skip to main |
skip to sidebar
Tidur Waktu Petang Dan Pagi Boleh Memudaratkan Menurut Islam
Dapatan kajian yang
disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr. Alyssa Cairns pada
Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738
kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur
lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle
dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka
akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak
tidur.
Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat
yang sangat diperlukan tidur (sangat ngantuk). Demikian juga, tidur di
awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di
tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara
lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang
dan memudaratkan.
Apalagi tidur di waktu
Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi
yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan
untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya
matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur
selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir,
kira-kira lapan jam.
Inilah tidur yang perlu menurut para doktor.
Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak
seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan
kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih,
urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian
boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang
intipati dalam kehidupan kita.
Ada dua waktu tidur yang
tidak disarankan oleh Rasulullah
1. Tidur di pagi hari
setelah solat subuh
"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang
orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari,
kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat
kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu
tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang
malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari
terbit.Ia adalah awal hari dan
sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya
pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari
itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat
seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin
1/459).
2. Tidur sebelum solat Isyak
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahawasannya
Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat
isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa
ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh
menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya.
Akibat
terlalu banyak tidur:
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2.
Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4.
Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6.
Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi
badan.
0 comments:
Post a Comment