Georgetown: Ketika umat Islam lain berebut meraih pahala dengan menunaikan solat Tarawih, lain pula yang berlaku bagi 21 ‘tahi judi’ yang leka mempertaruhkan nasib dengan bermain judi pakau di pondok nelayan di Jelutong, kelmarin.
Mereka yang beragama Islam itu juga menjadikan pondok belakang sebuah restoran dengan lokasinya di tepi laut sebagai ‘markas’ berikutan lokasi itu agak tersorok daripada pandangan orang ramai.
Bagaimanapun, taktik itu tidak menjadi apabila sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) negeri yang diketuai Inspektor Abdul Rahim Sulaiman menyerbu lokasi berkenaan.
Dalam serbuan jam 11 malam itu, 15 kaki judi yang khuatir dicekup sanggup mempertaruhkan nyawa dengan terjun ke laut walaupun ketika itu air pasang.
Dalam serbuan jam 11 malam itu, 15 kaki judi yang khuatir dicekup sanggup mempertaruhkan nyawa dengan terjun ke laut walaupun ketika itu air pasang.
ANTARA kaki judi yang ditahan dalam serbuan, semalam.
Menurut sumber, serbuan terbabit dilakukan hasil intipan serta maklumat orang awam yang curiga dengan kegiatan sekumpulan lelaki di kawasan itu hampir setiap malam sejak bermulanya Ramadan.
0 comments:
Post a Comment