| Memang tidak dinafikan, golongan
wanita amat tidak digalakkan keluar berseorangan pada
lewat malam kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini.
Samalah juga apabila pulang dari pejabat, kita hendaklah
seboleh-bolehnya pulang awal apabila sudah selesai kerja yang dilakukan.
Seorang wanita yang juga seorang isteri ditemui mati dalam
keadaan yang mengerikan apabila maut dibunuh
dengan kejam
dalam sebuah kereta di Serdang. Penemuan itu memberikan jawapan kepada
suaminya yang tertunggu-tunggu isterinya yang tidak pulang ke rumah.
SERDANG – Tanda tanya dan kerisauan
seorang suami terhadap isteri yang tidak pulang ke rumah seperti
kebiasaannya terjawab apabila wanita itu ditemui mati dijerut
serta ditikam kira-kira 200 meter dari tempatnya bekerja di
Serdang Perdana, lewat malam kelmarin.
Mangsa berusia 39 tahun ditemui suami
dan majikan tempatnya bekerja di tempat duduk penumpang sebelah pemandu
dalam kereta jenis Honda City yang diletakkan di tempat letak kereta
berbayar di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang,
Superintenden Abd Razak Elias berkata, mangsa yang bekerja
sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat
di Serdang Perdana biasanya dikatakan tiba di rumah setiap hari jam 8
malam.
Menurutnya, kelewatan mangsa pulang ke
rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong malam kelmarin menimbulkan kegusaran
kepada suaminya yang kemudian bertindak menghubungi majikan tempat
wanita itu bekerja.
“Selepas lebih kurang sejam tidak pulang
ke rumah, suami bersama majikan mangsa kemudian mencari
isterinya sekitar kawasan bangunan komersial itu.
“Kira-kira jam 10.30 malam, suami mangsa
menemuinya dalam kereta yang biasa dipandunya dalam keadaan berlumuran
darah dan tidak bernyawa,”katanya suami mangsa kemudian menghubungi
polis.
Abd Razak berkata, sebaik menerima
panggilan kira-kira 11.45 malam sepasukan anggota polis tiba di tempat
kejadian dan mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring
di dalam kereta yang tidak berkunci.
“Siasatan mendapati mangsa dijerut wayar
pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.
“Sebilah pisau sepanjang enam inci
ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan dawai sepanjang
satu kaki berhampiran mayat mangsa,”katanya kejadian dipercayai berlaku
dalam kereta ketika hujan lebat berdasarkan keadaan dalam kereta.
Beliau berkata, motif kejadian masih
dalam siasatan dan pihaknya percaya suspek lebih daripada seorang.
Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan yang berlaku.
“Ada beberapa biji limau mandarin yang
sedia dikupas ditemui dan dipercayai berkemungkinan mangsa mungkin
sedang menikmatinya ketika itu. Berkemungkinan juga mangsa yang
mempunyai dua anak masih kecil sedang bersembang dengan suspek tetapi
belum ada petunjuk penuh berhubung perkara itu.
“Pemeriksaan mendapati telefon
bimbit, dompet dan beg tangan milik mangsa hilang. Suami mangsa
memaklumkan mangsa adalah seorang isteri yang baik dan tidak mempunyai
musuh dengan sesiapa,”katanya.
Beliau berkata, kes di siasat di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital
Serdang untuk bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment