapat tempat ketiga  -‘Forever Love’.
-    Minggu 11: Shila mendapat tempat pertama -‘Rolling In The Deep’.
-    Minggu 12 (minggu separuh akhir): Shila mendapat tempat keenam -‘Yang Chong’.
-    Minggu 13: Shila berjaya mara ke minggu akhir.

Sisi bahagia Ashraf, Dayana, Sakinah








 




“TERIMA kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini,” begitulah luahan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram yang turut memuat naik foto kelahiran bayi pertamanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, membayangkan betapa bahagianya Ashraf,  sementelah isteri pertamanya Dayana turut hadir melawat anak pertama mereka. Malah Sakinah, yang baru sahaja melahirkan bayi itu pada Ahad malam lalu, turut berada sama di sisi mereka.
Melihat kemesraan itu, jelas menunjukkan mereka kini semakin bahagia hidup berpoligami.

Teruja dengan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan mereka, Ashraf turut memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.

Malah akui Ashraf, kehadiran bayi itu melengkapkan lagi serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka sekeluarga.

Bagi Ashraf, ia merupakan saat  dan momen indah buat mereka sekeluarga dan mengharapkan semua peminat dan masyarakat mendoakan kesihatan bagi anaknya yang baru lahir.

Sebelum ini kisah poligami mereka pernah menjadi perhatian masyarakat apabila Ashraf bertindak mengahwini Sakinah di Thailand. Bagaimanapun, kini Ashraf berjaya membuktikan mereka mampu bahagia meskipun harus berbahagi kasih.