Tak mampu saya nak
tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh
seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka
baru baru ini.
Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit
jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan
ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk
diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya
menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun
sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar.
Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia
belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu
pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.
Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,
dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk
ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.
Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu
tangisnya dia bertanya ,
“Ustaz tahu daging apa yang saya
beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?”
tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!,
saya
berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.
Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah
satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap
dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi.
Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib
itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor.
Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu
memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan
meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan
bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan
Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya
berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan
perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan
meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah
tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti
tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman
moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti
dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu
dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah
ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka
telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga
remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang
tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh
Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
0 comments:
Post a Comment