Blogroll

Monday, July 29, 2013

Nasi kosong kuah kicap

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.
Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

“Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.


ROSITA bersama anaknya di hadapan rumah serba daif di PPMS Batu Enam Beriah, Bukit Merah.

“Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim,” katanya.

0 comments:

Post a Comment