Blogroll

Wednesday, July 24, 2013

TERKINI : Tarikh Bayaran Bonus Raya 31 Julai 2013 Bantuan Khas RM500

arikh bayaran bonus raya pada 31 Julai 2013 bagi penjawat awam. Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua kakitangan awam manakala RM250 untuk pesara. Ini kerana penjawat awam sudah pun menerima kenaikan gaji mulai bulan Julai 2013. Dengan adanya bantuan ini sudah memadai untuk membuat persiapan menjelang perayaan.

bantuan-khas-raya

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan hari raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam yang berada dalam kelompok gred 1 hingga gred 54. Bayaran ini akan dibuat pada 31 Julai 2013 ini. Peruntukan kewangan adalah sebanyak RM670 juta.

Untuk 600 ribu penjawat awam yang telah bersara pula, akan menerima RM250 di mana melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM165 juta.


0 comments:

Post a Comment