Blogroll

Tuesday, April 22, 2014

Sekolah bertukar lautan lumpur

Serdang: “Sekolah ini bertukar menjadi ‘lautan’ lumpur setiap kali hujan lebat berlaku. Akibatnya murid sekolah ini dipindahkan ke dewan berhampiran atas faktor keselamatan,” kata seorang bapa pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Sedang di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 40.
Dalam kejadian terbaru jam 5.50 petang kelmarin, hujan lebat yang berlaku menyebabkan banjir kilat menenggelamkan sekolah itu setinggi lebih 0.4 meter.

Kejadian banjir itu menyebabkan murid sekolah itu dipindahkan ke Dewan Rukun Tetangga Sri Serdang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. “Kejadian banjir kilat sudah acap kali berlaku dan masalah ini seolah-olah tiada penyelesaian walaupun sudah puluhan kali banjir melanda.

Sebaik banjir surut, kawasan sekitar sekolah dan bilik darjah dipenuhi kotoran selut. Keadaan ini pastinya menjejaskan proses pembelajaran berikutan pihak pengurusan sekolah perlu membersihkan kawasan terlebih dahulu,” katanya. Dia berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemimpin politik di kawasan itu ‘turun padang’ menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama.

“Kasihan kepada guru dan murid sekolah ini. Mereka pastinya tidak senang duduk dan panik setiap kali hujan lebat berlaku,” katanya.

Sementara itu tinjauan wartawan pagi semalam mendapati anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bertungkus-lumus membantu pihak sekolah membersihkan sisa lumpur yang memenuhi kawasan sekolah terbabit.

FotoGURU dibantu anggota bomba Serdang membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Sri Serdang yang ditenggelami banjir lumpur akibat banjir kilat, petang kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Noor Zaidi Din berkata, lima anggotanya terbabit dalam operasi pembersihan di sekolah itu dengan menggunakan pili bomba. “Bantuan dihulurkan segera bagi memastikan pembelajaran murid di sekolah itu tidak terganggu,” katanya.

Wednesday, April 16, 2014

Mutakhir Karpal Singh, pembantu meninggal dunia nahas di Gua Tempurung

Foto KENDERAAN yang dinaikki oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang remuk teruk setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 305 lebuhraya Utara Selatan kira-kira 1.30 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan dua orang maut iaitu Karpal Singh dan pembantu beliau, Michael Cornandez. - Foto Supian Ahmad
Foto KENDERAAN yang dinaikki oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang remuk teruk setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 305 lebuhraya Utara Selatan kira-kira 1.30 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan dua orang maut iaitu Karpal Singh dan pembantu beliau, Michael Cornandez. - Foto Supian Ahmad
Foto KENDERAAN yang dinaikki oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang remuk teruk setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 305 lebuhraya Utara Selatan kira-kira 1.30 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan dua orang maut iaitu Karpal Singh dan pembantu beliau, Michael Cornandez. - Foto Supian Ahmad
Foto KENDERAAN yang dinaikki oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang remuk teruk setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 305 lebuhraya Utara Selatan kira-kira 1.30 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan dua orang maut iaitu Karpal Singh dan pembantu beliau, Michael Cornandez. - Foto Supian Ahmad
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori.

Tragedi bola takraw

Ampang: Niat murni membantu rakannya mengambil bola takraw yang terjatuh ke dalam longkang sebalik bertukar tragedi apabila seorang murid sekolah berusia 11 tahun terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras berhampiran sebuah sekolah di Kampung Melayu Ampang, di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa murid tahun lima, Khairul Azril Abdul Razak dipercayai tergelincir sebelum dihanyutkan ke Sungai Ampang,

 Ibu mangsa, Norliza Zaabah, 50, berkata, anaknya itu ada memberitahu mahu menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selepas tamat waktu pembelajaran pada jam 1 tengah hari.

“Saya datang ke sekolah sekitar jam 4 petang untuk mengambilnya pulang namun terkejut apabila melihat orang ramai mengerumuni kawasan longkang besar berhampiran. Tambah mengejutkan apabila orang ramai memaklumkan anak saya dihanyutkan arus deras.
FotoPASUKAN penyelamat berusaha mencari Khairul Azril yang terjatuh di dalam longkang berhampiran SK Ampang.
FotoRAKAN mangsa cuba membantu, tetapi gagal.


