
1. Apa maksud nama Doraemon?
-
Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan
Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula
adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud
nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer
bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?
2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.
3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
-
Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama
asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh
pemilik kilang robot dimana ia dicipta!
4. Apa Warna Asal Doraemon?
-
Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga
digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu
merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan
berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur
dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.
5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
-
Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon,
termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana
Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).
6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
-
1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke
hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam
ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika
diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki
berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.
7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.
8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.
9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.
10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
-
Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil
sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai
Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.
p/s:
Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi
2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam
Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan
animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi
memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia
kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari
ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi
antarabangsa yang lain.
0 comments:
Post a Comment