Blogroll

Tuesday, July 30, 2013

Adakah Farzana, Nama GF Rizone Forteen?

Adakah Farzana, Nama GF Rizone Forteen?


KL, 30 JULAI 2013: Bukan nak menyibuk,tapi selepas ahli kumpulan Forteen Izzue Islam berkahwin, ramai yang nak tahu pulak dengan status ahli kumpulan Forteen yang lain. Malah, pada hari bersejarah Izzue tempoh hari, seorang lagi ahli Forteen iaitu Ameer telah memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media.

Jadi, kini tinggal lagi dua orang ahli Forteen iaitu Rizuone atau One dan Saiful Rizuan yang masih belum lagi mempunyai kekasih hati. Itu pun Murai Batu tak tahu lah kan...Yelah, macam Izzue dulu, kata tak ada hubungan, tup tup kahwin sudah.

Namun begitu, Murai Batu mendapat tahu One yang baru saja pulang ke Malaysia selepas berjaya mendapat pingat emas di WCOPA Los Angeles baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mempunyai kekasih hati.

Sungguhpun ia bukan keluar dari mulut One sendiri, namun melihat laman Facebook milik penyanyi ini, banyak gambar seorang gadis yang dikategorikan sayang kepadanya dimuatnaik.
Jika tidak silap Murai Batu nama wanita tersebut ialah Farzana. Malah, perkataan yang digunakan One kepada gadis itu berunsurkan jiwang. Apapun, jika benar One dah ada kekasih, janganlah nak sorok ye. Peminat sekarang suka artis lebih jujur dalam hubungan.

0 comments:

Post a Comment