Blogroll

Wednesday, November 12, 2014

Bonus setengah bulan gaji 2014 kakitangan Kerajaan Johor


Nusajaya: Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, elaun ahli dewan undangan negeri (ADUN) juga dinaikkan kepada kadar bersamaan gred 54 berkuatkuasa 1 Januari 2015.

"Elaun bulanan ketua kampung di negeri ini juga dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,000.

"Elaun petugas dan penyelia Pusat Pelatih Dalam Komuniti yang melatih orang golongan kurang
upaya (OKU) dinaikkan masing-masing dari RM800 ke RM1,000 dan RM1,200 kepada RM1,400 mulai 2015 membabitkan peruntukan sebanyak RM1 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor Darul Takzim dengan tema 'Membangunkan Johor Secara Inklusif' di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment