11:52 AM
Dalam entri itu juga aku berjaya membuat analisa mengubat luka teruk dikaki mak mentua menggunakan ubatan tradisional cina iaitu serbuk berwarna putih atau panggilan popular MB. Ternyata berjaya!!
Dan tempoh hari semasa aku menemankan ibu aku pergi ke pasar Bukit Cina Melaka, beli sayur. Ada satu perempuan cina tu sedang berbual dengan tokey sayur ibu aku selalu beli sayur. Dari segi perbualan mereka nampak begitu kusyuk sekali.
Selepas perempuan cina tersebut beredar.
Mak aku bertanya " Tokey, apa yang lu bualkan"
Tokey tu jawab" Tu perempuan ajar sama gua ubat kencing manis"
Mak aku bertanya" Apa yang dia ajar"
Tokey tu jawab" Kalau lu mahu kurangkan kencing manis, dia kata guna buah bendi. Ambil 2 biji buah bendi potong besar-besar, lepas tu masukkan dalam cawan yang berisi air panas dan kemudian tutupkan cawan tu. Lepas suam-suam lu minum itu air"
Mak aku tanya lagi "Betul kah?"
Tokey tu jawab lagi "Itu perempuan yang gua cakap tadi itu master Tai Chi, cikgu. Dia kata lu minum air bendi tu dan kemudian lu check kencing manis lu , sure turun punya!!!"
Itulah perbualan yang berlaku antara mak aku dengan tokey sayur tersebut.
Satu maklumat yang baik untuk diamalkan. Dan kalau dicuba aku rasa tiada masalah kot.
Harganya dan mudahnya mencari buah bendi tidak menyusahkan. Boleh dicuba!!
Sebenarnya aku belum cuba method ini pada mak mertua aku lagi sebab dengan penggunaan ubat yang ada sekarang aku lihat masih maintain dengan baiknya.
Selain itu kami juga pernah gunakan pucuk betik jantan yang dikatakan ampuh mengurangkan kencing manis. Dan ini telah dilakukan oleh mak mentua aku tapi gagal. Kencing manisnya masih tinggi lagi.
Apa yang aku percaya sesuatu ubat itu bergantung pada kekuatan tubuh, genetik dan darah seseorang pesakit tersebut.
Kita hanya berusaha dan berdoa agar disembuhkan secepat mungkin.
Apa pun kena kita percaya segalanya datang daripadaNya. Yang penting kita kena usaha.
Saya juga ada membuat entri berkenaan Masalah Kencing Manis yang dihadapi Oleh Mak Mentua saya dengan nilai 26. Di entri saya ada menerangkan ubatan yang digunakan dan berjaya kurangkan kencing manis mak mentua saya/
Serta bagaimana mengubat luka kencing manis yang bernanah !!
0 comments:
Post a Comment