Rontaan si rangkak
Jitra: Bagi mengelak ditahan pegawai penguat kuasa, seorang lelaki warga asing sanggup bersembunyi di bawah rumah kongsi sebelum ditemui ketika cuba meloloskan diri dengan merangkak sejauh 10 meter dalam serbuan di tapak pembinaan di Kepelu, Padang Sera, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lokasi persembunyian lelaki berusia 28 tahun itu berjaya dikesan apabila anggota Jabatan Imigresen negeri membuat pemeriksaan secara menyeluruh di kawasan rumah kongsi berkenaan termasuk di bahagian bawah rumah itu.
Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, lelaki itu dipercayai bekerja sebagai buruh binaan itu meronta-ronta sambil meminta dilepaskan dan cuba melawan sewaktu ditangkap.
Menurutnya, lelaki warga Bangladesh itu adalah antara 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops 6P yang diadakan di sekitar Padang Sera.
Menurutnya, lelaki warga Bangladesh itu adalah antara 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops 6P yang diadakan di sekitar Padang Sera.
WARGA asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit bertindak melarikan diri kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
0 comments:
Post a Comment