Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"
Menurut
majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan
cara hidup masyarakat
Barat itu menaiki sebuah mikrobas (bas mini) untuk menuju ke satu
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi
keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi
seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis
itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg
dipenuhi uban menegurnya,
"Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang
sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.
Namun,
nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan
jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah
di tangan kamu ada anak
kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan
aku bakal berada di syurga
atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris
perasaan orang tua itu gadis
itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih
dahsyat.
"
Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka Jahannam
untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut
sangat terkejut mendengar
jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perlakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.
Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak
menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana
khuatir dia akan menghina
agama dgn lebih teruk lagi.
Sepuluh
minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut
didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang
yang lain mengejutkannya
tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang
menasihatinya tadi terus
memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan
kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para
penumpang menjadi cemas
dengan situasi yang menggemparkan itu.
Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu
yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan
raya itu. Mayatnya menjadi
hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja
menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.
Cara Pemakaian Wanita yg dianjurkan dalam Islam
0 comments:
Post a Comment