Blogroll

Thursday, July 25, 2013

Aidil Zafuan Bercinta Dengan Anak Bekas ADUN?

Aidil Zafuan 

Walaupun kes pergolakan rumahtangga dengan Rita Rudaini masih lagi dalam prosiding mahkamah, namun Aidil Zafuan kini dilaporkan sudah berjumpa pengganti hatinya apabila dia digosipkan bercinta dengan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.
Nama Zarema bukan lagi asing sekiranya anda merupakan peminat setia Nora Danish kerana gambar gadis ini selalu sahaja kelihatan di laman Instagram artis tersebut.
Baru-baru, Zarema memuat naik gambar terbarunya di laman sosial tersebut yang menunjukkan susuk seorang lelaki yang tidak ditunjukkan mukanya.
Namun, daripada susuk tubuh itu ramai mengandaikan jejaka itu adalah Aidil.
Tak tahulah betul ataupun mungkin hanya pelanduk dua serupa sahaja kan?

Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim

“SAYA tahu dia (Dayana) terluka,” demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Ashraf berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.
“Semoga segala penjelasan saya ini, semua dapat membantu saya. Mungkin ada salah silap, saya minta maaf. Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf.
Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media:
MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?
ASHRAF: Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.
MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?
ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila… saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.
ashraf
MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?
ASHRAF: Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.
MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?
ASHRAF: Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.
MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?
ASHRAF:Sekarang mereka (Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.
MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?
perkahwinan-ashraf-sakinah-thailand
ASHRAF: Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.
MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?
ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

TERKINI : Guru Besar SK Pristina Terima Ugutan Bunuh Dari NGO!

SEGERA: Guru Besar SK Pristina Terima Ugutan Bunuh Dari NGO! 

KUALA LUMPUR – Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.
Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
“Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan ‘If I meet you, i will kill you’ (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
“Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,” katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas.

Nora Danish Akui Nadeem Datuk Seri Nazri Lelaki Pilihan Boleh Dijadikan Suami

Nora Danish Akui Anak Datuk Seri Nazri Aziz Kawan Lelaki Paling Rapat 


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.
“Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.
“Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, di sini pada Rabu.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang intim.
Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya.
Bagaimanapun Nora berkata, hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.
“Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.
“Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Salimah Talib, 56, mengakui tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.
“Saya tidak menghalang siapa pun lelaki pilihannya namun banyak menasihatkan dia agar berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki.
“Saya takut peristiwa lama berulang kembali, kalau boleh jika berkahwin kali kedua dengan lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya,” katanya.

Gambar Setem Pos Terbaru Julai 2013 Ulam Di Malaysia Sumber: Gambar Setem Pos Terbaru Julai 2013 Ulam Di Malaysia

Gambar setem pos terbaru keluaran 25 Julai 2013 bertemakan ulam di Malaysia. Pada setiap bulan, pejabat Pos Malaysia akan mengeluarkan sekeping setem rekaan terbaru yang memaparkan budaya dan adat di negara ini. Bagi penggemar atau pengumpul koleksi setem, anda juga boleh dapatkan setem tersebut dimana-mana cawangan pos Malaysia yang berdekatan dengan anda.
Ulam Di Malaysia Setem Baru Pejabat Pos
Tarikh Keluaran 25 Julai 2013
setem-baru-pos-malaysia
setem2


Sumber: Gambar Setem Pos Terbaru Julai 2013 Ulam Di Malaysia | melvister.com

Gambar Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor 25 Julai 2013 Sumber: Gambar Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor 25 Julai 2013

Gambar penemuan buaya gergasi mati di Kuala Selangor pada 25 Julai 2013. Menurut penduduk di kampung berkenaan, berbuaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan Kren pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk. Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.
Gambar Penemuan Buaya Gergasi Kuala Selangor
buaya gergasi2
Petikan Akhbar Penemuan Buaya Di Kuala Selangor
Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.
buaya3
buaya-gergasi kuala selangor
buaya4
buaya gergasi


Sumber: Gambar Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor 25 Julai 2013 | melvister.com