“Saya tidak percaya apa yang berlaku kerana saya sempat datang menemuinya di sekolah pada jam 1 tengah hari tadi (semalam),” katanya.

‘Main’ langgar-langgar

Butterworth: Suasana di Jalan Raja Uda, di sini, kecoh selepas orang ramai di kawasan itu dikejutkan dengan tindakan seorang pemandu secara-tiba mengamuk melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri.


Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.
FotoKENDERAAN yang terbabit remuk dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, semalam.
FotoKENDERAAN yang terbabit remuk dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, semalam.


Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan.

Drebar bas ekspres dituduh ambil morfin

Bentong: Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan tiga penumpang terbunuh di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, tengah malam Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan menggunakan dadah jenis morfin.

Bagaimanapun tertuduh, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 39, dari Kubang Kerian, Kelantan, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu turut ditemani isteri serta saudaranya sepanjang prosiding berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Anuar Afindi, manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan perlu menyara isteri serta lima anaknya yang masih bersekolah.
Mohd Isa membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Mei depan untuk tarikh sebutan semula kes.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga penumpang terbunuh termasuk sepasang suami isteri, 10 cedera parah manakala 55 lagi penumpang cedera ringan.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan membawa seramai 68 penumpang.
Bagaimanapun, Wan Khairul Efendi ditahan semula selepas prosiding semalam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan berhubung kemalangan terbabit.

FotoWAN Khairul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bentong selepas dikenakan pertuduhan, semalam.

Rempuhan dalam tidur

Sandakan: Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang parah selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang merempuh rumah kongsi dihuninya ketika mangsa nyenyak tidur dalam kejadian di Bangunan Maritim, Jalan Sim-Sim, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Mohd Salleh Malik, 25, cedera di kaki kanan dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, di sini, untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

 Ketika kejadian, mangsa tidur bersama isteri serta dua anaknya berusia satu dan dua tahun di rumah kongsi pekerja berkenaan, namun isteri serta dua anaknya terselamat.

Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Nazmi, 33, berkata, ketika kejadian dia bersama kira-kira 70 pekerja lain terkejut apabila terdengar dentuman kuat.
FotoKEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sebuah kediaman di Jalan Sim-Sim, Sandakan.

“Saya bersama beberapa pekerja kemudian keluar dan melihat sebuah kenderaan merempuh rumah yang didiami oleh Salleh lalu bergegas untuk memberikan bantuan.


“Ketika itu, kami melihat Salleh dihempap serpihan kayu yang jatuh akibat dirempuh oleh kenderaan berkenaan.

10 tabika ‘kering’

Banting: Lebih 10 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sekitar Kuala Langat, terus terjejas dengan Pelan Catuan Air yang sudah dilaksanakan sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, murid tabika yang terjejas terpaksa membawa sebotol air setiap hari untuk kegunaan sendiri jika mahu membuang air dan membasuh tangan berikutan bekalan air yang masih belum pulih.

 Penyelia Perhubungan KEMAS Kuala Langat Hisham Talib berkata, antara tabika yang terbabit adalah Tabika Kemas Permata Hatiku Batu Tujuh Sijangkang, Kampung Medan, Taman Sri Medan dan Telok Panglima Garang.

“Setiap dua hari sekali, bekalan air akan terputus menyebabkan pengurusan tabika meminta ibu bapa membekalkan anak mereka dengan sebotol air untuk kegunaan sendiri.
FotoKANAK-kanak di sebuah tabika di Batu Tujuh Sijangkang masing-masing membawa sebotol air ke sekolah untuk kegunaan sendiri.

“Pihak pengurusan pula akan menadah air bagi memastikan kegunaan untuk tabika berkenaan seperti memasak dan membasuh peralatan makanan serta memasak mencukupi,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, tidak dinafikan kadang kala jadual catuan melebihi dua hari mungkin kerana faktor yang tidak diketahui, sekali gus menyebabkan operasi harian tabika turut terjejas.

“Pihak KEMAS ada juga menerima aduan ada di antara murid yang tidak datang ke tabika kerana tidak dapat mandi ekoran masalah gangguan air yang masih berlarutan di daerah ini.

“Namun masalah itu tidak menjadi penghalang pengurusan tabika untuk meneruskan aktiviti persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela Tabika yang ingin dikenali Siti, 56, berkata, tabika berkenaan sememangnya terbabit dengan masalah catuan air berkenaan.

“Kami terpaksa mengarahkan murid untuk membawa sebotol air setiap hari untuk digunakan oleh mereka sendiri kerana ketiadaan bekalan air.

“Air itu yang digunakan untuk membasuh tangan dan juga jika mereka ingin membuang air. Namun kesukaran lebih terasa kerana ketiadaan tangki air di tabika berkenaan menyukarkan mereka menakung air dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian,” katanya.

Bayangan maut

Kuantan: “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan Chee Hau, 32.

Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.

 Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.

Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit.
Foto
FotoPINTU pagar yang menghempap Chee Hau.


Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah.

Jemaah umrah mangsa MERS

Putrajaya: Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu menjadi rakyat Malaysia pertama di negara ini yang maut akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor itu disahkan meninggal dunia pada 10 April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.

 Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mangsa tiba di tanah air pada 29 Mac lalu sebelum dimasukkan ke hospital seminggu kemudian selepas mengalami komplikasi kesihatan yang teruk.
Foto


Beliau berkata, kematian itu juga adalah kes pertama di negara ini dan ASEAN, sejak virus berkenaan dikesan kali pertama di Arab Saudi pada September 2012.

Karpal Singh maut kemalangan

Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera.

Difahamkan mereka dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang.
FotoKenderaan dinziki mangsa.

Mayat beliau dihantar ke Hospital Kampar dan keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.


Keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

Anaknya, Gobind Singh Deo, juga berada di sini dan dilihat memeluk ibunya Gurmit Kaur yang sedang menanggis.

Turut kelihatan anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur.

Kedengaran Gurmit berteriak, "kenapa? kenapa? kenapa la..." sambil cuba ditenangkan Gobind.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila ahli keluarga terus meraung sebaik masuk ke dalam untuk melihat mayat Karpal.

Menurut Gobind mayat bapanya akan dibawa ke rumahnya di Pulau Pinang untuk pengebumian selepas selesai urusan dengan pihak hospital.

Beliau berkata, pihaknya akan memberitahu kemudian tarikh pengebumian bapanya itu.

Tuesday, April 15, 2014

Tidur Waktu Petang Dan Pagi Boleh Memudaratkan Menurut Islam



Tidur Waktu Petang



Dapatan kajian yang disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.
Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat ngantuk). Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.


Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira-kira lapan jam.
Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita. 


Ada dua waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah

1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh

"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin 1/459).


2. Tidur sebelum solat Isyak


Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahawasannya Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya. 


Akibat terlalu banyak tidur:


1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.

Gempar! Lagi Mayat Berbungkus Ditemui




PENDUDUK tempatan kecoh sekali lagi apabila satu mayat siap berbungkus ditemui di tepi jalan di Bukit Minyak, Pulau Pinang pagi tadi.
Mayat berbungkus dijumpai di Lorong 4, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Ini merupakan penemuan ketiga mayat berbungkus ditemui di kawasan ini setelah kali pertama dan kedua pada bulan Januari dan Febuari yang lepas.
Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh orang ramai

Pasangan Suami Isteri Parah Tertimbus Sampah Dalam Rumah

anggota bomba, tertimbus, pasangan suami isteri, longgokan sampah,

GAMBAR menunjukkan rumah pasangan tua yang ditemui ditimbus sampah 

CHICAGO - Anggota-anggota bomba telah dikerahkan bagi menyiasat kehilangan sepasang suami isteri sejak tiga minggu lalu di sebuah rumah selepas mendapat aduan daripada jiran-jiran.


Namun, apa yang mengejutkan ialah mereka menemui pasangan itu tertimbus dalam keadaan tidak bermaya di bawah timbunan sampah di dalam rumah mereka.

Pasangan suami isteri yang berusia 79 tahun dan 76 tahun itu telah dijumpai pada malam Isnin lepas.

Jiran yang bimbang mengenai kehilangan mereka telah menghubungi pihak polis namun gagal memasuki rumah ekoran sampah yang memenuhi ruang sehingga ke siling.

"Rumah tersebut dipenuhi dengan pelbagai bahan buangan termasuk makanan yang telah rosak, baju, kertas malah tayar. "Setakat ini, bagaimana mereka ditimbus masih belum diketahui," kata jurucakap bomba, Larry Langford.

Kedua-dua mereka masih dirawat di Hospital Jackson Park.

Monday, April 14, 2014

Takut Dimarahi Sembunyikan Kejadian Rakan Mati Lemas

Takut Dimarahi Sembunyikan Kejadian Rakan Mati Lemas
Gara-gara bimbang dimarahi keluarga, lima kanak-kanak sanggup menyembunyikan kejadian seorang rakan mereka yang lemas di Sungai Ketil kira-kira jam 5 petang kelmarin.
     
Bagaimanapun, pada jam 8 pagi semalam, seorang daripada mereka yang tidak sedap hati untuk terus menyembunyikan perkara itu memberitahu keluarga mangsa di Taman Tropikal, tidak jauh dari lokasi kejadian.
     
Lim Wai Hong, 12,  murid tahun enam Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang,  12, ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat apabila melancarkan gerakan mencari di sungai berkenaan kira-kira jam 10.35 pagi, semalam.

Sebelum itu, mangsa dan lima rakan mandi di sungai tersebut kira-kira jam 5 petang kelmarin, tetapi selepas mendapati mangsa lemas, semua rakannya bertindak menyembunyikan kejadian itu kerana bimbang dipukul keluarga masing-masing.

Bapa mangsa, Lim Kian Guan, 59, berkata, dia bersama isterinya, Yong Kong Kap, 41, mencari anak kesayangannya itu sejak petang kelmarin.

Menurutnya, kebiasaannya Wai Hong akan berada di rumah sepanjang hari pada hari cuti sekolah dan tidak dibenarkan bermain jauh termasuk di sungai terbabit.

“Saya tidak sangka anak keluar rumah bersama rakan untuk mandi di sungai berkenaan ketika saya bersama isteri bekerja dan terkejut apabila pulang ke rumah jam 5 petang, Wai Hong tiada.

"Lebih terkilan apabila rakan Wai Hong tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai kejadian ini dengan masing-masing menyembunyikannya sampai 15 jam sehinggalah mayat anak saya ditemui pagi ini (semalam)," katanya yang masih bersedih.

Kian Guan berkata, sebaik sahaja dia diberitahu oleh rakan anaknya itu mengenai kejadian tersebut, dia segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang, kira-kira jam 8 pagi.

"Jika mereka beritahu lebih awal kehilangan anak saya di sungai tersebut, mungkin dia dapat diselamatkan, mungkin    penduduk kampung boleh turut sama mencarinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.21 pagi, semalam.

Katanya, lapan anggota bomba ke lokasi kejadian, dan berjaya menemui mayat mangsa jam 10.35 pagi.

Operasi turut dibantu pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela daerah Gua Musang.

"Keadaan sungai yang dalam dan keruh sukarkan operasi,  mangsa ditemui sejam kemudian," katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

Buah Bendi Untuk Rawatan Kencing Manis

11:52 AM
hanifdrus
Salam Satu Blogger. Kali ini nak berkongsi tentang pengetahuan perawatan kencing manis. Tidak beberapa lama dahulu saya ada membuat entri berkenaan Perawatan Kencing Manis yang berlaku pada ibu mertua aku dengan nilai 26. Dan syukur alhamdulilah sekarang ini maintain dalam nilai 8-11.
Dalam entri itu juga aku berjaya membuat analisa mengubat luka teruk dikaki mak mentua  menggunakan ubatan tradisional cina iaitu serbuk berwarna putih atau panggilan popular MB. Ternyata berjaya!!

Dan tempoh hari semasa aku menemankan ibu aku pergi ke pasar Bukit Cina Melaka, beli sayur. Ada satu perempuan cina tu sedang berbual dengan tokey sayur ibu aku selalu beli sayur. Dari segi perbualan mereka nampak begitu kusyuk sekali.

Selepas perempuan cina tersebut beredar.
Mak aku bertanya " Tokey, apa yang lu bualkan"
Tokey tu jawab" Tu perempuan ajar sama gua ubat kencing manis"
Mak aku bertanya" Apa yang dia ajar"
Tokey tu jawab" Kalau lu mahu kurangkan kencing manis, dia kata guna buah bendi. Ambil 2 biji buah bendi potong besar-besar, lepas tu masukkan dalam cawan yang berisi air panas dan kemudian tutupkan cawan tu. Lepas suam-suam lu minum itu air"
Mak aku tanya lagi "Betul kah?"
Tokey tu jawab lagi "Itu perempuan yang gua cakap tadi itu master Tai Chi, cikgu. Dia kata lu minum air bendi tu dan kemudian lu check kencing manis lu , sure turun punya!!!"

Itulah perbualan yang berlaku antara mak aku dengan tokey sayur tersebut.
Satu maklumat yang baik untuk diamalkan. Dan kalau dicuba aku rasa tiada masalah kot.
Harganya dan mudahnya mencari buah  bendi tidak menyusahkan. Boleh dicuba!!
Sebenarnya aku belum cuba method ini pada mak mertua aku lagi sebab dengan penggunaan ubat yang ada sekarang aku lihat masih maintain dengan baiknya.

Selain itu kami juga pernah gunakan pucuk betik jantan yang dikatakan ampuh mengurangkan kencing manis. Dan ini telah dilakukan oleh mak mentua aku tapi gagal. Kencing manisnya masih tinggi lagi.
Apa yang aku percaya sesuatu ubat itu bergantung pada kekuatan tubuh, genetik dan darah seseorang pesakit tersebut.
Kita hanya berusaha dan berdoa agar disembuhkan secepat mungkin.
Apa pun kena kita percaya segalanya datang daripadaNya. Yang penting kita kena usaha.

Saya juga ada membuat entri berkenaan Masalah Kencing Manis yang dihadapi Oleh Mak Mentua saya dengan nilai 26. Di entri saya ada menerangkan ubatan yang digunakan dan berjaya kurangkan kencing manis mak mentua saya/
Serta bagaimana mengubat luka kencing manis yang bernanah !!

MH370 Mimpi Kedua Ustaz Darul Manzil

MH70 Mimpi Kedua Ustaz Darul Manzil
Sekarang ini kecoh mengenai mimpi kedua Ustaz Darul Manzil tentang pesawat MH370. Mimpi ini hanyalah mainan tidur, jawapannya samada ia betul atau tidak bukan tergantung pada kita..amin.

Ulasan mimpi Ustaz Darul Manzil,

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat.....

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!!
Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di
hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…



Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

MH370 Mimpi Pertama Ustaz Darul Manzil

MH370 Mimpi Pertama Ustaz Darul Manzil
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH370……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL.

Cincau Ubat Darah Tinggi

cincau
Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku  ni.
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
cincau
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun  selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!
Kat sebelah ialah  ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku  dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!!

Misteri Jalan Beruas, PERAK

Kalau siapa yang dari utara nak ke KL sebelum PLUS siap mesti akan gunakan jalan dalam.Antaranya Segari,Beruas,Kg Gajah (ni sume cite dari ayah aku) die ni start umur die 14 die da tahu bawak kereta.Pakcik die bekas DO Sabak Bernam dulu.Jadi tu punca kami berpindah ke Sabak Bernam.Masa pindah saya baru 3 bulan dalam perut mak.So dulu ni antara jalan utamalah.Angker jangan cerita.Kisah ni bukan ayah sorang yang cerita.Ramai pernah cerita pasal kejadian pelik2 kat jalan ni

Ada sekali ayah balik dari Penang nak ke Sabak Bernam,lalu Beruas.Jalan ni bengkang bengkok lagi teruk dari genting dulu.Masa tu ayah bawak Datsun 120Y.(Kete pertama aku bawak masa tingktn 1)MAsa tu dalam pukul 5 petang tapi mendung cm senja.Ayah ceritalah nampak sekumpulan lelaki berjubah(kaler apa wallahualam)tengah angkat tandu keranda besi kat tepi jalan.Ayah ingat biasalah orang meninggal.Lepas bape minit baru ayah perasan kat situ memang langsung xde rumah.Tu 1 hal.satu lagi bila kumpulan tu x sampai pon 8 orang.

Kadang2 ayah balik Penang dengan kawan dia,sebab mak kan cikgu masa tu.ada masa xle ikut.Nama kawan ayah tu Anwar.Muka pon cm DSAI.Perangai je lain.masa ni ayah cerita masa kitorang lalu jalan tu  untuk balik kg masa aku darjah 6 kot(konon nostalgia)Ayah citelah masa tu Anwar ni yang memandu.Sampai 1 selekoh die bgtau kereta jadi berat.Ingat kete buat hal.Ayah tido kepenatan kot.Die buat rilek selamba badak je terus drive sampai la ke Terung.Lepas tu die terperasan lmpu kete jadi malap mcm kita letak tangan kat lampu(jadi sikit je cahaya keluar).Start tu die da menggelabah da.Die tgok kat jalan nampak bnyak batu nisan tercacak.DIe  kejut ayah tapi ayah x bgun cm x sedar.Die gagahkan jugak bawak sampai satu Kg(kalau x silap nama kg tu,Kg Mangsa Banjir)Die berhenti baru ayh bangun.Barulah die cerita

Banyak lagi cerita tapi cm samar2 nak ingat.Tapi kat Hutan Melintang sebelum siap jalan berkembar sekarg dulu dlam tahun 2000/2001 penah kecoh pasal treler xde pemandu.Benda tu mengganggu start dari tangki air selepas Jamtan Sabak Bernam sampai UNItata.Betul ke tidak Wallahualam

Kawanku seorang Penanggal MISTERI!!!!!!

Harini saya nak cerita sikit saya ada seorang kawan ni dia ni jenis yang tak puas hati dengan diri dia... nak kata tak cantik muka dia elok je tapi tak tahu kenapa dia ni gatal sangat pergi ambik ilmu-ilmu yang syirik ni. Mula-mula dia ambil susuk lepastu dia kata tak puas sebab susuk ni hanya bagi dia di lihat cantik tapi bukan betul-betul pun..

hanya di lihat saja, Lepastu dia tak puas la dengan pemakaian susuk ni jadi dia pergi siam dia pergi ambil ilmu apa entah yang pasti dia ambil ilmu untuk kecantikan.. dalam 1 minggu dia tengah mengamal dia terlanggar pantang, pantangnya saya tak tahu sebab dia tak nak cerita dah puas tanya dia tetap tak nak bagitahu, Kemudian dia dah langgar pantang tu dia cerita dia dah jadi penanggal, Beberapa hari kemudian dia ajak saya pergi siam balik nak pergi ke bomoh yang dia menuntut ilmu tu...

lepastu bomoh tu tak nak ubat dia jadi dia terpaksa la bela saka (penanggal) ni. Setiap bulan penuh dia kena tumbang 1 nyawa untuk hidup kalau tak buat mungkin dia akan mati kot, Dah banyak bomoh kami jumpa termasuk ustaz-ustaz deorang kata tak boleh nak buat apa sebab penanggal ni sebuah sumpahan saka. Kalau dekat bulan penuh je dia mesti suruh jangan sape-sape duduk serumah dengan dia termasuk mak dia takut dia serang deorang ...Kat rumah dia banyak kain warna-warna lepastu ada bertih apa entah.... dia kata barang tu semua nak bagi dia leka tengok benda tu jadi dia tak pergi kacau orang lain, Kat rumah dia pulak ada satu lubang dekat atap tempat untuk kepala dia berlepas terbang untuk cari mangsa Aku pernah tengok dia punya leher memang macam kena kelar dengan pisau, dia selalu tutup kesan kelar tu katanya kena matahari panas. Dia kata masa dia jadi penanggal dia tak boleh nak kawal diri dia rasa macam kena rasuk lepastu dia mula la memuja-muja mantera dengan sendiri... kemudian leher dia akan terapung sedikit demi sedikit dan keluar ikut lubang dekat bumbung rumah dia...

