Gambar Aida AF Parah Akibat Kemalangan | Serius, Selebriti yang
meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida
atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat di beritakan telah mengalami
kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital
Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.
Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.
Difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia
secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan
berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.
Namun, apa yang mengejutkan ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan
telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab.
Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima
rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di
hospital.
0 comments:
Post a Comment