| Jangan terkejut jika makhluk
pelik yang ditemui ini sebenarnya ia boleh dimakan, apatah lagi
dimasak mengikut resipi tersendiri. Mungkin secara zahirnya, ia nampak
seperti sebuah batu.
Namun begitu, difahamkan ia merupakan
salah satu hidupan laut yang hidup tanpa perlu berpasangan untuk proses
membiak. Memang nampak geli untuk dimakan, namun ia mudah ditemui di
kawasan kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.
Makhluk yang menyerupai “batu” ini dalam
bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis,
namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai “Gnarly”. Ia merupakan
sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan
berbatu sekitar Chile dan Peru.
Selain daripada rupanya yang seakan-akan
batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile,
hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya
memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana
rasanya yang sedap.
Cara pembiakan makhluk ini ada lah
secara aseksual iaitu pembiakan sendiri atau tunggal tanpa
memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh
itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau
betina mengikut kemahuannya sendiri.
0 comments:
Post a Comment