KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas bagi
mengesan umat Islam di negeri itu yang didapati makan dan minum secara
terbuka pada bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed
Ibrahim Syed Ahmad berkata skuad itu akan menjalankan rondaan di
lokasi-lokasi tertentu termasuk premis makanan bagi membanteras aktiviti
tidak bermoral pada bulan mulia itu.
"Mereka yang didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah puasa
akan dikenakan tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang
syariah JAIP," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah
anggota Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.
Katanya tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana premis
makanan yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam
kerana bersuhabat.
Mengulas mengenai penggunaan shisha di Pahang, Syed Ibrahim berkata
perkara tersebut tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan sekiranya ia
membawa keburukan kepada penghisapnya.
"Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan Perlis mengharamkan penggunaan
shisha, namun saya berpendapat pendidikan awal terhadap pengguna perlu
diberikan supaya mereka mengetahui kesan penggunaannya sebelum sebarang
penguatkuasaan dibuat," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment