Kalau sebelum ini pelakon Hanez Suraya sendiri pernah
memberitahu Malaysian Digest, bahwa dia masih sayang pada bekas teman
lelakinya Awi Rafael. Namun mereka kini memberi ruang dan ingin
‘membawa’ diri masing-masing. Memetik kenyataan di Kosmo!, Awi pula
berkata sejak putus cinta dengan kekasihnya selama setahun itu
kehidupannya bertambah sunyi. Namun, sudah tiada jodoh antara mereka,
Awi pasrah kerana itu merupakan keputusan terbaik buat mereka berdua.
“Sejak kami berpisah saya belum
pernah bersemuka dengannya. Memanglah rasa sunyi tetapi kehidupan harus
diteruskan. Sekarang masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya dan
sebelum putus kami jarang dapat berjumpa kerana jadual kerja yang
padat,” katanya.
Menjawab persoalan mengapa dia lebih
banyak mengambil sikap mendiamkan diri berbanding Hanez yang bersuara
terlebih dahulu tentang keretakan hubungan mereka, ini jawapan Awi.
“Sebagai lelaki saya rasa lebih baik mendiamkan diri daripada bercerita
dan saya juga harus menghormati Hanez kerana dia wanita yang pernah
hadir dalam hidup saya.
“Tidak adil untuknya jika saya bercakap terlebih dahulu tentang
keretakan hubungan kami kerana keputusan itu diambil secara bersama.
Saya perlukan masa yang sesuai, jadi selepas Hanez mengeluarkan
kenyataan barulah saya berbuat demikian.
“Walaupun begitu, kami tidak bermasam muka kerana kami masih baik
sebagai kawan dan tidak ada sebarang masalah jika terserempak dalam
mana-mana majlis hiburan” katanya yang belum bersedia mencari cibta baru
sebaliknyaa mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya.
0 comments:
Post a Comment