Pembedahan plastik
tidak hanya jadi prosedur kecantikan hanya untuk wanita, tetapi lelaki
pun semakin banyak yang melakukan pembedahan plastik. Malangnya, apabila
hasil pembedahan plastik tidak seperti yang di harapkan, lelaki ini
nekad membunuh doktor bedah plastik. Akibat perbuatan tersebut, hukuman
mati menanti.
Lian Enqing, 33
tahun, seorang lelaki dari Wilayah Zhejiang, China sedang menunggu
hukuman mati yang diterimanya. Lian Enqing dijatuhi hukuman mati selepas
menyerang dan membunuh seorang doktor bedah plastik. Alasan lelaki ini
nekad membunuh doktor tersebut kerana hasil pembedahan plastik di
hidungnya hodoh dan tidak seperti yang di harapnya, dipetik dari
Dailymail.co.uk.
Pada awalnya,
lelaki ini meminta doktor bedah plastik tersebut memperbaiki bentuk
hidungnya, namun setelah pembedahan, bentuknya menjadi semakin hodoh.
Masalah lain muncul, Lian Enqing jadi sukar bernafas dan tidak boleh
bekerja dengan baik kerana rasa sakit di hidungnya. Putus asa dengan
keadaan itu, Lian Enqing menyerang dan membunuh doktor pakar bedah
plastik tersebut.
Akibat
perbuatannya, Lian Enqing dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tempatan
bulan Januari lalu. Kakak Lian Enqing, Liao Qiao meminta pihak mahkamah
memberi keringanan, kerana adiknya mempunyai gangguan mental. Namun
permintaan tersebut tidak diperkenankan.
0 comments:
Post a Comment