Bonus Raya Kerajaan Selangor 2013 :
Nampaknya perang pembayaran bonus raya 2013 dimulakan terlebih dahulu
oleh kerajaan Selangor apabila baru sahaja sebentar tadi, Menteri Besar
Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bonus kakitangan kerajaan Selangor
sempena Hari Raya 2013 kali ini.
Butiran Bonus Kerajaan Selangor Sempena Hari Raya 2013
- Nilai bonus raya kakitangan kerajaan Selangor : bonus sebulan gaji (setiap seorang) @ bonus sebulan setengah gaji sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam
- Jumlah pembayaran bonus raya 2013: RM30 juta
- Penerima bonus raya : 21,776 kakitangan kerajaan Selangor (samada tetap, kontrak dan sambilan)
- Pembayaran bonus raya : Selewat-lewatnya hujung bulan Julai 2013
Agak menarik. Apabila kerajaan Selangor
merancang untuk menambah bonus
setengah bulan gaji jika kerajaan Malaysia di bawah Datuk Najib
Razak memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam.
Nampaknya kerajaan Selangor dilihat mahu
berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang terbanyak bagi membantu
meringankan tanggungan warga kerjanya bagi menghadapi persiapan Hari
Raya kelak.
Bonus Raya Sebulan Gaji + Kupon Raya RM100
Pembayaran bonus
raya kerajaan Selangor 2013 kali ini telah dinaikkan jumlahnya
berbanding bonus raya 2012 iaitu sejumlah bonus setengah bulan gaji atau
minima RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor.
P/S : “Bola tanggung” (bonus raya 2013)
telahpun dilambung tinggi oleh kerajaan Selangor, dan sekarang sama-sama
kita nantikan bagaimana kerajaan Malaysia menyambutnya. Apa respon anda
dengan pengumuman terbaru ini?
0 comments:
Post a Comment