| Adakah Malaysia kini tidak
selamat untuk diduduki? Baru-baru ini media massa memaparkan tentang
satu
sindiket pembunuhan upahan yang wujud di Malaysia.
Kita difahamkan kadar kos upahan satu
pembunuhan
di antara RM5000 hingga RM15 000. Terbaru, seorang
cikgu maut
ditempat kejadian apabila mangsa ditembak beberapa kali ketika
sedang keluar daripada kawasan sekolah dengan menaiki kereta. Tembakan
ini memang tepat kepada sasaran
mangsa.
Al-Fatihah kepada mangsa.
Seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah
Rendah Kebangsaan Beris Pancor mati ditembak petang tadi ketika baru
sahaja keluar dari kawasalan sekolah. Mangsa dikenali sebagai Hashim bin
Mat Zain. Siasatan pihak polis mendapati sebanyak 4 das
tembakan dilepaskan dan 2 das mengenai mangsa. Mangsa dikatakan
bukan sahaja guru malah ada melakukan pelbagai perniagaan lain lagi
seperti balak, shakle, kontrak kantin sekolah dan pelbagai lagi dan
dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak.
Al-Fatihah kepada mangsa. Semoga ditempatkan bersama golongan yang
beriman.
Kepada yang bertanggungjawab akan kejadian ini, moga
kalian menerima balasan yang setimpal. Bukan di dunia, akhirat nanti
ada.
Siasatan Awal Polis.
Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren
Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek
yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan
terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor,
Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan
telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai
cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa
terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai
didalam kusyen pemandu.
Siasatan awal dapati mangsa selain
bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti
perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll.
Mengikut maklumat
mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang
dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat
mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang
dijangka akan dijalankan malam ini.
0 comments:
Post a Comment