Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.
Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.
Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.
Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.
Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, “Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu”. (mizanul I’tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)
Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal fiqh(furu’) tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “mushaf Fatimah” di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.
0 comments:
Post a Comment