Phyto Science Serang UUM Promosi Double
Stemcell MLM? : Jikalau sebelum ini, yang mana masih ingat lagi UUM
pernah menjemput seorang penceramah sehingga meletupnya isu LISTEN,
LISTEN, LISTEN (SEPERTI DI SINI).
Kali ini UUM Pengarah Hal Ehwal Pelajar
(HEP) Dr AhmadAsri Bin Alaudin berbesar hati beri “lampu hijau” bagi membawa masuk syarikat
Phytoscience Sdn Bhd yang terkenal dengan produk Double Stemcell MLM
mereka.
Kali ini, UUM menjadi destinasi
seterusnya……..
Surat HEP UUM : Promosi Double Stemcell MLM di UUM?
Seingat Berita Semasa, Universiti Malaya
(UM) sebelum ini yang mahu memberikan ilmu tambahan kepada kalangan
pelajar yang terdiri daripada golongan yang sudah berjaya dan
berpengalaman luas dalam bidang masing-masing terutamanya melibatkan
lapangan perakauanan dan Pengurusan perniagaan serta Pentadbiran, lebih
berminat untuk menjemput figura seperti :
- Johan Raslan Price (Price Waterhouse and Coopers PWC)
- DR Daud Bakar – Islamic Scholar For Islamic Banking
- Amrin Awaludin – CEO Media Prima
- Tan Sri Azman Hashim – CEO Ambank
Tetapi nampknya pentadbiran tertinggi
UUm lebih berminat dengan syarikat MLM seperti Phytoscience untuk
berkongsi ilmu dengan pelajar dan pegawainya. Pada pandangan Berita
Semasa adalah lebih baik, kalangan pihak universiti tidak kiralah
daripada mana sekalipun di seluruh Malaysia, jemputlah speaker yang
lebih berkredibiliti dengan kos yang berkaitan dengan pelajar-pelajar
dan dalam pada pada yang sama mengelak pelajar-pelajar menyertai ceramah daripada kalangan yang
berkepentingan & berunsur keuntungan semata.
- Pinjaman peribadi bagi menyertai Double Stemcell MLM – Pegawai UUM
- Guna duit PTPTN bagi menyertai Double Stemcell MLM – Pelajar UUM
Mungkin pihak UUM ada alasan tersendiri
untuk menjemput syarikat Phytoscience Sdn Bhd datang bagi ceramah di
UUM? Promosi Double Stemcell MLM kepada downline baru yang
terdiri daripada kalangan pegawai MLM dan pelajar-pelajar UUM sendiri
@…………………………..?
0 comments:
Post a Comment