Kuantan: “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor
seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan
Chee Hau, 32.
Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat
dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera
Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut
bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.
Menceritakan
kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang
selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu
yang terbuka sedikit.
Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu
pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya
sehingga patah.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment