Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City,
Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada
pertengahan tahun 1990an. Secara rasmi, tahun 1995, selepas keluar dari
penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam
yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama
baru Malik Abdul Aziz.
Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan
melainkan dengan Islam, kita tidak akan melakukan maksiat, apabila kita
melakukan maksiat kepada Allah SWT tentu hidup kita tidak akan tenteram
kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang
dapat merasakan Allah SWT sedang melihat perbuatan maksiatnya, pasti dia
tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan
Raudhah. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai
matlamat hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua
gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.
Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990
tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah
itu.
Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah
dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan
tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya
menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara
atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada
Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan
dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya
berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang
akhbar.
Tyson menangis di Raudah
MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan
menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah
kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi
untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad
Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam
kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri
di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk
bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai
persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang
berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup
menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi
semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi
menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan
berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada
dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata,
dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati
pengalaman beribadah di sini,”katanya.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid
Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah.
Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah
mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju.
Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur
Rasulullah SAW.
KEHEBATAN MIKE TYSON DI GELANGGANG
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga
menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah
Munawwarah. 2 Julai 2010.
Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam
Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada
(CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti
yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan
melaksanakan rukun Islam.
Biodata beliau:
Nama Penuh : Michael Gerard Tyson
Nama Samaran: Kid Dynamite,Iron Mike, The Baddest Man on the Planet
Kategori: Heavyweight
Tinggi: 5 ft 10 in (178 cm)
Jangkaun : 71 in (180 cm)
Warganegara: Amerika
Tarikh lahir: June 30, 1966 (age 46)
Tempat lahir :Brooklyn, New York City, New York, U.S.
Rekod Tinju
Jumlah Perlawanan: 58
Menang: 50
Menang dengan KO : 44
Kalah: 6
Seri: 0