lepastu bila balik nak sambung kepala dengan badan ... dkat lantai penuh darah. Dia pernah cuba nak bunuh diri sebab tak ada sape boleh tolong dia... dia kelar tangan dia lepastu tak jadi apa-apa... dia ni macam kebal sebab ilmu yang dia belajar tu. Dia kata rupa dia masa jadi penanggal tu macam muka dia yang dulu-dulu dan sedikit buruk dengan taring, masa dia terbang dia kata hati dia mesti bercahaya macam kelip-kelip Saya ada tanya kalau baca ayat kursi apa akan jadi dekat dia, then dia jawab tak jadi apa-apa sebab dia manusia campuran hantu sebabtu la tak memberi kesan, Saya tak berapa takut la ada kawan macamni sebab dah biasa berkawan dari dulu lagi tapi kadang-kadang tak berani jugak dekat dengan dia. Korang ada tak jumpa siapa-siapa yang boleh berubat ilmu penanggal ni? Sian dekat kawan saya ni dah lama dia kena jaga belaan dia ni, tapi nak buat macam mana dia yang pergi menuntut siapa suruh

Demam Denggi Berdarah sembuh dgn Air Kosong




BismillahirRahmanirRahim
Kenangan di Wad Denggi, Hospital Putrajaya
seorang peserta terpaksa di'sensored' kerana tidak bertudung


note : Kisah ini pernah dipaparkan sebagai salah satu
testimoni kepada Air Penawar Kedah2U sebelum ini.

Penawar HIV Aids

Maklumat lanjut ttg Air Penawar Kedah2U (klik sini)


Pengalaman ini berlaku semasa saya berada di Putrajaya, 27 Januari 2009.
Tetapi tujuan saya kali ini, bukanlah untuk 'makan angin' atau menghabiskan
Cuti Tahun Baru Cina di sana.

Sebenarnya saya terpaksa ke sana kerana adik saya dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya kerana Demam Denggi Berdarah. Setibanya di sana, saya terus menyediakan segelas Air Penawar untuk adik saya.

Alhamdulillah, keesokannya adik saya telah dibenarkan pulang oleh Doktor Pakar di situ. Pihak hospital juga hairan kerana secara logik dalam sains perubatan, mustahil penyakit Demam Denggi Berdarah dapat sembuh dengan begitu cepat.

Alhamdulillah, betapa hebatnya Kuasa Allah swt

Tetamu Misteri d Hari Raya


Awas dengan siapa yang bertandang ke rumah anda


Suatu hr, ada seorang tua muncul d hadapan rumah salah seorang jiran rumah mak sy. Dia berdiri d hadapan rumah mrk sambil mbaca surah Al Quran (hafalan) d dpn pintu pagar. mrk yg pd mulanya berada d luar drp pintu rumah, cepat2 masuk k dlm rumah serta mnutup pintu rumah tanpa mgindahkn org tua yg berada d dpn pintu pagar rumah mrk…

Org tua itu, kmudiannya.. bjalan k rumah2 jiran yg lain, ttp tiada pnghuni dan akhirnya mnuju k rumah kami. Apabila tiba d rumah kami, beliau bdiri d hdpn pintu pagar dgn mbaca (hafalan) Surah …

setelah mlihat beliau, ibu & ayah mjemput beliau masuk. Setelah masuk, beliau memohon - “boleh x, tok wan nak mintak ayaq sejuk skt, dahaga sgt2 ni” mak sy pun semawa nk bancuh kopi, beliau mnolak “x pyh la susah2, ayaq sejuk jd la.. “ mak sy diam2 bancuh kopi jgk & ada skt roti 4 sagi, dihidangkn bersama kpd beliau …

Org tua itu mmg klihatan berumur & agak uzur. tp mak sy lihat, dia seorang yg bersih. wlupun hanya memakai kain pelikat, baju kurung & bserban, tp beliau nampak kemas & bersih. mak sy kata, mmg nampak spt org yg rajin solat - bersih muka, telinga, tgn & kuku2nya jg sgt bersih ...

mak & ayah sy b’ia2 mpelawa beliau utk mkn nasi d rumah, namun beliau bsungguh2 mnolak shingga mak & ayah sy tpaksa mngalah (padahal waktu 2, mak & ayah pun mmg agak susah & jika hendak mjamu beliau, mmg agak terasa kberatannya krn waktu 2 lauk xdak, hanya ada baki2 beras utk dbuat moi sj) …

x semena2, beliau bkata “ish, takdak2 pn (mknn), semawa org mkn jgk. Tkasih byk la no …” mak & ayah sy pn khairann dlm hati, bgmna beliau tahu yg d rumah kami tiada mknn ?

Pd masa 2 lah beliau mceritakn ttg layann yg dterima drp jiran kami td. Mak & ayah sy terasa sedih hingga hampir mnitiskn air mata bila mdengar cerita beliau

Beliau btanya “ada lg ka rumah lepas lrg ni ?” mak sy mjawap “ada, tp takut x larat nak jalan kot, byk lrg lg. ni baru lrg 3, semua ada 12 lrg” … beliau tdiam, seolah2 akur dgn k’uzuran beliau x mgizinkn …

Setelah selesai mkn, beliau pun memohon “ni tok wan mintak halal na makan & minum ni”, mak sy terus bkata “sy x niat apa2 pun, mmg ikhlas nak jamu ni …” kmudian beliau bkata “btuah la rumah ni no, dgn isi2 dia skali” setelah mminta diri & bg salam, beliau pun keluar mll pintu pagar.

Dlm bbrp saat slepas beliau melepasi pintu pagar, tiba2 tlintas d hati mak sy utk melihat beliau, menuju ke arah mana ? mak sy tkejut setelah mlangkah keluar keluar drp pagar, krn bila dlihat sekeliling bhg jln (yg lapang & x thalang pandangan sejauh mata mmandang) beliau telah tiada. Mngikut logic akal, x mgkn seorang yg bgtu brusia akan berlari pecut 100meter utk hilangkn diri drp pandangan org. jarak utk sampai ke lrg yg tdekat pun +/- 50 meter & x tlindung dr pandangan

x lama slepas pristiwa 2 lah, sy mgajukn niat sy utk bhenti keja & hidup kami mula brubah mjadi > baik

Manakala, jiran kami yg mnutup pintu & x mgindahkn khadiran beliau… telah mjadi porak peranda. Dmulai dgn anaknya sendiri yg mcuri brg2 dlm rumah ibu bapanya sendiri (siap angkut lori plk 2) kmudian pniagaan yg mrk jlnkn selama ini, smkn mrosot shingga kini

Wallahu'aqlam

* pic d atas utk hiasan sj, x kena mngena dgn cerita ^^
* maaf, dkarang scr short form (pgaruh drp fb la ni) :P

Koleksi Gambar-Gambar Hantu / Paranormal / Misteri

Foto-Foto Penampakan Aneh
gambar-gambar yang dirakam secara tidak sengaja



gambar hantu wanita berkebaya merah di Gurun, Kedah
untuk maklumat lanjut (klik sini)











               
gambar hantu pontianak / kuntilanak



gambar hantu pocong                                 gambar hantu toyol




dirakamkan di hospital ketika pesakit sedang nazak



dirakamkan di lokasi kemalangan maut




semasa pengkebumian mangsa tsunami              dirakamkan pada waktu siang hari




dirakamkan di Ulu Yam



dirakamkan semasa kebakaran



dirakamkan pada waktu malam



Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia







Koleksi Gambar-Gambar Aneh / Misteri / Ajaib dll



Jantung Pontianak Barat dari tahun 1912
untuk maklumat lanjut (klik sini)




Hantu-Hantu Dalam Imaginasi Masyarakat Barat
Berbeza dengan Masyarakat Timur, bentuk-bentuk hantu mereka amat berlainan