AGENSI Pentadbiran Angkasa dan
Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan
unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk
memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi
angkasawan.
Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak
berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa
lepas.
Bagaimanapun, Dexter Anderson
tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA
tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang
angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.
Dalam suratnya bertulis,
“Saya dengar anda menghantar dua orang
ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur
tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di
masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”
Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’
Kanak-kanak itu gembira selepas NASA
membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi
sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa
jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat
Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.
Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata
reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan
yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima
surat dari NASA.
Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba
sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos
dan laman sosial.
Kanak-kanak British, mengidam untuk ke
angkasa lepas seawal umur tujuh tahun, anak-anak kita sibuk buat video
dah bercinta seminggu, bagaimana arah tujuan kita nanti??
0 comments:
Post a Comment