Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan,
seorang
bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita
tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima
100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan
mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan
kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas
melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke
hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya
sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit
mental. Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa
mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu
analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada
2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91
peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah
mental.
Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.
0 comments:
Post a Comment