GAMBAR menunjukkan rumah pasangan tua yang ditemui
ditimbus sampah
CHICAGO -
Anggota-anggota bomba telah dikerahkan bagi menyiasat kehilangan sepasang
suami isteri sejak tiga minggu lalu di sebuah rumah selepas
mendapat aduan daripada jiran-jiran.
Namun, apa yang
mengejutkan ialah mereka menemui pasangan itu tertimbus dalam
keadaan tidak bermaya di bawah timbunan sampah di dalam rumah
mereka.
Pasangan suami
isteri yang berusia 79 tahun dan 76 tahun itu telah dijumpai pada
malam Isnin lepas.
Jiran yang
bimbang mengenai kehilangan mereka telah menghubungi pihak polis namun
gagal memasuki rumah ekoran sampah yang memenuhi ruang sehingga ke
siling.
"Rumah tersebut
dipenuhi dengan pelbagai bahan buangan termasuk makanan yang
telah rosak, baju, kertas malah tayar. "Setakat ini, bagaimana mereka
ditimbus masih belum diketahui," kata jurucakap bomba, Larry Langford.
Kedua-dua mereka
masih dirawat di Hospital Jackson Park.
0 comments:
Post a Comment