| Kejadian kemalangan
yang membabitkan kes kereta hilang kawalan memang biasa kita
dengar. Kejadian seumpama ini memang mampu meragut nyawa sama ada
merempuh atau dirempuh oleh kenderaan lain. Baru-baru ini kejadian yang
hampir serupa berlaku di Mukah Sarawak. Kemalangan ini membabitkan
sebuah Proton Saga dan Toyota Hilux.
Proton Saga
dipercayai hilang kawalan dan terus masuk ke laluan bertentangan lalu
dirempuh oleh sebuah Toyota Hilux. Kejadian ini berlaku dengan pantas
sehinggakan banyak mayat dilihat bergelimpangan di atas jalan raya.
Mukah: “Saya tidak dapat berbuat apa-apa
apabila kereta itu tiba-tiba melintang di depan saya,” kata Ali Mamat,
59, pemandu Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan
enam orang termasuk lima sekeluarga di Kilometer 113 Jalan
Sibu-Bintulu di sini, semalam.
Enam termasuk seorang kanak-kanak serta
bayi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta Proton
Saga dan sebuah trak pikap Toyota Hilux di Kilometer 117, Jalan
Sibu-Bintulu dekat sini.
Dalam nahas ngeri yang berlaku kira-kira
pukul 8 pagi ini, lima daripada mangsa yang maut ialah pemandu kereta
Proton Saga berkenaan serta ahli keluarganya.
Mereka ialah Mohd. Sirhan Suib, 35,
isterinya, Dayang Norhayati Tusin, 30, dan anak mereka, Mohd. Danish
Nubhan, 9 bulan.
Turut maut, adik kepada Dayang
Norhayati, Dayang Norhafizah, 23, serta anak perempuannya, Siti
Norasidah Mohd. Azri, berusia dua tahun.
Seorang lagi mangsa yang
meninggal dunia ialah penumpang Toyota Hilux, Napsiah Hasan, 61,
manakala suaminya yang juga pemandu trak pikap tersebut, Ali Kamat,
60-an hanya mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa maut di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Pihak bomba
mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat mereka daripada
kenderaan.
Difahamkan, Mohd. Sirhan dan keluarganya
dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Limbang manakala Napsiah dan
suaminya menuju ke Miri.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan
Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila
Proton Saga yang dipandu Mohd. Sirhan gagal dikawal lalu masuk
ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.
“Akibat pertembungan itu, Siti Norasidah
yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kereta
kira-kira 2 meter manakala ibunya tersangkut di cermin belakang kereta.
“Sementara itu, Mohd. Danish Nubhan pula
mati dalam pelukan ibunya selepas mereka berdua tersepit di tempat
duduk hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Omar Bakhtiar dalam pada itu berkata,
kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat
manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
0 comments:
Post a Comment