KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum
7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung
untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum
5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan
sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik
menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul
menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga
mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus
Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang
dipohon.
Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana
untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan
pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.
Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang
tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment