Blogroll

Wednesday, April 9, 2014

25 GRO DITAHAN HARI INI





 

KUALA LUMPUR – Seramai 25 wanita warga asing termasuk seorang warga tempatan dipercayai GRO ditahan anggota  Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu kota, malam kelmarin.

Menurut sumber, pihaknya memberkas 15 wanita warga Vietnam dan dua warga Filipina dalam serbuan jam 10 malam.

“Kita mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen, siasatan juga mendapati dua daripada wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis berkenaan,” katanya.

Dalam operasi berasingan, seramai 10 wanita warga Thailand, tujuh Vietnam, seorang Laos dan seorang warga tempatan ditahan.

Menurutnya, tiga daripada tujuh wanita warga asing itu tidak memiliki pasport.

Kesemua wanita itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
 

0 comments:

Post a Comment