Bukan mudah sebenarnya untuk kelihatan sasa dan tegap seperti kebanyakan selebriti lelaki Hollywood.
Melihat kepada dunia hiburan di sana, susuk tubuh yang menawan bagaikan syarat penting yang memberikan kelebihan kepada artis lelaki, selain bakat dan penampilan mereka. Selain itu, susuk tubuh sedemikian diperlukan berikutan tuntutan watak yang dibawa dalam filem lakonan mereka.
Ini juga dialami aktor terkenal Hugh Jackman yang cukup sinonim dengan watak Wolverine dan Logan dalam filem X-Men yang mencetus fenomena sejak mula difilemkan pada 1999. Watak Wolverine terus menjadi milik Jackman dalam siri X-Men seterusnya iaitu X-Men : The Last Stand pada 2006; X-Men Origins : Wolverine (2009); X-Men: First Class (2011 - hanya sebagai ‘cameo’) dan terbaru, The Wolverine pada tahun ini.
Selain aura lakonan, tarikan utama bintang kelahiran Sydney, Australia berusia 44 tahun ini pastinya tertumpu pada ton tubuhnya yang seksi dan perkasa itu.
Selain aura lakonan, tarikan utama bintang kelahiran Sydney, Australia berusia 44 tahun ini pastinya tertumpu pada ton tubuhnya yang seksi dan perkasa itu.
Namun, katanya, memiliki fizikal tegap yang digilai ramai itu tidak semudah tatapan mata.
0 comments:
Post a Comment