Hantu merupakan
satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang
menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut
manusia. Hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan
syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu'alam. Apapun
berikut adalah koleksi 12 hantu yang diambil secara candid yang
kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.
1. Hantu Budak Di Tol Plaza
Ini ialah gambar
yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008.
Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak
yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di
sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah
kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa
pemandunya.
2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini
khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta
kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar
ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi
melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta
tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
3. Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap

Cuba perhatikan
di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini
dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini
menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3
makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan
kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang
pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan
hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang
pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini
dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh
kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut
berkenaan gambar ini.
6.Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini
sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun
1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka,
menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi,
sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar
rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas
pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini
dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh
pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar
bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan
apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga
terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di
bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan
wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan
telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga
disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil
oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di
bahagian Utara Semenanjung.
10. Penampakan Hantu Berambut Panjang


Gambar hantu ini di
kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, shah Alam.
Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan
adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan
hantu.
11. Penampakan Kepala di Tingkap

Penampakan kepala
di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC.
Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah
tingkap restoran itu.
12. Jelmaan Wanita Dalam Cermin

Gambar ini
dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak
sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan.
Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh
di bilik yang sama sekitar 90'an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment