Keputusan pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai 2013. Berikut adalah keputusan semasa dan terkini pengiraan undi Pilihanraya kecil yang akan berlansung pada malam ini. Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan selepas pukul 10 Malam sebaiknya selepas sembahyang terawih untuk menghormati bulan Ramadan.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.
Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.
0 comments:
Post a Comment