Tak dinafikan, kemahiran meng-edit video oleh remaja berusia 15 tahun ini boleh tahan juga. Dari lagu latar yang kami kira sangat bersesuaian dengan mood dan temanya, gadis ini berjaya menarik lebih 27 ribu jumlah tontonan di laman Youtube. Rasanya, sudah ramai yang tahu tentang video ini kan? Bagi yang tak tahu , video bertajuk ‘Budak baru nak up.. Cess..~ (T_T) – Ery Oh Ery‘ ini telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Youtube dan ia sebenarnya mengenai seorang remaja perempuan yang meluahkan rasa cintanya pada kekasihnya, Ery. Video berdurasi 2.41 minit ini bukan saja menunjukkan remaja ini menyanyi, malah dia turut meluahkan janji-janjinya. Menariknya, video ini dibuat selepas satu minggu mereka bercinta dan kami pasti, sehingga kini, remaja ini pasti sedang hangat bercinta dengan Ery.
Inilah Ery, teman lelaki remaja wanita ini.
Betulkan kalau silap, tapi memang ada
bunyi hair-dryer ketika remaja ini menyanyi kan?
Namun, jika anda rasa video ini sudah cukup
popular, anda silap. Kerana video parodi ‘Budak Baru Couple
Seminggu‘ telah mencatat lebih 30 ribu jumlah tontonan walaupun
baru saja dimuat-naik semalam. Menarik kan?
Berdurasikan 2.36 minit, video parodi ini
sangat mencuit hati dan ia turut menyelitkan video klip yang kami kira
lebih lucu dengan penampilan kerbau.
Senang cerita, entah apa nak jadi dengan
remaja zaman sekarang ini. Sengaja buat kami ketawa di pagi hari. Jangan
buang masa, mari tonton kedua-dua video selepas ini ya!
0 comments:
Post a Comment