| Percayalah Murai Batu memang
suka tengok kawan-kawan selebriti yang berjaya di dalam hidup mereka.
Lebih-lebih lagi yang tahu menyimpan duit serta menggunakan duit mereka
untuk membeli aset.
Salah seorang selebriti yang Murai Batu
lihat bijak menggunakan wangnya untuk membeli aset adalah Mamat
yang dahulunya pernah bergabung dengan Jef dan Shuib dalam Sepah, tetapi
kini bergerak solo selepas kedua-dua rakannya itu keluar dari kumpulan
itu serta menubuhkan pula Sepahtu.
Apa tidaknya, dulu waktu muncul dalam
program amal Yok Sahur anjuran portal Murai pada tahun lalu, Mamat
khabarnya telah sanggup datang untuk menjayakan program itu dengan
teman-teman bikersnya.
Menariknya, dia telah membawa motorsikal
berkuasa tinggi iaitu Ducati pada program itu. Sekarang ini, Murai Batu
dengar Mamat sudah beli kereta pula.
Keretanya yang dibeli Mamat pula bukan
calang-calang iaitu mini cooper edisi terhad iaitu Mini John
Cooper yang dikeluarkan pada tahun 1999. Teman Murai Batu dah
tengok. Katanya, cantik sungguh. Very sporty. Sesuailah dengan
jiwa Mamat yang sememangnya lasak tu.
kereta
itu sekarang ni mengikut harga pasarannya lebih kurang
RM300,000.
Menurut teman Murai Batu, Mamat sudah
pun membeli kereta itu sejak beberapa bulan yang lalu dan yang
pentingnya ianya adalah Mini John Copper yang baru dan
bukannya yang terpakai.
Haa… Siapa cakap kerjaya pelawak tidak
mampu menjamin kehidupan yang selesa? Murai Batu harap lepas ni, Mamat
akan beli rumahnya sendiri pulak. Sebab, beli rumah ni untung sebab ia
tak punya susut nilai.
0 comments:
Post a Comment