KL, 11
JULAI 2013: Selepas Murai Batu siarkan artikel mengenai Adira dan
pasangan pergi menempah baju kahwindengan pereka fesyen terkenal, Ezuwan
Ismail, terus-terang Murai Batu terus tak boleh duduk diam selagi tak
dapat tahu siapa jejaka yang bersama Adira itu.Yelah, bukan Murai Batu
sahaja, tetapi ramai juga berminat serta ingin tahu siapa gerangan
lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram itu kan?
Tambahan pula, wajahnya bukanlah familiar pun dalam industri hiburan
tanah air.
Tapi, Murai
Batu bernasib baik kerana turut berkawan dengan orang yang bukan di
kalangan industri hiburan. Sebabnya, dari situlah, Murai Batu dapat tahu
bahawa Adira sekarang ini memang sedang bercinta dengan jejaka itu yang
Murai Batu rasa agak tampan juga.Wah nampaknya, cepat juga Adira dapat
pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Azizkan? Tapi baguslah, takde
lah Adira rasa frust sebab lama sangat putus cintakan?
Selepas
Murai Batu dapat tahu jejaka itu kekasih Adira, Murai Batu pn apa lagi,
cubalah buat siasatan sendiri dan mula stalked laman Instrgaram
miliknya. Bila diimbas semua foto-fotonya, Murai Batu dapat simpulkan
yang dia ni seperti orang kuat politik. Yelah, banyak juga dia bergambar
dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan
bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.
Mana
taknya, daripada info Instagramnya, Murai Batu dapat tahu, dia rupanya
adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Oh no wonderlah ada
banyak gambarnya dengan Khairy Jamauliddin atau glamor dengan nama KJ.
Anak buah KJ lah dia rupanya.Siasat punya siasat lagi, kekasih Adira ini
yang nama sebenarnya adalah Shahrul Nasrun Kamarudin itu Murai Batu
dapat tahu merupakan anak Dato dan berasal daripada Kelantan uols....
Wah,
nampaknya pilihan Adira kali ini bukan orang dalam industri hiburan
lagi. Murai Batu tak kisah lah dengan siapa Adira nak bercinta asalkan
dia bahagia kan? Lagipun secocok je tengok dorang berdua ni, sama cantik
sama padan gituuuuMURAIBATU: Sedih dengan perkhabaran yang kurang enak
daripada beberapa teman tentang ibu dan saudara mereka yang sedang
sakit.
0 comments:
Post a Comment