TIROID adalah satu kelenjar yang
terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama
badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua
bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap
berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh
berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini
bagaimanapun selamat serta mudah.
Terdapat 2 jenis hormon tiroid
iaitu tiroksin(T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan
hormon tiroid, terdapat beberapa fungsi lain yang dijalankan oleh
kelenjar tirod. Antaranya:
- mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
- membantu mengawal suhu tubuh badan
- mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
- Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah.
Jenis Penyakit Tiroid
- Hypertiroidism / Tirotoxicosis
- dalam kes ini hormon tiroid
T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab
penyakit ini adalah:
Grave disease:
Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan
lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang
yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
Tiroditis
atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre:
terlalu banyak iodine di dalam makanan
2. Hypotiroidisim
Orang yang menghidap hypothyroidism
pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Tanda-tanda:

Memiliki keringat berlebih
Mengalami penurunan berat badan meski nafsu makannya normal
Gemetar
Gelisah, mudah panik dan lekas marah
Tidaktoleransi terhadap udara panas
Mudah lelah
Konsentrasi berkurang
Mata melotot (seperti mau keluar)
Menstruasi yang tidak teratur atau terlalu sedikit
Detak jantung yang tidak beraturan atau lebih cepat
Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha
Insomnia
Hypotiroidisim

Tidaktoleransi terhadap udara dingin
Kulit serta rambut yang kering dan kasar
Tingkat kolesterol meningkat
Denyut jantung dan konsentrasi menurun
Rasa sakit atau nyeri yang samar-samar
Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya
Sembelit
Otot kram
Sering mengalami keguguran
Petua Rawatan:
1. Memperbanyakkan makanan yang
kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.
2. Mengurangkan kobis, turnip,
kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.
3. Memperbanyakkan makanan yang
kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi
masalah kehilangan berat badan.
4. Makanan kaya protein seperti
ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat
badan yang serius.
5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
0 comments:
Post a Comment